28/06/2025
"Ade yg bole bagi petua gatal..kata kena ludah jin..biasa cepat hilang kali ni dah sebulan gatal2 sampai tluka kulit garu tidak tahan gatal nya.." - Noorafidah Hamzah
=
Petua Rawatan Gegatal (Ludah Jin)
β
Bonglai
Potong ubi bonglai, sapu belahan pada kulit gatal.
β
Kunyit hitam
Potong kunyit hitam, sapu di kawasan gatal.
β
Sirih pinang + bonglai
Kunyah sirih pinang bersama bonglai, sapu air kunyahan pada kulit gatal.
β
Air garam
Segenggam garam + separuh baldi air, mandi bilasan terakhir 2 kali sehari.
Atau, secubit garam + setengah gelas air, sapu terus pada kulit.
β
Kunyit + kapur sirih
Tumbuk seinci kunyit hidup + setengah sudu kapur, sapu pada tempat gatal.
β
Cuka epal
1 penutup cuka epal + 1 gayung air suam, bilasan mandi terakhir atau sapu terus dan biarkan kering.
β
Bedak sejuk + garam
Campur bedak sejuk + garam + sedikit air, sapu di kulit.
β
Lengkuas
Bersihkan, hiris, gosok pada kulit gatal, ulang jika airnya kering.
β
Tepung beras
Uli tepung beras dengan air, buat doh, gosok pada kulit.
β
Bawang merah
Tumbuk bawang merah, sapu di kulit selepas mandi, ulang setiap hari.
β
Sirih pinang + kapur + garam
Kunyah sirih, pinang, kapur makan + sedikit garam, sapu air kunyahan.
β
Air penawar
Minta air didoakan di surau, guna untuk mandi dan minum.
β
Ubat moden
Boleh makan ubat selsema jika perlu.
β οΈ Kalau ragu atau berlarutan, sebaiknya terus ke klinik/hospital.
Wallahu aβlam.