14/12/2025
Sekadar nak bercerita je, dulu pernah terlintas nak cari kerja yg ada gaji bulanan, sebab sebab tertentu.. Faham faham je lah, kerja dalam bidang rawatan nie, ambo tak boleh tetapkan bayaran yg lebih.. Jika kos yg jauh, memadai kos Minyak, tol, hotel dan sebagainya. Sama jugak yg datang ke kedai, ada yg kurang berkemampuan.. Jadi mereka akan bagi sumbangan ikhlas.Duit yg ambo dapat tu, ambo buat bayar sewa Kedai, bil bil yg ada, Servis kereta.. Dan keperluan yg lain. Tapi jika di fikirkan semula pasal kerja tadi, ambo nie buka pusat rawatan islam 24 Jam tau..jadi massa tu perlu di pertimbangkan.. Jadual kadang2 padat, walaupun ambo tidak di kenali ramai..
Contohnya pagi ini jam 1 pagi-2 pagi, ada panggilan kes kerasukan, ambo kena ke rumah pesakit..alhamdulillah, selesai dah. Itu yg boleh menaip sikit,.mmg ambo bersedia dan tido ala kadar je waktu begini.Ambo akan tido waktu yg takda pesakit sahaja..alhamdulillah..
Kadang2 jam 4 pagi pun ada org Call ada histeria atau kes misteri yg lain.. kadang2 sampai ke subuh org mencari lagi khidmat rawatan jika di perlukan.. Yg mana kenal ambo, mmg itu lah rutin harian, tak kira waktu dan massa.. Takda waktu tutup. Melainkan ambo tak sihat dan di luar kawasan.. Sama lah massa ambo buka di Kelantan dulu, 24 Jam jugak. Alhamdulillah.. Kite bantu mana yg termampu.. Jadi ambo sampai sekrg, mmg aktif merawat, kadang2 ambo buka slot Bekam utk tambah pendapatan. Alhamdulillah.. Sekarang ambo tambah 1 bisnes lagi, jual keropok lekor.. Syukur kepada Allah... Jualan produk pun ada .. Boleh lah pakat beli ye..
Doakan kami ye..
Masyaallah tabarakallah..
Pusat Rawatan Islam aura Nur Temerloh &??Mentakab Pahang..
24 Jam (jam 12 tghmalam-6 pagi kes kecemasan sahaja)
Waktu lain Temujanji Sahaja..
Bekam pun Temujanji sahaja..