Klinik Pergigian Telupid

Klinik Pergigian Telupid OPD dibuka setiap hari TETAPI sebelah pagi SAHAJA. Petang adalah rawatan untuk pesakit temujanji.

๐Ÿฆท Sambutan World Oral Health Day 2026 ๐ŸฆทSempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026, pelbagai aktiviti menarik dan...
31/03/2026

๐Ÿฆท Sambutan World Oral Health Day 2026 ๐Ÿฆท

Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2026, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan mulut.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
โœจ Latihan memberus gigi di SK Wonod
โœจ Ceramah pergigian di SK Wonod oleh team MDS
โœจ Ceramah pergigian di Klinik Pergigian Telupid oleh Pegawai Pergigian
โœจCeramah pergigian di Klinik Pergigian Telupid oleh Ikon Pergigian
โœจ Latihan Memberus gigi di Klinik Pergigian Telupid
โœจ Permainan interaktif di Klinik Pergigian Telupid
โœจ Pertandingan mewarna

Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Mulut sihat, badan cergas, senyuman ceria! ๐Ÿ˜๐Ÿชฅโœจ

18/03/2026

15/03/2026

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), prosedur rawatan pergigian tidak akan membatalkan puasa dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan secara sengaja ketika rawatan djialankan.

Secara asasnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan meskipun seseorang itu berpuasa.

Pengamal pergigian juga harus mengambil langkah berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan sebarang bahan atau ubatan sepanjang prosedur rawatan dijalankan.

19/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H!

19/02/2026

Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) menyeru seluruh warga KKM untuk melakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri (Mouth Self Examination โ€“ MSE) sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut (Mouth Cancer Awareness Month โ€“ MCAM) pada Februari.

๐Ÿ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐Œ๐๐” ๐Œ๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐˜๐€๐–๐€! ๐Ÿ‘„โœจ

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor.

Kadang-kadang, perubahan kecil di dalam mulut adalah "signal" awal daripada badan kita.

Ambil masa 2 minit sahaja untuk melakukan MSE.

Rujuk poster di bawah untuk mengetahui 6 langkah MSE dan tanda-tanda awal kanser mulut.

Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian sekiranya ada tanda-tanda yang meragukan.

Cegah awal, nyawa terjaga.

Program Pemeriksaan Pergigian Sekurang-kurangnya Sekali Setahun (PEPSIS) yang berlangsung pada 12/2/2026 di Dewan PPD te...
19/02/2026

Program Pemeriksaan Pergigian Sekurang-kurangnya Sekali Setahun (PEPSIS) yang berlangsung pada 12/2/2026 di Dewan PPD telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan ๐ŸŽ‰

Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat seperti:
๐Ÿฆท Ceramah kesihatan pergigian
๐Ÿฆท Pemeriksaan dan rawatan gigi
๐ŸŽฏ Aktiviti permainan interaktif
๐Ÿ“š Pameran kesihatan pergigian

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian demi senyuman yang lebih sihat dan ceria ๐Ÿ’™โœจ

14/02/2026

๐Ÿ” ๐Œ๐จ๐ฎ๐ญ๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐Ÿ-๐„๐ฑ๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง: ๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐€๐ง๐๐š, ๐‚๐ž๐ ๐š๐ก ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ! ๐Ÿ”

Tahukah anda? Kanser mulut boleh dikesan lebih awal melalui pemeriksaan sendiri yang mudah dan hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit!

โœจ Mengapa ia penting? โœจ

๐Ÿฉบ 1. Pengesanan awal kanser mulut
Kanser mulut yang dikesan pada peringkat awal mempunyai kadar rawatan dan penyembuhan yang lebih tinggi.

โณ 2. Rawatan lebih cepat & kurang komplikasi
Lebih awal dikesan, lebih mudah dan kurang invasif rawatan yang diperlukan.

๐Ÿ’ฐ 3. Mengurangkan kos rawatan
Rawatan pada peringkat awal biasanya lebih ringkas dan menjimatkan berbanding rawatan peringkat lewat.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ 4. Meningkatkan kesedaran kesihatan diri & keluarga
Amalan pemeriksaan sendiri dapat dipupuk dalam kalangan ahli keluarga sebagai budaya penjagaan kesihatan.

๐Ÿ›‘ 5. Mengurangkan risiko kematian akibat kanser mulut
Pengesanan awal secara konsisten boleh mengurangkan risiko komplikasi serius dan meningkatkan kualiti hidup.

โฐ Luangkan hanya 5 minit setiap bulan untuk periksa mulut anda.
Spot the signs, stop mouth cancer!

Infografik disediakan oleh;
Dr. Divyaloshni Sivayanon
Pegawai Pergigian KP Kuala Kangsar

Pergigian Kuala Kangsar


Tahniah kepada semua pemenang!
14/02/2026

Tahniah kepada semua pemenang!

10/02/2026

๐Ÿ’œ Hari Epilepsi Sedunia disambut bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap epilepsi serta menghapuskan stigma yang masih wujud.โ€จ
Sempena Hari Epilepsi Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh kesedaran, menzahirkan sokongan kepada mereka yang terkesan dan menghapuskan stigma yang masih wujud. Setiap usaha, walau sekecil mana, mampu membawa perubahan yang bermakna.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

06/02/2026

๐ŸŒ Hari Kanser Sedunia | 4 Februari 2026 ๐ŸŽ—๏ธ๐Ÿฆท

Tahukah anda? Kanser mulut boleh dikesan lebih awal melalui pemeriksaan pergigian berkala.

Kesihatan mulut adalah sebahagian penting daripada kesihatan keseluruhan.

Pemeriksaan gigi secara rutin, amalan kebersihan mulut yang baik dan kesedaran awal mampu menyelamatkan nyawa.

โœจ Periksa awal. Cegah lebih awal.
Jangan abaikan tanda-tanda pada mulut seperti luka yang tidak sembuh, tompok putih atau merah, dan rasa sakit berpanjangan.

๐Ÿ’ช Bersama warga pergigian, kita tingkatkan kesedaran dan lawan kanser.

06/02/2026

๐Ÿšจ ๐Š๐š๐ง๐ฌ๐ž๐ซ ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ: ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ข ๐“๐š๐ง๐๐š, ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐๐ฒ๐š๐ฐ๐š! ๐Ÿšจ

Tahukah anda? Kanser mulut boleh dikesan lebih awal jika kita peka terhadap tanda-tandanya! ๐Ÿ‘„
Jangan abaikan perubahan kecil pada mulut kerana ia mungkin petanda serius.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian:
๐Ÿ”ด Ulser yang tidak sembuh lebih 2 minggu
โšช Tompok putih atau merah dalam mulut
๐ŸŸ  Bengkak atau benjolan di leher

๐Ÿ“ Jika anda mengalami simptom seperti di atas, segera lakukan pemeriksaan pergigian di klinik berhampiran.

๐Ÿ’ฌ Kongsikan info ini supaya lebih ramai sedar dan bertindak awal!

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก;
Dr. Norazleen binti Zulkifli
Pegawai Pergigian KP Chenderong Balai

Pergigian Hilir Perak


Address

Klinik Pergigian Telupid, Peti Surat 11
Telupid
89320

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089521733

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Telupid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category