Jus Arabic Gold HQ

  • Home
  • Jus Arabic Gold HQ

Jus Arabic Gold HQ CALL / WHATAPPS : +60 1161070541

JUS ARABIC GOLD merupakan suplement kesihatan yang organik di perbuat daripada Arabic Gum , untuk pengamalan minuman kesihatan berasaskan makanan sunnah dengan formulasi dari Timur Tengah!

04/07/2022
04/07/2022
04/07/2022
04/07/2022
04/07/2022
APA TANDA-TANDA PENYAKIT DARAH TINGGI ? Seramai 6.4 juta rakyat Malaysia dewasa kini menghidap penyakit darah tinggi ata...
01/12/2021

APA TANDA-TANDA PENYAKIT DARAH TINGGI ?

Seramai 6.4 juta rakyat Malaysia dewasa kini menghidap penyakit darah tinggi atau hipertensi malah lebih teruk apabila ada tidak mengetahui mereka menghidap penyakit itu.

Melalui Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati terdapat 6.4 juta menghidap darah tinggi dengan dianggarkan 3.4 juta individu sudah mengetahui sedangkan bakinya tidak tahu.

Jadi, mari kenali tanda-tanda penyakit darah tinggi

👉🏻 Sesak Nafas
👉🏻 Sawan
👉🏻 Loya dan Muntah
👉🏻 Berdebar-debar
👉🏻 Mata Kabur
👉🏻 Lemah Sebelah Badan
👉🏻 Sakit Kepala/ migrain

Satu perkara penting yang boleh dilakukan oleh semua rakyat Malaysia ialah memeriksa tekanan darah anda secara tetap dan berkala, kerana itulah satu-satunya cara untuk mengetahui tahap tekanan darah anda.

Jus Arabic Gold merupakan makanan tambahan yang dapat membantu mengawal bacaan tekanan darah tinggi kembali normal.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

APAKAH PUNCA YANG MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI? Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi bukanlah suatu...
30/11/2021

APAKAH PUNCA YANG MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI?

Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi bukanlah suatu penyakit yang perlu dipandang ringan.

Ia memberi kesan yang tidak baik jika tidak diambil serius. Tekanan darah tinggi adalah penyakit yang “membunuh dalam senyap” kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal.

Kenali punca-punca berlakunya tekanan darah tinggi,

🔴 Obestiti
🔴 Merokok
🔴 Tidak Bersenam
🔴 Stress Melampau
🔴 Diet yang Tidak Sihat
🔴 Faktor Usia
🔴 Sejarah Keluarga
🔴 Pengambilan Garam yang Tinggi

Oleh itu, anda patut memeriksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya setahun sekali kerana tekanan darah tinggi boleh berlaku tanpa petanda.

Walau bagaimanapun, jika anda telah mendapat BP tinggi, pengesanan awal, rawatan dan pemantauan boleh membantu anda memastikan tekanan darah tidak merosot.

Jus Arabic Gold merupakan makanan tambahan yang telah diformulasikan bahan-bahannya dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

DAH SELALU SANGAT KENA HADAPI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI.. SAMPAI BUNTU NAK ATASINYA MACAM MANA ? Tekanan darah tinggi...
29/11/2021

DAH SELALU SANGAT KENA HADAPI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI.. SAMPAI BUNTU NAK ATASINYA MACAM MANA ?

Tekanan darah tinggi tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia suatu penyakit yang berbahaya walaupun simptom/ gejalanya tidak menunjukkan tanda yang jelas.

Pemeriksaan secara berkala harus dilakukan bagi memastikan tekanan darah sentiasa normal.

Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi tangani masalah tekanan darah tinggi, antaranya

🎀 Bijak menangani stress
- kawal stress dengan baik dan jangan terlalu beremosi hingga menjejaskan kesihatan

🎀 Berhenti Merokok
- Nikotin di dalam rokok dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah dan frekuensi denyut jantung.

