Klinik Tuaran

Klinik Tuaran Menyediakan kemudahan konsultasi perubatan, klinik ibu mengandung, dan pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan darah. X-RAY . ULTRASOUND. SURGERI . ECG

Family Doctor

Kesihatan anda, keutamaan kamiKami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.Sila whatsapp kami untuk pertanyaan...
14/03/2026

Kesihatan anda, keutamaan kami
Kami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.
Sila whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan di Klinik Tuaran 👇🏽👇🏽
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281

https://www.facebook.com/kliniktuaran?mibextid=LQQJ4d

https://www.instagram.com/klinik_tuaran/profilecard

https://www.tiktok.com/?_t=8qbZnbDAKP9&_r=1

https://maps.app.goo.gl/AdrM7LvJL1771Yek9?g_st=com.google.maps.preview.copy

09/03/2026

"Ala, sapu minyak panas sikit, suruh anak pijak belakang, esok lusa okay lah tu."

Ini ayat standard Sis dan Abang bila sakit pinggang kan? Berapa ramai yang sanggup tahan sakit berbulan-bulan sebab takut jumpa doktor

Salah tidur, angkat barang berat, duduk lama, urut sikit nanti ok. Tapi ada jenis sakit belakang yang bukan sekadar lenguh biasa. Ia boleh jadi isyarat awal bahawa ada sesuatu yang lebih serius sedang berlaku dalam badan.

Kebanyakan sakit belakang memang lenguh otot biasa. Tapi, Ada sakit belakang yang sebenarnya adalah 'alarm' badan menjerit minta nyawa! Kita panggil ini 'Red Flags' (Tanda Bahaya).

Tolong terus pergi ke dapatkan pemeriksaan segera kalau sakit belakang datang sekali dengan pakej ni:

🚨 Kebas di celah kangkang
🚨 Tiba-tiba tak boleh tahan atau tak sedar terkencing/terberak.
🚨 Kaki rasa makin lemah, nak jalan pun tak larat.
🚨 Demam, berat badan turun mendadak tanpa sebab.
🚨 Sakit makin teruk waktu malam sampai tak boleh tidur.

Gejala di atas (terutama bab kencing/berak) tu petanda saraf tunjang korang tengah 'tersepit' teruk (Cauda Equina Syndrome)

Badan kadang-kadang tak menjerit. Ia cuma beri amaran perlahan-lahan. Dan bila amaran itu datang, jangan pujuk diri dengan ayat “nanti ok lah tu”. Cepat periksa. Sebab dalam hal kesihatan, lambat bertindak kadang-kadang bukan buat kita kuat. Ia cuma buat kita rugi masa yang sepatutnya boleh selamatkan keadaan.

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN’S DAY🧍‍♀️🙎🏼‍♀️👸🏼Kesihatan anda, keutamaan kamiKami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 1...
08/03/2026

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN’S DAY🧍‍♀️🙎🏼‍♀️👸🏼

Kesihatan anda, keutamaan kami
Kami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.
Sila whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan di Klinik Tuaran 👇🏽👇🏽
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281

https://www.facebook.com/kliniktuaran?mibextid=LQQJ4d

https://www.instagram.com/klinik_tuaran/profilecard

https://www.tiktok.com/?_t=8qbZnbDAKP9&_r=1

https://maps.app.goo.gl/AdrM7LvJL1771Yek9?g_st=com.google.maps.preview.copy

07/03/2026

Dengkur kuat ni orang selalu buat bahan ketawa.

Tapi yang tidur sebelah anda, dia tahu.
Ini bukan kelakar.
Ini letih yang tak habis.

Ada orang tidur 7 jam, 8 jam, tapi bangun macam tak pernah rehat.
Pagi berat.
Tengah hari mengantuk.
Petang cepat naik angin.
Malam rasa kosong, sebab badan macam tak sempat pulih.

Dan yang paling menyakitkan, orang sekeliling kadang label.
Pemalas.
Moody.
Cepat marah.
Padahal badan dia sedang bergelut setiap malam.

Kalau dengkur kuat, ditambah dengan mengantuk siang, itu boleh jadi petanda sleep apnea.
Bukan sekadar bunyi.
Ia berlaku bila saluran pernafasan jadi sempit masa tidur, nafas terhenti sekejap-sekejap, otak terpaksa “menjaga” badan untuk sambung bernafas.
Anda tak sedar pun.
Tapi tidur anda asyik putus-putus.

Cuba semak 5 petanda ini.
1) Mengantuk teruk waktu siang, mudah tertidur sekejap masa duduk atau memandu
2) Bangun pagi sakit kepala atau mulut kering
3) Cepat marah, cepat tersentuh, emosi jadi pendek
4) Pasangan perasan ada masa anda senyap tak bernafas, kemudian tersedak atau tercungap
5) Tidur lama pun masih rasa penat

Langkah mula yang paling simple, boleh buat malam ini juga.
Tidur mengiring, jangan terlentang
Tinggikan sedikit kepala
Minta pasangan perhati, ada tak episod nafas terhenti atau tersedak
Elakkan alkohol atau ubat yang buat mengantuk tanpa nasihat sebelum tidur
Kalau berat badan berlebihan, sasarkan turun sedikit demi sedikit, 2 hingga 3 kg pun boleh membantu

Dan ini yang penting.
Kalau tanda mengantuk siang kuat, atau pasangan nampak nafas terhenti, jangan tunggu sampai jadi normal.
Dapatkan penilaian dan saringan di klinik.
Sebab bila tidur pulih, hidup pun pulih.
Orang jadi lebih sabar.
Fokus jadi lebih jelas.
Badan jadi lebih ringan.

