Pejabat Kesihatan Daerah Tenom

Pejabat Kesihatan Daerah Tenom Pejabat Kesihatan Daerah Tenom

Peti Surat No.97, 89907 Tenom, Sabah. Contact No: 087-737 003

13/04/2026

🩺Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.

13/04/2026

Beberapa jenis rawatan boleh dilakukan bagi membantu pesakit Parkinson mengawal gejala dan meningkatkan kualiti hidup yang terdiri daripada ubat-ubatan dan gaya hidup meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.

Disebabkan penyakit ini memberi kesan yang berbeza bagi setiap individu, rawatan perlu disesuaikan mengikut individu.

13/04/2026

Mata dah layu. Badan dah mula sedap 'tenggelam' dalam tilam. Fikiran pun dah mula melayang jauh, separuh sedar separuh mimpi. Mungkin terbayang tengah jalan kat tangga atau berdiri tepi tebing.

Tiba-tiba... ZAPP!

Seluruh badan tersentak kuat gila! Kaki tertendang angin, tangan terkapai, dan mata terus celik luas memandang siling. Jantung berdegup laju macam baru lepas lari pecut, nafas termengah-mengah. Rasa betul-betul macam baru lepas jatuh dari bangunan tinggi. Padahal, baring diam je atas katil dari tadi.

Pernah kena macam ni? Orang tua-tua dulu s**a momokkan, "Itu tanda roh kau baru nak keluar badan, tapi terlanggar alang bumbung rumah!" atau "Ada benda mengejutkan kau tu."

Sila bertenang. Anda tak diganggu makhluk halus, dan roh anda tak pergi mana-mana. Fenomena yang meremang bulu roma ini dipanggil 'Hypnic Jerk' atau 'Sleep Starts'.

Apa yang berlaku sebenarnya? Waktu anda sedang beralih dari fasa berjaga ke fasa tidur, badan anda akan mula 'shut down'. Otot-otot yang tegang seharian mula relaks sepenuhnya. Denyutan jantung makin perlahan. Suhu badan menurun. Nafas jadi makin dalam dan tenang.

Tapi, kadang-kadang otak kita ni 'overprotective' sikit. Bila perubahan fizikal ni berlaku terlalu cepat, otak kita tersalah tafsir (glitch). Otak ingat otot yang relaks dan jantung yang perlahan tu sebagai tanda anda sedang jatuh, atau lebih menakutkan... otak ingat anda sedang mati!

Sebab nak selamatkan nyawa anda, otak panik dan terus hantar isyarat elektrik kecemasan (Adrenalin) ke seluruh urat saraf untuk kejutkan badan anda secara paksa. Itulah sebabnya anda tersentak kuat dan dada berdebar kencang.

Benda ni sangat normal, tapi ia akan jadi MAKIN KERAP menyerang kalau malam tu anda:
1. Terlalu penat (burnout/overworked).
2. Stres melampau dan otak sarat dengan masalah (anxiety).
3. Minum terlalu banyak kopi (kafein) lewat petang.
4. Kurang tidur berhari-hari.

Jadi malam ni, kalau benda ni jadi lagi, tak payah panik baca ayat macam-macam. Tarik nafas panjang-panjang, senyum sikit, dan cakap dalam hati, "Terima kasih otak sebab risaukan aku, tapi aku nak tidur ni."

Kurangkan stres, elak kopi malam hari, dan berehatlah secukupnya.

13/04/2026

Pagi-pagi, Mata masih berat, kaki diseret perlahan pergi ke dapur. Benda pertama yang dicari bukan air masak, bukan roti. Tapi secawan Kopi 'O' pekat berasap atau nescafe panas. Nak bagi mata terus celik dan otak jalan katanya.

Teguk je kopi tu waktu perut tengah berbunyi kosong.. fuh, memang rasa segar sekejap. Tapi sedar tak sedar, anda sebenarnya sedang 'menyimbah asid' ke dinding perut sendiri.

Bayangkan perut kita ni lepas 8 jam tidur, dia dah sedia ada asid semulajadi (asid hidroklorik) yang tengah tunggu makanan masuk untuk diuraikan. Bila anda bangun dan terus tuang kopi (yang sifat asalnya berasid) ke dalam perut yang betul-betul kosong, pengeluaran asid perut tu akan mencanak naik secara mendadak!