🎀 Sentiasa Bersenam
- Senaman sangat berkesan bagi mengurangkan tekanan darah dan boleh turun lebih banyak sekiranya mengamalkan pemakanan sihat iaitu kurang garam dan menurunkan berat badan.

🎀 Elakkan Makan Makanan yang Berlemak & Bergaram
- Amalkan amalan pemakanan yang sihat seperti banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, boleh mengambil jus Arabic Gold sebagai makanan tambahan yang membantu menstabilkan tekanan darah tinggi.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN Amalkan Konsep Suku Suku Separuh Pada Waktu Sahur, Berbuka & MorehSuku Suku Sep...
28/11/2021

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Amalkan Konsep Suku Suku Separuh Pada Waktu Sahur, Berbuka & Moreh

Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal.

Anda hanya perlu membahagikan pinggan seperti berikut :

✅ ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh

✅ ¼ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur

✅ ½ pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran

Kebaikan /manfaat konsep ini dapat membantu kita yang ingin mengamalkan pemakanan sihat dengan cara yang mudah.

Konsep ini membantu memudahkan kita membahagikan jumlah nutrisi utama supaya seimbang dan menekankan beberapa perkara utama bagi menjamin pemakanan yang sihat.

Golongan pesakit diabetis sangat digalakkan untuk menggunakan konsep ini dalam pengambilan makanan seimbang yang sihat dan dapat menstabilkan bacaan gula ke paras normal.

➡️ Kawal jumlah pengambilan karbohidrat terutamanya karbohidrat ringkas.

➡️ Ambil sayur dan buah yang mencukupi.

➡️ Ambil protein dari sumber asli dan bukan makanan diproses.

➡️ Elakkan makanan terutamanya minuman bergula.

Dapat sesuatu ? Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. 😊

“Jom amalkan gaya hidup sihat”


BAGAIMANA UNTUK ATASI DEHIDRASI KETIKA BERPUASA ? Dehidrasi ialah keadaan kehilangan atau kekurangan air. 70% dari kompo...
27/11/2021

BAGAIMANA UNTUK ATASI DEHIDRASI KETIKA BERPUASA ?

Dehidrasi ialah keadaan kehilangan atau kekurangan air. 70% dari komponen tubuh kita adalah terdiri daripada air.

Kehilangan air dalam tubuh badan akan merencatkan sistem komponen tubuh kita dari berfungsi dengan lancar.

Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan kita mengalami dehidrasi:

✅ Keletihan
✅ Sembelit
✅ Masalah Pencernaan
✅Tekanan Darah Tinggi
✅ Kolesterol Tinggi
✅ Masalah Pernafasan
✅ Obesiti
✅ Penyakit Kulit
✅ Masalah Buah Pinggang
✅ Sakit Sendi

Oleh itu, mari pastikan kita minum air secukupnya setiap hari di bulan puasa ini.

Cara mencukupkan air untuk tubuh badan kita bertenaga pada bulan puasa ini pastikan ambil 8 gelas air pada waktu :

1 Gelas - sebelum tidur
1 Gelas - semasa sahur
1 Gelas - selepas berbuka
1 Gelas - semasa terawih
1 Gelas - bangun sahur
1 Gelas - semasa berbuka
1 Gelas - selepas solat isyak
1 Gelas - semasa moreh

Kongsikan manfaat ini pada orang lain 😊

“Jom amalkan gaya hidup sihat”

KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI Komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lamb...
26/11/2021

KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI

Komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lambat. Ia bergantung bagaimana tekanan darah dapat dikawal oleh pesakit.

Sekiranya pesakit darah tinggi mempunyai masalah kesihatan lain seperti kencing manis atau sakit jantung, keadaan ini akan mempercepatkan lagi komplikasi.

Antara kesan komplikasi tekanan darah tinggi pada organ tubuh,

➡️ Kerosakan pada saluran darah
- Salur darah yang telah rosak dan menyebabkan penyempitan salur-salur darah (atherosclerosis). Salur-salur darah yang sempit ini menyebabkan bekalan oksigen dan nutrient pada organ-organ penting seperti jantung, otak, mata, buah pinggang akan berkurangan.

