06/05/2014
10 Hospital Pakar Termahal di Malaysia
=========================
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bila bercakap tentang bil rawatan hospital, ia adalah berbeza bagi setiap hospital. Ia dilihat dari segi 'speacialization dan expertise'. Di Malaysia, hospital swasta kebiasaannya dipegang atau diuruskan oleh syarikat- syarikat besar. Terdapat 10 hospital termahal di Malaysia, antaranya :
1. Gleneagles Medical Centre
Gleneagles Medical Centre adalah hospital yang paling mahal di Malaysia dan telah menambaikkan pusat- pusat dan alatan- alatan yang lebih cangggih seperti Prince Court Medical Centre dan Sunway Medical Centre.
2. Pantai Hospital Group
Pantai Hospital Group adalah antara hospital yang cukup gah di negara ini. Ia telah mempunyai beberapa cawangan termasuk di Batu Pahat, Klang, Sungai Petani, Ayer Keroh dan di sekitar Pelabuhan Klang. Hospital ini memang sinonim dengan golongan yang berpendapatan tinggi.
3. KPJ Specialist Hospital
KPJ Specialist Hospital diuruskan oleh KPJ Healthcare Berhad Group. Sekarang sahaja ia telah mempunyai 21 buah hospital di seluruh negeri dan 2 buah hospital di Indonesia.
4. Prince Court Medical Centre
Prince Counrt Medical Centre (PCMC) diuruskan oleh Petronas, syarikat minyak dan gas. Hospital ini menyediakan pelbagai rangkaian perkhidmatan hospital dan agak popular dikalangan golongan kaya dan kerabat Diraja.
5. Sunway Medical Centre
Sunway Medical Centre adalah hak milik Sunway Group. Sunway Group merupakan syarikat besar yang beroperasi dalam bisnes perumahan dan pendidikan. Hospital ini menawarkan multi-kepakaran dengan menyediakan alatan-alatan canggih dan moden yang memakan kos yang tinggi.
6. Columbia Asia Medical Centre
Columbia Asia Medical Centre adalah salah satu hospital yang baru ditubuhkan dan berkembang di
Malaysia walaupun telah ditubuhkan pada 1998. Pusat pertama yang ditubuhkan adalah di Shah Alam dan
sekarang telah berkembang di seluruh negara. Ia dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebahagiannya.
7. Assunta Hospital
Assunta Hospital adalah khusus dalam kepakaran kanser. Bertempat di Petaling Jaya, Assunta Hospital menyediakan juga lain-lain perkhidmatan dan rawatan, menjadikannya salah satu hospital tertua di Malaysia.
8. Tun Hussein Onn National Eye Hospital
Tun Hussein Onn National Eye Hospital menawarkan kepakaran khusus dalam rawatan mata di Malaysia.
9. TMC Fertility Centre
Tropicana Medical Centre (TMC) adalah hospital khusus yang memberi rawatan dan tumpuan kepada masalah kesuburan. Setakat ini, ia telah menjalankan 3000 kes IVF, dan menjadikannya ia pilihan utama dalam bidang ini bagi pasangan-pasangan yang mengalami masalah hamil dan masalah yang berkaitan.
10. Mount Miriam Cancer Hospital
Mount Miriam Cancer Hospital terletak di Penang, yang fokus dan khusus dalam bidang kanser.