Masalahnya, tak ada seketul makanan pun dalam perut tu untuk asid tu proses. Jadi, apa asid tu buat? Ia akan mula menghakis dan 'membakar' dinding perut anda sendiri.

Sekali dua buat, mungkin tak rasa apa. Tapi bila dah jadi rutin setiap pagi sebelum pergi kerja:
1. Tiba-tiba masuk office pukul 9 pagi, perut mula masuk angin, kembung dan sebu.
2. Mula rasa loya, mual dan rasa macam nak muntah air masam (Acid Reflux / GERD).
3. Bahagian tengah dada ke atas mula rasa pedih mencengkam (Heartburn).
4. Jantung berdebar laju semacam, tangan mula menggeletar dan anxiety tiba-tiba menyerang (kopi + kortisol pagi yang tinggi).

Lama-kelamaan, lapisan pelindung dinding perut akan nipis, luka, dan akhirnya anda disahkan kena gastrik atau ulser perut yang sangat menyiksakan. Makan salah, tak makan pun salah.

Kami tak larang anda minum kopi pagi. Tapi tolong kesiankan perut tu.

Bangun pagi, benda pertama masuk mulut pastikan segelas air kosong dulu untuk 'cuci' dan neutralkan asid perut. Kalau nak minum kopi juga, alaslah perut dengan sekeping roti, tiga biji kurma, atau sekeping biskut tawar. Biar ada 'span' untuk serap asid tu sebelum kopi masuk.

Sayangi perut anda. Jangan sebab nak kejar mata celik, perut merana sampai bertahun-tahun.

13/04/2026

Pukul 8 pagi, singgah gerai depan office beli nasi lemak sambal sotong lebih. Atau order roti canai banjir dua keping dengan teh tarik buih lebih. Makan dekat pantry berselera sungguh. Kononnya dalam hati, "Inilah bahan bakar untuk aku pulun kerja pagi ni!"

Masuk je pukul 10 pagi.. tiba-tiba mata jadi berat macam kena letak batu.

Menguap tak henti-henti depan laptop sampai berair mata. Otak rasa tepu, 'jammed', baca satu e-mel pendek pun kena ulang tiga kali sebab tak masuk dalam kepala. Bila bos panggil meeting, rasa macam nak tertidur sambil duduk.

Pernah tak jadi macam ni? Ramai orang salahkan malam tadi tidur lambat, padahal punca utamanya ada dalam pinggan sarapan anda sendiri!

Inilah yang dipanggil 'Sugar Crash' atau Reactive Hypoglycemia.

Nasi lemak, roti canai, teh tarik. semua ni adalah 'bom' karbohidrat ringkas dan gula yang sangat besar. Bila makanan ni masuk dalam perut, ia bertukar menjadi glukosa dengan sangat laju. Gula dalam darah anda akan mencanak naik (Sugar Spike).

Bila gula naik terlalu laju, pankreas anda akan panik dan terus pam hormon insulin banyak-banyak untuk paksa gula tu turun semula. Kesannya? Gula dalam darah anda akan jatuh menjunam melepasi paras normal!

Waktu gula menjunam inilah otak anda tiba-tiba 'terputus' bekalan tenaga. Badan jadi lemah, mata jadi layu, otak hilang fokus, dan mood terus jadi 'kelaut'. Yang paling teruk, anda akan rasa lapar balik dan mula cari jajan atau biskut manis kat pantry. Kitaran toksik ni berulang setiap hari.

Bukan tak boleh makan nasi lemak atau roti canai langsung. Tapi janganlah jadikan ia sarapan wajib setiap hari.

Kalau nak otak kekal tajam, fokus, dan badan bertenaga sampai ke waktu rehat tengah hari, tukarlah kepada sarapan yang tinggi protein dan serat kompleks. Contohnya: 2 biji telur rebus, roti wholemeal, atau oat. Protein akan lepaskan tenaga perlahan-lahan, bukannya mengejut macam 'rollercoaster'.

Nak nampak pro depan bos, kena mula dari apa yang kita suap waktu pagi. Jangan sampai teguk kopi 3 cawan pun masih tersengguk-sengguk depan PC!

13/04/2026

Pagi-pagi dalam kelam-kabut nak pergi kerja, sempat singgah gerai tepi jalan beli bihun sup atau nasi berlauk kuah banjir. Peniaga pun dengan laju cedok kuah sup yang tengah mendidih menggelegak dalam periuk tu, terus tuang masuk ke dalam plastik nipis jernih.

Ikat tepi. Sampai kita yang tolong pegang plastik tu pun rasa pijar dan melecur jari! Masuk kereta, sangkut kat 'dashboard' atau tombol gear sambil bau wangi sup semerbak. Sampai office, tuang dalam mangkuk dan hirup panas-panas. Fuh, nikmat.

Nampak macam rutin biasa rakyat Malaysia. Tapi sedar tak sedar, anda sebenarnya sedang hirup 'air rebusan' bahan kimia bertoksik yang boleh mengundang kanser.

Ini fakta perubatan yang ramai pandang remeh. Plastik jernih nipis (biasanya plastik pembungkus ais atau lauk biasa) langsung tidak direka untuk menahan suhu air yang sedang mendidih!

Bila cecair bersuhu lebih 100 darjah celcius disimbah terus ke dalam plastik nipis tersebut, struktur kimia plastik itu akan mula 'cair' perlahan-lahan. Proses ini dipanggil 'Leaching'. Bahan kimia toksik pembentuk plastik seperti BPA (Bisphenol A), Phthalates, dan ribuan zarah mikromplastik akan bocor dan meresap terus ke dalam kuah sup lazat anda. Ia tak mengubah rasa, tak mengubah warna, tapi racun itu ada di situ.

Apa akibatnya bila hari-hari kita hirup 'sup plastik' ni?
Bahan-bahan kimia ini adalah 'Pengganggu Hormon' (Endocrine Disruptors). Bila ia masuk dalam badan:
1. Ia mengganggu sistem hormon semulajadi badan, menyebabkan masalah kesuburan untuk lelaki dan wanita.
2. Meningkatkan risiko mutasi sel yang membawa kepada pelbagai jenis Kanser.
3. Merosakkan buah pinggang dan hati yang terpaksa bekerja keras menapis bahan kimia industri ini setiap hari.

Tolonglah, jangan gadaikan nyawa sendiri dan keluarga semata-mata sebab nak cepat.

Jadikan habit baru: Bawa mangkuk tingkat (tiffin) atau bekas makanan tahan panas (BPA-free) sendiri dari rumah. Kalau terpaksa sangat bungkus guna plastik gerai, minta peniaga biarkan kuah tu suam sikit dulu, jangan dicedok waktu tengah berasap mendidih. Beringat sebelum kena, mencegah tu jauh lebih murah daripada kos bil rawatan kanser.

13/04/2026
🌞 NASIHAT PENJAGAAN DIRI SEMASA CUACA PANAS 🌡️Cuaca panas melampau boleh memberi kesan kepada kesihatan kita jika tidak ...
25/03/2026

🌞 NASIHAT PENJAGAAN DIRI SEMASA CUACA PANAS 🌡️

Cuaca panas melampau boleh memberi kesan kepada kesihatan kita jika tidak dijaga dengan betul. Berikut beberapa langkah mudah untuk kekal sihat dan selamat:

💧 Minum air secukupnya
Jangan tunggu haus baru minum. Pastikan badan sentiasa terhidrat.
🧢 Elakkan aktiviti luar ketika tengah hari
Hadkan aktiviti di luar antara jam 11 pagi hingga 4 petang kerana suhu paling tinggi pada waktu ini.
👕 Pakai pakaian ringan dan longgar
Gunakan pakaian berwarna cerah dan menyerap peluh untuk keselesaan.
🌳 Berteduh dan rehat secukupnya
Cari tempat teduh dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
🍉 Ambil makanan berkhasiat
Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang membantu menyejukkan badan.
⚠️ Peka tanda-tanda strok haba
Seperti pening, loya, keletihan melampau, atau pengsan. Segera dapatkan bantuan jika berlaku.