➡️ Kerosakan pada otak
- Terdedah kepada penyakit Angin Ahmar (Stroke)

➡️ Kerosakan pada jantung
- Jantung juga boleh menjadi bengkak kerana tekanan darah yang tinggi akan memaksa jantung untukbekerja keras dengan mengepam darah lebih cepat dan laju.

➡️ Kerosakan buah pinggang
- Air dan toxin akan berkumpul dalam badan. Proses yang berterusan akan mengakibat pesakit memerlukan rawatan dialysis atau penggantian buah pinggang.

➡️ Kerosakan pada mata
- Keadaan ini boleh mengakibatkan pendarahan,kabur mata dan seterusnya pesakit menjadi buta.

➡️ Tulang rapuh
- Meningkatkan pengeluaran kalsium melalui air kencing. Ini mengurangkan kekuatan serta j***m tulang dalam tubuh badan kita yang dikenali sebagai osteoporosis.

➡️ Sawan semasa hamil
- Sangat bahaya kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.

Pemeriksaan yang rapi perlu dibuat untuk memastikan penyebab dan kesan daripada komplikasi yang berlaku dapat dielakkan.

Jadikan Jus Arabic Gold sebagai pelengkap makanan tambahan untuk mengawal bacaan tekanan darah tinggi.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

KENALI TEMPAT SAKIT & GANGGUAN PADA JANTUNG Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Jika berlaku s...
25/11/2021

KENALI TEMPAT SAKIT & GANGGUAN PADA JANTUNG

Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita.

Jika berlaku sebarang kerosakan pada jantung, banyak bahagian dalam tubuh badan kita akan turut terjejas.

Inilah sebabnya kita perlu jaga serta pelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular.

Berikut adalah tempat nyeri /gangguan pada jantung :

▶️ Dibelakang tulang dada

▶️ Dibelakang tulang dada menjalar ke leher

▶️ Dari dada bawah ke ulu hati (kerap sakit)

▶️ Dari bahagian belakang di antara kedua belikat

▶️ Dari dada ke bawah ke ulu hati (kerap sakit)

▶️ Dari bahagian belakang di antara kedua belikat

Sayangi jantung anda !

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

APAKAH GEJALA YANG MENUNJUKKAN GOUT ? Gout adalah bentuk arthritis biasa & kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaj...
24/11/2021

APAKAH GEJALA YANG MENUNJUKKAN GOUT ?

Gout adalah bentuk arthritis biasa & kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja.

Ia dicirikan oleh serangan yang tiba-tiba, teruk sakit, keradangan, kemerahan, bengkak dan kelembutan pada sendi.

Tanda-tanda dan gejala gout hampir selalu berlaku secara tiba-tiba. Antara gejala gout yang perlu diambil berat adalah :

📌 Kesakitan sendi yang teruk
- Gout biasanya menjejaskan kawasan di bawah sendi kaki yang besar, tetapi ia boleh berlaku di mana-mana sendi. Sendi lain adalah pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari. Kesakitan mungkin lebih buruk pada 4 hingga 12 jam pertama selepas ia bermula

📌 Ketidakselesaan
- Apabila kesakitan yang teruk mereda, ketidakselesaan bersama sendi mungkin berlangsung dari hari ke minggu. Serangan kemudian boleh bertahan lebih lama dan menjejaskan lebih banyak sendi

📌 Keradangan dan Kemerahan
- sendi menjadi bengkak, lembut dan merah

📌 Gerakan terhad
- Hingga gout berlangsung, anda mungkin tidak boleh bergerak sendi anda secara normal

Seperti penyakit lain, Gout bermula dengan pemakanan.

Penyelesaiannya, disiplinkan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Amalkan jus Arabic Gold sebagai makanan tambahan anda untuk membantu mencegah gout.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

TAHUKAH ANDA PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN GOUT ? Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah u...
23/11/2021

TAHUKAH ANDA PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN GOUT ?

Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak.

