29/10/2025
Bandar Permaisuri, 25 September 2025 – Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu (5PMCT) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu.
Seramai 80 peserta warga emas menyertai pemeriksaan kesihatan komprehensif I-COPE merangkumi aspek fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang memerlukan rawatan lanjut telah dirujuk ke hospital berdekatan, termasuk ke HoSZA.
Program turut diserikan dengan ceramah kesihatan warga emas oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA berkenaan kepentingan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan bagi warga emas.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan HoSZA serta Fakulti Perubatan UniSZA yang menjayakan program ini.
Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada warga emas, seiring dengan aspirasi Penuaan Sejahtera di Komuniti.