27/07/2025
Simpan sini #❤
💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜🤍💜
24 JULAI 2025 penantian kami sebagai pengamal perubatan . Penantian yang selama ni menunggu agar penat lelah kami di hargai .
Penghargaan sebagai “ tukang urut”,” confinement lady” ,”pengamal perubatan” . Ya ! Bukan sebagai “helper” Bukan sebagai “pembantu rumah “ ini laa yang kami tunggu dan nantikan .
NOSS yang dipelajari adalah Skop standard pekerjaan yang kami masukkan di dalam pakej sebagai confinement lady untuk Ibu Ibu berpantang ❤️
Selain daripada rawatan , ada juga diselitkan “Kerja kerja umum ” seperti uruskan pakaian kotor dan kebersihan kawasan rumah tetamu bukanlah sebagai helper seluruh ahli keluarga . Cukup membantu meringankan beban ibu berpantang . 🤲😊
Alhamdulillah selepas 2 tahun membangunkan porfolio,menyiapkan slide , menyempurnakan peperiksaan .. hari ni kami di iktiraf dalam Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4(DKM 4) 🤲💕
Menjadi seorang “confinementlady” .. tipu kalau semuanya indah . Disaat kita hilang semangat untuk berusaha, fikirkan semula kenapa kita memulakannya dulu.
Buat adik adik. Buat Ibu Ibu tunggal ,buat Suri rumah..
Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.
Bukan senang dalam kekangan masa mengurusksn rumah tangga , bersama anak anak yang sedang membesar . Dengan komitmen kerja hakiki memberi rawatan kepada Ibu Ibu berpantang. Alhamdulillah sejauh ini Allah luaskan rezeki 🤲 Terima kasih untuk 8tahun ini dan inshallah akan terus berkembang .
Terima kasih juga team cl Pakej Berpantang Kuantan
Terima kasih .my
Terima kasih juga client kami yang juga penguat kami untuk menjayakan kerja khusus kami 🫶🏻love sangat 💜