Pesakit selalunya akan mengalami kesakitan yang teruk di bahagian sendi yang terlibat.

Hanya pesakit gout sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika diserang masalah gout

Antara punca yang menyebabkan gout adalah :

🖤 Asid urik yang tinggi

🖤 Penyakit buah pinggang

🖤 Tekanan darah tinggi

🖤 Kolesterol tinggi

🖤 Penyakit anemia

🖤 Ubat-ubatan

🖤 Leukemia

🖤 Obesiti

Meskipun kita tidak dapat menjangkakan bila penyakit gout bakal berlaku, namun amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan bagi mengelakkan serangan gout berlaku.

Jadikan jus Arabic Gold sebagai makanan tambahan yang membantu anda mempunyai sakit gout.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

LANGKAH MENCEGAH GOUT Gout adalah bahagian sendi yang kene serangan ni akan nampak merah dan bengkak, sebarang gerakan a...
22/11/2021

LANGKAH MENCEGAH GOUT

Gout adalah bahagian sendi yang kene serangan ni akan nampak merah dan bengkak, sebarang gerakan akan menyebabkan rasa sakit yang amat sangat.

Penyakit gout ini muncul disebabkan bahan kimia dalam darah yang dipanggil sebagai asid urik.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah gout ialah :

➡️ Ambil produk tenusu rendah lemak untuk protein

➡️ Minum banyak air kosong
- Pengambilan cecair yang banyak iaitu sebanyak 2-3 liter sehari boleh membantu menyingkirkan asid urik, mencegah batu karang dan kerosakan batu karang.

➡️ Mengekalkan berat badan yang sihat
- Obesiti sering kali dikaitkan dengan gout. Pengurangan berat badan mestilah berlaku secara berfasa kerana pengurangan berat badan yang turun mendadak akan meningkatkan asid urik dalam badan.

➡️ Elakkan Pengambilan alkohol
- Pengambilan alkohol yang berlebihan akan mengakibatkan pengumpulan laktik yang akhirnya menghalang fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik.

Langkah ini mampu mengurangkan serangan gout jika anda mendisplinkan diri untuk menjaga pemakanan.

Ambil jus Arabic Gold sebagai makanan tambahan untuk membantu mencegah dan mengurangkan serangan gout.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

PUNCA-PUNCA SAKIT SENDISemakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi d...
21/11/2021

PUNCA-PUNCA SAKIT SENDI

Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Ini menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.

Keadaan ini memberi kesan kecederaan pada tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.

Antara punca terjadinya sakit sendi adalah :

👉🏻 Terseliuh

👉🏻 Berat Badan Berlebihan

👉🏻 Kecacatan Tulang Belakang

👉🏻 Kecederaan

👉🏻 Jangkitan Kuman

👉🏻 Kesan Ubat-ubatan

Jus Arabic Gold merupakan supliment tambahan yang dapat membantu mengurangkan derita sakit sendi.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

GOLONGAN BERISIKO SAKIT SENDIPenyakit sendi dikenali sebagai osteoarthritis. Sakit sendi ini berlaku apabila tulang rawa...
20/11/2021

GOLONGAN BERISIKO SAKIT SENDI

Penyakit sendi dikenali sebagai osteoarthritis.

Sakit sendi ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.

Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas.

Berikut 5 golongan yang berisiko menghadapi sakit sendi :

✅ Atlet Sukan
- Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak (ragbi dll)

✅ Obesiti
- Individu yang memiliki berat badan berlebihan akan menyebabkan tekanan pada bahagian sendi-sendi seperti lutut ketika berjalan

✅ Individu yang mengalami masalah otot sejak kecil

✅ Individu sudah berusia
- Daya ketahanan sendi dan otot semakin berkurang apabila makin meningkat usia

✅ Individu yang sering mengangkat berat

Jom ikhtiar masalah sendi dengan mengamalkan minuman sunnah bersama jus Arabic Gold.

“Jom amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan sunnah”

Address


28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jus Arabic Gold HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jus Arabic Gold HQ:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share