
17/04/2024
Mangsa Hari Ini Dan Seterusnya - Berhenti daripada terlalu percayakan “Supplement Magic”
Sesiapa pun di kalangan kita apabila diberikan ‘janji manis’ dan harapan - walaupun kita sedar ia mustahil, tetapi kerana tiada pengetahuan dan panduan kita ‘merelakan’ diri ditipu dengan janji-janji kosong yang ditaburkan..
Kelmarin seorang pesakit baru saya, setelah berhabisan puluhan ribu ringgit.. akhirnya sedar bahawa usaha nya sia2x dan ubatan yang kononnya tiada bahan kimia hakikatnya antara penyumbang kepada kerosakan buah pinggangnya..
Yang lebih menyedihkan wang simpanan habis dibelanjakan, hasilnya tetap sama malah kerosakan buah pinggang makin serius.. dan kini tidak mampu untuk rawatan susulan dengan pakar buah pinggang di pusat perubatan swasta. Kes terpaksa dirujuk ke hospital kerajaan, temujanji terdekat 1 bulan lagi.. dan bantuan zakat perlu dipohon untuk menampung rawatan dialisis yang bakal diperlukan 1-2 minggu lagi.
Berhati-hatilah, ramai di luar sana yang ingin meraih keuntungan dan mengambil kesempatan dari anda. Cuma kami sahaja Pakar-pakar buah pinggang ini yang tak pandai ‘berniaga’..
Yang menariknya mereka, penjual jamu, ubatan supplement ini tidak seperti kami yang terdedah kepada tindakan undang-undang jika rawatan yang diberikan tidak memberikan hasil yang dijangkakan pesakit. Kami dengan mudah boleh disaman jika berlaku sesuatu yang semestinya tidak pernah kami ‘hajatkan’.
Bila saya lontarkan soalan, “Taknak ambil tindakan ?, tuan saya rasa sudah tertipu”.. jawapannya.. “kita redha Doktor”..
Tetapi jika doktor katakan ubatan yang diberikan dan diambil ikut peraturan boleh elak komplikasi kerosakan buah pinggang.. jawabnya..”Owh ubat hospital banyak guna bahan kimia, rosak buah pinggang, baik ambil jamu, lagi natural“..
Saya pun tak mampu untuk berkata apa apa lagi..
”sesungguhnya segala yang baik dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri”
Azreen Syazril MD FASN