Soalan ringkas.
Kalau anda dengkur, anda bangun pagi rasa segar, atau rasa macam baru lepas “bertarung” semalaman?

05/03/2026

Urat timbul di kaki ni ramai orang panggil “urat varicose”.

Ada yang malu pakai seluar pendek.
Ada yang rasa macam kaki nampak tua.
Ada yang mula rasa berat, lenguh, berdenyut terutama petang, dan bila balik kerja, kaki rasa macam “penuh”.

Varicose vein berlaku bila injap pada urat kaki jadi lemah.
Sepatutnya darah naik semula ke atas.
Bila injap lemah, darah berkumpul di bawah, urat jadi membesar dan timbul.

Siapa yang lebih mudah kena
Banyak berdiri lama atau duduk lama
Hamil atau pernah hamil
Berat badan berlebihan
Ada sejarah keluarga
Umur makin meningkat

Tanda yang biasa
Urat biru/hijau timbul dan berlingkar
Kaki rasa berat, lenguh, gatal atau berdenyut
Bengkak buku lali terutama hujung hari
Kekejangan malam pada sesetengah orang

Apa yang boleh bantu (yang ramai tak buat konsisten)
Gerakkan kaki setiap 30 hingga 60 minit.
Jangan tunggu sakit baru bergerak.
Tinggikan kaki 10 hingga 15 minit bila ada peluang.
Pakai stokin tekanan jika anda banyak berdiri.
Jalan kaki adalah kawan terbaik untuk urat kaki, sebab otot betis bantu “pam” darah naik semula.

Bila perlu jumpa klinik
Kalau sakit makin kuat, bengkak makin jelas, kulit kaki jadi gelap atau menebal, ada luka yang lambat sembuh, atau urat jadi merah panas dan sakit bila disentuh.
Ini bukan lagi isu kosmetik semata. Ini isu kesihatan.

Varicose vein bukan tanda anda gagal jaga diri.
Ia boleh jadi genetik dan boleh jadi kesan kerja.
Yang penting, jangan biar ia jadi lebih serius tanpa tindakan.

Anda kerja banyak berdiri atau banyak duduk

04/03/2026

Ada orang datang tanya begini.

Tapak kaki kebas. Macam semut-semut. Kadang rasa tebal macam pijak kapas.
Dan kebas itu tak hilang.

Bila orang dengar “kebas kaki”, ramai terus fikir kencing manis.
Tapi ada juga yang check, gula normal, bukan diabetes.

Jadi apa lagi puncanya?

Mudahnya, kebas kaki yang berpanjangan biasanya datang daripada 3 “jalan”.

1) Saraf kaki sendiri yang terjejas (peripheral neuropathy)
Biasanya kebas bermula di jari kaki, perlahan-lahan naik ke tapak kaki, dan kerap berlaku pada kedua-dua belah.
Punca boleh jadi macam-macam, termasuk kekurangan vitamin tertentu, kesan ubat, alkohol, jangkitan, atau kadang tak jumpa punca yang jelas.

2) Saraf terhimpit di kawasan buku lali atau tapak kaki (contoh tarsal tunnel)
Selalunya rasa kebas atau mencucuk pada tapak kaki, mungkin lebih ketara pada satu belah.
Kadang makin terasa bila banyak berjalan atau berdiri.

3) Saraf dari pinggang yang “tertarik” atau tertekan (sciatica atau radiculopathy)
Kebas boleh datang bersama sakit pinggang atau sakit menjalar dari punggung ke kaki, dan boleh sampai ke tapak kaki atau jari.

Self-check ringkas untuk bantu anda teka “jalan” yang mana lebih kena
Kebas satu belah atau dua belah
Ada sakit pinggang atau sakit menjalar
Kebas lebih kuat bila berjalan lama, berdiri lama, atau waktu malam
Ada kebas di jari kaki dahulu atau terus di tapak kaki
Ada kasut ketat, berdiri lama, atau kerja yang banyak duduk

Apa yang anda boleh buat hari ini
Tukar kasut yang lebih selesa dan tidak sempit
Kurangkan duduk lama, bangun dan gerakkan kaki setiap 30 hingga 60 minit
Buat regangan betis dan tapak kaki perlahan-lahan
Elakkan mengurut kuat bila kebas disertai sakit tajam menjalar

Bila patut jumpa klinik
Kalau kebas berterusan lebih 2 minggu, makin meluas, mengganggu tidur, atau mula rasa lemah.
Doktor biasanya akan buat pemeriksaan saraf dan mungkin cadang ujian darah tertentu serta ujian saraf jika perlu.

Bila perlu dapatkan rawatan segera
Jika kebas datang bersama lemah mendadak, kaki terseret, hilang kawalan kencing atau najis, atau kebas di kawasan sulit.

Kebas bukan “benda biasa” bila ia tak hilang.
Ia isyarat. Dan isyarat ini boleh diperiksa.

Anda kebas lebih kepada satu belah atau dua belah

HAPPY CAP GO MEH🍊🏮Kesihatan anda, keutamaan kamiKami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.Sila whatsapp kam...
03/03/2026

HAPPY CAP GO MEH🍊🏮
Kesihatan anda, keutamaan kami
Kami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.
Sila whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan di Klinik Tuaran 👇🏽👇🏽
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281

https://www.facebook.com/kliniktuaran?mibextid=LQQJ4d

https://www.instagram.com/klinik_tuaran/profilecard

https://www.tiktok.com/?_t=8qbZnbDAKP9&_r=1

https://maps.app.goo.gl/AdrM7LvJL1771Yek9?g_st=com.google.maps.preview.copy

Kesihatan anda, keutamaan kamiKami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.Sila whatsapp kami untuk pertanyaan...
27/02/2026

Kesihatan anda, keutamaan kami
Kami beroperasi setiap hari dari 8.00am hingga 10.00pm.
Sila whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan di Klinik Tuaran 👇🏽👇🏽
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281
http://wasap.my/+60162404281

https://www.facebook.com/kliniktuaran?mibextid=LQQJ4d

https://www.instagram.com/klinik_tuaran/profilecard

https://www.tiktok.com/?_t=8qbZnbDAKP9&_r=1

https://maps.app.goo.gl/AdrM7LvJL1771Yek9?g_st=com.google.maps.preview.copy

Big thanks toE Thavamani S Eliathambyfor all your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!
25/02/2026

Big thanks to

E Thavamani S Eliathamby

for all your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

24/02/2026

"Senggugut Biasa Je Pun, Sampai Nak Ambil MC. Jangan Manja Sangat Boleh Tak?"

Pernah dengar ayat toksik ini dari mulut bos, kawan-kawan, atau suami sendiri?

Berhenti merendahkan kesakitan wanita. Dalam dunia perubatan, jika senggugut anda berlarutan sehingga anda berguling-guling muntah, berpeluh sejuk, malah terpaksa ke dewan kecemasan—itu BUKAN senggugut biasa. Itu adalah jeritan amaran penyakit ENDOMETRIOSIS.

Pakar perubatan antarabangsa meletakkan tahap kesakitan Endometriosis ini setanding dengan rasa sakit akibat Serangan Jantung atau Serangan Batu Karang! Mari kita bedah sains di sebalik kesakitan tahap 'dewa' ini:

1. DARAH HAID YANG TERPERANGKAP & MENGGANAS
Setiap bulan, rahim wanita akan menebal dan berdarah sebagai darah haid. Namun, bagi pesakit Endometriosis, tisu yang serupa dengan lapisan rahim ini telah 'sesat' dan tumbuh di luar rahim. Ia tumbuh melekat pada ovari, usus, pundi kencing, atau dinding pelvis.

Mimpi ngerinya bermula di sini: Apabila tiba waktu haid, tisu yang sesat ini juga akan berdarah! Tetapi, darah ini tiada jalan keluar (tiada f***j) dari kawasan perut.

2. KERADANGAN EKSTREM & 'GAM' DALAM PERUT
Darah yang terperangkap ini menjadi toksik kepada badan. Sistem imuniti akan mengamuk, mencetuskan keradangan yang sangat ekstrem. Akibatnya, parut tebal (Adhesion) akan terbentuk di dalam perut.

Parut ini bertindak seperti 'Super Glue' (gam kuat). Ia melekatkan organ-organ dalaman anda bersama-sama! Bayangkan rahim, usus, dan pundi kencing anda melekat menjadi satu ketulan. Setiap kali anda bergerak, batuk, atau membuang air, organ-organ ini akan tertarik dan direntap dari dalam. Kesakitannya seperti ditikam berkali-kali!

3. KISTA COKLAT (CHOCOLATE CYST) YANG MENGHANCURKAN
Lama-kelamaan, darah lama yang terperangkap di dalam ovari akan membesar menjadi sista yang dipenuhi cecair coklat pekat (darah beku). Jika sista ini pecah di dalam perut, kesakitannya adalah satu tahap kecemasan yang boleh melumpuhkan pesakit serta-merta.

TOLONG FAHAM:
Endometriosis adalah sejenis penyakit keradangan kronik seluruh badan (Systemic Disease). Ia menjejaskan 1 daripada 10 wanita di seluruh dunia.

Jika kawan, isteri, atau pekerja anda memohon cuti sakit akibat senggugut teruk, tolong berikan mereka ruang. Mereka bukan mengada-ngada. Mereka sedang berjuang menahan kesakitan organ dalaman yang sedang berdarah dan melekat sesama sendiri. Berhenti gaslight kesakitan wanita!

Address

Berungis
Tuaran
89200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Tuaran:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram