Klinik Dr Muhaimin

Klinik Dr Muhaimin PERUBATAN AM
Tumpat, Kelantan

+60104066700
+609726 0546

klinikdrmuhaimin@gmail.com

Sakit lulut.Sakit belakang.Sakit urat.Mari pisoh awal-awal. Poso tak lama.Biar sedap semye terawikh tahun ni.
17/02/2026

Sakit lulut.

Sakit belakang.

Sakit urat.

Mari pisoh awal-awal. Poso tak lama.

Biar sedap semye terawikh tahun ni.

Lapar bukan gastrik.Ramai yang beranggapan bila perut berbunyi itu gastrik. Jadi perlu kerap makan.Mitos gastrik perlu k...
17/02/2026

Lapar bukan gastrik.

Ramai yang beranggapan bila perut berbunyi itu gastrik. Jadi perlu kerap makan.

Mitos gastrik perlu kerap makan adalah tidak benar.

Makan yang betul ialah berjadual.

Makan 2 atau 3 kali sehari sudah memadai. Secara berjadual.

Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kerap makan, kerap mengunyah (snacking) boleh menyebabkan obesiti dan kencing manis.

Gastrik p**a ialah kesakitan pada ulu hati atau kawasan perut betul-betul di bawah rusuk kiri.

17/02/2026
Peningkatan kes tibi sangat membimbangkan.Sehingga Februari sahaja ada 3 kluster di Kelantan.Sabah, Selangor dan Serawak...
16/02/2026

Peningkatan kes tibi sangat membimbangkan.

Sehingga Februari sahaja ada 3 kluster di Kelantan.

Sabah, Selangor dan Serawak mencatakan rekod kes tertinggi.

Sekiranya seseorang mengalami batuk berterusan melebihi 2 minggu, demam, kurang selera makan dan turun berat badan, bersegeralah membuat saringan tibi.

Tibi boleh dirawat. Tapi perlukan masa yang lama.

Tibi juga boleh membunuh.

“Periksa tekanan darah di rumah normal, tapi bila check di klinik tinggi.”“Mesin di klinik tu rosak. Tok molek.”Pertama ...
16/02/2026

“Periksa tekanan darah di rumah normal, tapi bila check di klinik tinggi.”

“Mesin di klinik tu rosak. Tok molek.”

Pertama kali dengar seorang pesakit bawa cerita orang kampung mesin periksa tekanan darah rosak kerana bacaan berbeza di rumah dan di klinik. Yang disalahkan mesin di klinik bukan di rumah sendiri.

Perbezaan ini biasanya disebabkan “white coat hypertension.”

Pesakit terlalu nervous bila berada di klinik.

Pun begitu ianya bukan alasan untuk menafikan pesakit ada darah tinggi.

Solusi yang biasa saya buat ialah :

1. Minta pesakit periksa tekanan darah di rumah. Catat dan seteruskan bandingkan dengan bacaan di klinik.

2. Bawa mesin yang ada di rumah. Buat pemeriksaan serentak dengan mesin yang ada di klinik.

3. Boleh juga bandingkan bacaan dengan mesin manual.

4. Periksa status mesin sama ada berdaftar dengan MDA (Malaysia device authority). Undang-undang negara kita wajibkan semua peralatan perubatan berdaftar dengan MDA bagi menjamin kualiti. Pebelian mesin murah secara online atau produk berjenama tetapi tiruan akan berikan bacaan yang tak betul.

Tajuk berita untuk menarik pembaca, tapi boleh menimbulkan anxiety.Gejala gastrik juga boleh disebabkan stress atau anxi...
04/02/2026

Tajuk berita untuk menarik pembaca, tapi boleh menimbulkan anxiety.

Gejala gastrik juga boleh disebabkan stress atau anxiety.

Simptom yang sama juga boleh disebabkan serangan jantung.

Jadi caranya bila mengalami gejala gastrik :

1. Buat ECG untuk pastikan tiada serangan jantung. Terutama bagi pesakit yg berumur.

2. Rawat anxiety sekiranya ada.

3. Rawat punca-punca @ elakkan penyebab gastrik.

4. Sekiranya ubat diambil dengan betul, tapi tiada perubahan langsung dapatkan rawatan dengan pakar untuk dibuat OGDS (suluh dalam perut).

Tidak semua gastrik itu kanser. Tapi siasatan perlu dibuat sekiranya tiada perubahan dalam rawatan.

Esok kami akan beroperasi pada sesi pagi sahaja.Sesi petang dan malam tutup.Klinik akan beroperasi seperti biasa pada ha...
28/01/2026

Esok kami akan beroperasi pada sesi pagi sahaja.

Sesi petang dan malam tutup.

Klinik akan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu.

“Ok kan luka mak saya doktor.”Setiap kali datang ke klinik, soalan sama yang ditanya oleh si anak.Bukan sekali. Tapi ber...
28/01/2026

“Ok kan luka mak saya doktor.”

Setiap kali datang ke klinik, soalan sama yang ditanya oleh si anak.

Bukan sekali. Tapi berkali-kali dalam satu sesi rawatan.

Apa yang dia mahu ialah jawapan “ok.”

Sekiranya jawapan saya ; “sama saja dengan yang sebelum ni.”

Atau ; “tak berapa comel luka ni.”

Soalan yang sama akan diulang-ulang untuk dapatkan jawapan ; “ok.”

Kes ini ialah kes gangrane di 3 batang jari tangan.

Pesakit datang selepas beberapa minggu mulakan rawatan di klinik lain.

Diagnosis yang sama diberikan oleh saya dan doktor klinik sebelum ini.

1. Gangrane.
2. Saluran darah tersumbat (peripheral vascular disease)

Gangrane ialah keadaan keadaan tisu badan mati disebabkan bekalan darah tidak mencukupi atau jangkitan kuman.

Biasanya terjadi pada jari kaki atau tangan.

Jari akan menjadi hitam, berbau busuk, sakit dan akhirnya terputus sekiranya gangrane kering.

Manakala gangrene basah p**a mudah untuk mendapat jangkitan kuman yang akhirnya boleh bahaya nyawa.

……

Jangan beri harapan palsu.

Mengatakan luka sudah ok dengan keadaan jari sudah hitam, tulang pada hujung jari sudah hancur semata-mata untuk menjaga hati keluarga dan pesakit hanya akan memberikan harapan palsu.

Memang pahit, tapi berita buruk tetap perlu diceritakan. Berlapik perlu, tapi sekiranya boleh menimbulkan salah faham, penerangan direct to the point lebih penting.

Sebenarnya seawal pesakit datang saya sudah berikan ‘hint’ jari sudah tak boleh diselamatkan.

Saranan saya agar dirujuk ke hospital ditolak mentah-mentah oleh si anak.

Bimbang jari kena potong.

Walaupun berkali-kali diterangkan, si anak terus ulang soalan yang sama.

“Ok kan luka mak saya.”

“Saya ingat boleh ok dengan ubat antibiotik dan ubat lancar salur darah.”

……

Antara rawatan masalah salur darah tersumbat ialah angioplasty atau stent.

Rawatan awal boleh selamatkan jari daripada makin teruk.

Tapi memberi harapan palsu kepada pesakit tidak akan sembuhkan penyakit.

Kali ini si anak keluar dengan marah ;

“Setiap kali datang mesti bergaduh dengan doktor.”

Bergaduh kerana mahukan jawapan ‘ok’ daripada saya.

“Doktor asyik suruh suruh ke hospital macam mak saya tak ada harapan.”

Pada saya, lebih baik berterus terang daripada memberi harapan palsu.

Limitasi merawat sekiranya sudah maksimum di klinik, pesakit perlu dirujuk kepada yang lebih pakar di hospital. Bukan memberi harapan palsu.

Sembuh dengan rawatan yang betul (dengan izin Allah) bukan dengan kata-kata manis.

Kita sudah berada di hujung bulan Rejab, beberapa hari lagi akan memasuki bulan Syaaban.Bermaksud Ramadan sudah tak lama...
14/01/2026

Kita sudah berada di hujung bulan Rejab, beberapa hari lagi akan memasuki bulan Syaaban.

Bermaksud Ramadan sudah tak lama.

Bagi pesakit yang baru didiagnose menghidapi kencing manis, tempoh awal sebelum Ramadan ini saya sarankan berpuasa sunat.

Mengapa?

Sesetengah pesakit perlu diubah dos ubat kencing manis pada waktu bersahur.

Bagi pesakit yang mengalami gejala hipoglisemia seperti dalam gambar ini, mereka perlu berbuka puasa.

Pusas sunat Rejab dan Syaaban boleh menguji sama ada mereka dalam kategori yang perlu dikurangkan dos ubat ataupun tidak.

Bila berlaku pada bulan Ramadan, berbuka puasa itu mesti bagi menghilangkan mudarat.

13/01/2026

Pilih-pilih ubat.

Petang ini seorang pesakit datang dengan gejala tak sedap dada.

“Sekok”.

Jam 2 pagi selama dua malam berturut-turut.

Tapi hari ini gejala yang sama berlaku waktu tengah hari.

Sesak nafas apabila baring. Berdebar-debar.

Tahun 2020 pesakit yang sama datang disebabkan serangan jantung.

Rujukan ke hospital pesakit tak pergi.

Susulan di klinik kerajaan p**a pesakit pilih-pilih ubat mana yang nak dimakan dan mana yang tak nak.

Antara ubat yang mesti diambil seumur hidup bagi pesakit jantung ialah “ubat cair darah”.

Tapi pesakit menolak ubat yang diberikan doktor.

Akhirnya ubat yang sepatutnya diambil, tidak diberikan lagi kepada pesakit.

“Kos ubat ni duit pembayar cukai, bukan duit makcik saja. Tapi duit saya dan duit rakyat Malaysia. Kalau doktor klinik kerajaan bagi tapi dibazirkan memang betul la dia tak bagi sebab makcik sendiri yang tolak.”

“Sebenarnya ubat tak boleh dipilih-pilih. Ambil apa yang perlu bukan apa yang kita nak.”

Ujian ECG menunjukkan tanda serangan jantung yang baru.

Selamat bermalam di hospital. Moga baik-baik adanya.

Address

Jalan Indah 1, Terbok
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:30
Tuesday 09:30 - 22:30
Wednesday 09:30 - 22:30
Thursday 09:30 - 22:30
Saturday 09:30 - 22:30
Sunday 09:30 - 22:30

Telephone

+60104066700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Muhaimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Muhaimin:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram