Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Kedudukan Hospital Temerloh adalah di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Muki Lokasinya di Mukim Perak dalam Daerah Temerloh.

Dikelilingi taman yang menghijau seluas 44 ekar yang menjadikan ianya menarik dipandang dan tersergam indah. Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerl

oh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera. Perkhidmatan Hospital Temerloh beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005. Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riโ€™ayatuddin Al-Muadzam Shah. Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Selamat Hari Pekerja 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsaโ€Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga pe...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsaโ€

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga pekerja atas dedikasi, komitmen serta sumbangan yang tidak ternilai dalam membangunkan negara.

Ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja HoSHAS

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› (๐—›๐—ข๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆ)Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)...
28/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› (๐—›๐—ข๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆ)

Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) anjuran Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Unit Kesihatan Awam dan Unit Kualiti dan Penyelidikan telah diadakan pada 23 April 2026. Perhimpunan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mengangkat tema Hari Bumi (Earth Day) sebagai fokus utama.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar oleh Encik Muhammad Aslam bin Mohamad Arif, diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Hasabdullah bin Ismail. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz.

Sesi renungan pagi telah disampaikan oleh Dr. Firdaus binti Datuk Abdul Gani. Dalam sesi ini, beliau menyampaikan mesej penting secara ringkas mengenai kepentingan mempelajari dan menghargai diri sendiri, komuniti serta alam sekitar, seterusnya memupuk kesihatan mental yang mampan.

Kemuncak majlis ialah penyampaian Sijil Penghargaan kepada para pemenang bagi Pencapaian PSQ-18 (Kajian Kepuasan Pelanggan) Tahun 2025, Audit Klinikal, Program Jom Aktif Bersama BookDoc 2026, serta Program Pengurusan Berat Badan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharapkan pengiktirafan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus meningkatkan prestasi serta kualiti perkhidmatan.

15/04/2026

PEMAKLUMAN TERKINI!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera tuan dan puan,

Untuk Makluman tuan dan puan talian telefon Hoshas kembali pulih.

Segala kesulitan amatlah dikesali

Sekian,terima kasih

15/04/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera tuan dan puan,

Untuk makluman talian telefon hoshas sedang mengalami gangguan teknikal.

Sebarang panggilan keluar dan masuk tidak dapat dilakukan buat sementara waktu.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Berikut merupakan alternatif untuk tuan/puan menghubungi pihak kami sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang permasalahan dan pertanyaan.

1. Portal HoSHAS

Hubungi kami : https://jknpahang.moh.gov.my/hoshas/hubungi

E-mel : hoshas@moh.gov.my

2. Facebook Messenger HoSHAS

URL Page : https://www.facebook.com/hoshastem

FB Messenger link : https://m.me/hoshastem

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Sekian,terima kasih

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—ผ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSabtu, 4 April 2026 โ€“ Program โ€œBecoming A Resilient Nurseโ€ & Annual General Meeting (AG...
09/04/2026

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—ผ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Sabtu, 4 April 2026 โ€“ Program โ€œBecoming A Resilient Nurseโ€ & Annual General Meeting (AGM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium HoSHAS, dengan penyertaan seramai 213 ahli Kelab Jururawat HoSHAS.

Program anjuran Unit Kejururawatan dengan kerjasama Kelab Jururawat HoSHAS ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr. Mazlina binti Mohtar. Penganjuran seminar ini bertujuan memperkasa ilmu pengetahuan, meningkatkan daya tahan serta memupuk profesionalisme dalam kalangan jururawat selaras dengan cabaran semasa dunia kesihatan.

Dua penceramah jemputan telah mengisi slot ilmiah, iaitu Asst. Prof. Dr. Rashidah bt Mohd Yusoff dari Kulliyyah of Nursing, IIUM Kuantan yang menyampaikan ceramah bertajuk โ€œThe Next Decade of Nursing: From Silent Workforce to Strategic Voiceโ€ serta โ€œBeyond Survival: Reclaiming the Power and Purpose of Nursing in Malaysiaโ€. Turut berkongsi ilmu ialah MN Fauzi bin Jaafar dari Institut Kanser Negara (IKN) dengan tajuk โ€œIkhlas dan Integriti Seorang Jururawat: Amanah di Dunia, Syafaat di Akhiratโ€.

Pada sebelah petang, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Jururawat HoSHAS turut berlangsung dengan lancar, melibatkan lantikan barisan kepimpinan baharu bagi sesi akan datang. Barisan kepimpinan yang dilantik diharapkan dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan komited dalam memacu kecemerlangan kelab.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mencerminkan komitmen tinggi dalam kalangan jururawat terhadap pembangunan diri dan profesion. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.





03/04/2026
๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—— ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง (๐—ฃ๐—•๐— ) ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐—›๐—ผ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆRabu, 1 April 2026 - Bengkel selama 2 hari Patient Blood Management (PBM) ...
03/04/2026

๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—— ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง (๐—ฃ๐—•๐— ) ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐—›๐—ผ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆ

Rabu, 1 April 2026 - Bengkel selama 2 hari Patient Blood Management (PBM) Workshop anjuran Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Jabatan Patologi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium HoSHAS pada 31hb Mac hingga 1hb April 2026. Bengkel ini diadakan 2 kali setahun sejak tahun 2015. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada urusetia.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz.