Jaga diri dan keluarga kita. Cuaca panas bukan perkara remeh—kesihatan tetap keutamaan! 💙




LAPORAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENYAKIT TIBI DAN FWBD DI BAZAAR RAMADAN 2026 DAERAH TENOM🎯Objektif utama aktiviti ini adal...
16/03/2026

LAPORAN PENDIDIKAN KESIHATAN PENYAKIT TIBI DAN FWBD DI BAZAAR RAMADAN 2026 DAERAH TENOM

🎯Objektif utama aktiviti ini adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran orang awam berkenaan kepentingan mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyakit Tibi serta penyakit bawaan makanan dan air dalam kehidupan seharian.

Justeru, aktiviti demikian dilaksanakan bersama Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Tenom seperti berikut :

🗓Tarikh : 12/03/2026 (Khamis)
⏱️Masa : 3.00 petang
Bil. Anggota Terlibat

PPKPK:1
PPKP : 12
PKB: 2

📍Lokaliti: Sekitar Bazaar Ramadan Pekan Tenom
✅40 premis makanan yang dilawati
✅340 pengunjung
✅300 risalah diedarkan

▶️Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah edaran risalah, penerangan tanda & gejala Tibi, cara jangkitan, pencegahan serta promosi saringan kahak di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.

▶️Aktviti perbincangan kumpulan kecil juga di jalankan iaitu memberikan nasihat kepada para pengunjung/penjual berkenaan langkah pencegahan penyakit Tibi semasa menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan serta selepas bulan Ramadan iaitu semasa Hari Raya.

▶️Selain itu, aktiviti ini juga dijalankan serentak dengan aktiviti Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Tenom iaitu menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di setiap gerai makanan di bazar.

Sekian, terima kasih.





CERAMAH KESIHATANTarikh : 11 MAC 2026 (Rabu)Masa : 9.00pagiTempat : Sk Kuala Tomani, TenomPeserta:  Pelajar Sekolah dan ...
11/03/2026

CERAMAH KESIHATAN

Tarikh : 11 MAC 2026 (Rabu)
Masa : 9.00pagi
Tempat : Sk Kuala Tomani, Tenom

Peserta: Pelajar Sekolah dan Guru

Objektif Program:
-Memberi pengenalan berkaitan penyakit TIBI
-Memberi pendedahan awal tentang bahaya rokok dan v**e
-Memberi pengenalan berkaitan penyakit demam denggi

Terima kasih atas jemputan dari pihak sekolah dan kepada semua pelajar serta guru kerana begitu semangat serta proaktif semasa ceramah dijalankan.




06/03/2026

Kegemukan atau obesiti merupakan suatu penyakit yang semakin meningkat prevalensnya dalam kalangan masyarakat di peringkat global, termasuk di Malaysia.

Sehubungan itu, berikut dikongsikan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan obesiti.

CERAMAH PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT (TIBI) DI IPD TENOM4 Mac 2026 – Satu sesi ceramah kesihatan berkaitan pencegahan ...
04/03/2026

CERAMAH PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT (TIBI) DI IPD TENOM

4 Mac 2026 – Satu sesi ceramah kesihatan berkaitan pencegahan penyakit berjangkit khususnya Tibi (Tuberkulosis) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Serbaguna IPD Tenom.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai tanda-tanda awal jangkitan, kaedah pencegahan, kepentingan saringan awal serta kepatuhan terhadap rawatan.

Antara pengisian utama yang disampaikan termasuk:
• Kepentingan mendapatkan pemeriksaan sekiranya batuk melebihi dua (2) minggu
• Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penularan
• Kepentingan saringan awal dan rawatan berterusan sehingga sembuh
• Rawatan Tibi yang disediakan secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan

Sesi ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr Mc Loverren Binti Munal Program Manager Pusat Rawatan Unit Tibi & Kusta Tenom. Turut hadir Dr Kelly Alexius Mansin Pegawai Kesihatan Daerah Tenom.

Terima kasih atas jemputan dan kerjasama warga IPD Tenom kepada kami. Semoga ceramah ini dapat menambahkan ilmu warga IPD Tenom serta memperkukuhkan tahap kesedaran dan amalan kesihatan dalam kalangan warga jabatan.



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Tenom
Tenom
89907

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Tenom:

Share