Sepanjang bengkel ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai topik penting merangkumi asas transfusi, pemahaman haemostasis, komplikasi transfusi serta 'Protokol Massive Transfusion'. Turut diketengahkan adalah 3 tiang utama PBM iaitu:

โœ”๏ธ Optimizing haemopoiesis
โœ”๏ธ Minimizing blood loss
โœ”๏ธ Harnessing tolerance to anemia

Hari kedua diteruskan dengan sesi' hands-on' yang lebih praktikal dan interaktif yang melibatkan proses permintaan darah, pengambilan sampel, transfusi serta simulasi kes kecemasan seperti Post Partum Haemorrhage dan polytrauma.

Bengkel ini memberi pendedahan yang komprehensif dan sangat relevan dalam memperkukuhkan amalan klinikal, seterusnya meningkatkan keselamatan serta kualiti rawatan pesakit.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta PBM HOSHAS 2026 sesi pertama. Semoga lebih ramai warga kerja HOSHAS termasuk Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah dan paramedik yang akan turut serta dalam sesi akan datang.


๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” & ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—ž๐—ฒ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆRabu, 1 April 2026 โ€“  Sesi Penyerahan Bendera Jabata...
03/04/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—” & ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—ž๐—ฒ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—˜๐—ฆ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฆ

Rabu, 1 April 2026 โ€“ Sesi Penyerahan Bendera Jabatan dan Pasukan serta Taklimat Pasukan Mara Lasak KeSUKES HOSHAS telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik pada pukul 10.15 pagi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital merangkap Pengerusi KeSUKES, Dr. Hjh Nor Azlina binti Abdul Aziz, yang turut menyampaikan taklimat serta amanat kepada pasukan sebelum menghadapi cabaran yang bakal ditempuh. Diharapkan ianya dapat menyuntik semangat & memberi motivasi kepada pasukan untuk memberikan komitmen sepenuhnya dlm program ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan), En. Hazlan bin Sulaiman merangkap Timbalan Pengerusi KeSUKES, barisan pengurusan pasukan, atlet Mara Lasak serta rakan-rakan kerjasama dan penaja yang sentiasa menyokong pembangunan sukan di HOSHAS.

Program ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan bagi menyertai Mara Lasak Pahang 2.0, iaitu acara sukan lasak berpasukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental melalui cabaran larian sejauh 15 kilometer merentasi pelbagai halangan seperti denai, bukit dan ladang, sambil membawa beban.

Sebagai simbolik semangat perjuangan dan kesatuan pasukan, sesi penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen telah dilaksanakan oleh Pengarah Hospital, sekali gus menandakan kesediaan pasukan untuk mewakili jabatan. Laungan HOSHAS BOLEH !!! dari Pengurusan Tertinggi dan para peserta turut bergema menunjukkan semangat yang tinggi yang akan dibawa oleh para peserta.

Pihak hospital turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kerjasama dan penaja iaitu Pusat Pakar Mata Top Vision Mentakab, Tomyam Hotpot Chiangmai Temerloh, Kopi 3 Temerloh, Bazeeru Express Temerloh dan Rodong Jersey Temerloh atas sokongan padu dalam menjayakan persiapan pasukan ini.

Semoga pasukan Mara Lasak KeSUKES HOSHAS terus bersemangat, cekal dan tabah menghadapi cabaran, mempamirkan sifat bekerjasama berpasukan yang tinggi akan beroleh kejayaan dan mengharumkan nama jabatan.


Program Menyantuni Kakitangan Bertugas dan Pesakit Tibi bersama Pengurusan Tertinggi HoSHAS pada pagi 1 Syawal 1447H.๐Ÿญ ๐—ฆ...
24/03/2026

Program Menyantuni Kakitangan Bertugas dan Pesakit Tibi bersama Pengurusan Tertinggi HoSHAS pada pagi 1 Syawal 1447H.

๐Ÿญ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐— ๐—ฎ๐—ฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan II, mewakili Pengurusan Tertinggi HoSHAS telah hadir menyantuni 447 kakitangan yang bertugas pada pagi 1 Syawal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Dalam suasana mesra dan penuh keprihatinan, beliau beramah mesra bersama warga kerja yang terus komited memberikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun di hari perayaan. Kehadiran beliau mencerminkan penghargaan Pengurusan Tertinggi HoSHAS terhadap pengorbanan serta dedikasi kakitangan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Beliau turut meluangkan masa menyantuni pesakit ๐˜›๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ถ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ช๐˜ด (Tibi) sebagai tanda sokongan moral serta menceriakan suasana Aidilfitri mereka. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan hamper raya dan duit raya daripada Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) Negeri Pahang kepada pesakit Tibi.

Selain itu, satu sumbangan khas turut diberikan kepada seorang kakitangan HoSHAS yang telah enam bulan bercuti kerana menjaga anaknya yang menerima rawatan di Wad Paediatrik Melur 1. Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan pihak Pengurusan Tertinggi HoSHAS terhadap kebajikan wargakerjanya.


20/03/2026
20/03/2026

๐Œ๐จ๐ง๐ญ๐š๐ฃ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐’๐ฉ๐ข๐ซ๐ข๐ญ๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข & ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐‡๐จ๐’๐‡๐€๐’

Address

Jalan Maran
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category