AJAS Wellness functional Gym

AJAS Wellness functional Gym We expert in :
Functional Training for All Shapes & Ages, Lose Weight Program, Muscle Tonning Program, Muscle Hyperthrophy Program, Corporate Package.

Located :
Paka, Terengganu. Contact :
Riduan : 016 8405703
Aizuddin : 013 9190899
Office : 09 8270011

Selamat sejahtera..Berhubung dengan kenyataan PM semalam, AJAS Wellness Functional Gym TUTUP berkuatkuasa 18/03/20 (Rabu...
17/03/2020

Selamat sejahtera..

Berhubung dengan kenyataan PM semalam, AJAS Wellness Functional Gym TUTUP berkuatkuasa 18/03/20 (Rabu) sehingga 31/03/20 (Selasa).

Gym akan beroperasi semula pada 01/04/20 (Rabu).

Ini merupakan langkah pencegahan berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di negara kita.

Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Stay save everyone. Sekian..

RIDUAN BIN MAHIDIN
(Manager AJAS Gym)

Mitos Ais Membekukan Lemak🤦🏻‍♂️✅
15/03/2020

Mitos Ais Membekukan Lemak🤦🏻‍♂️✅


MITOS AIS MEMBEKUKAN LEMAK

Biasa tak dengar orang kata " jangan minum AIS ketika sedang berdiet nanti akan menyebabkan lemak membeku dalam badan dan seterusnya menyukarkan proses pembakaran lemak dan sebab tu susah nak kurus❓

Biasa juga tak dengar orang kata lagi.. "minuman panas akan membantu mencairkan lemak. Senang sikit nak turun berat"❓
Pertama. Ambil perhatian❗
Minuman berAis tak menyebabkan lemak membeku..
Minuman berAis tak menyebabkan berat badan susah nak turun..Minuman berAis tak menyebabkan obesiti.
Kedua. Jangan tak tahu❗
Minuman berAis selain air kosong bila ditambahkan gula atau lemak, itu akan meningkatkan jumlah pengambilan kalori kita. Bila kalori berlebihan, ia akan menjadi lemak dan seterusnya menyebabkan masalah berat badan dan obesiti.
Ketiga. Jangan salah faham❗
Minuman ber'Ais' tidak menyebabkan lemak membeku atau menggumpal di dalam usus. Tak sempat kedinginan Ais nak gumpalkan Lemak, Ais sendiri dah mencair dan berubah suhu di dalam mulut. Kalau nak Ais kekal membeku untuk gumpalkan lemak dalam usus, kene pasang freezer dalam badan laa nampaknya...

Tidak ada istilah lemak menggumpal selepas minum ais. Minuman ais yang diminum akan segera berubah mengikut suhu badan kerana adanya sistem thermoregulation yang mengawal suhu mengikut suhu badan.
Keempat. Sentiasa ingat❗
Lemak yang dimakan akan dicernakan oleh enzim lipase kepada bentuk yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum diserap oleh usus kecil. Jika lemak menggumpal selepas minum ais, bagaimana lemak tersebut dapat diserap oleh usus sebab saiz partikelnya terlalu besar.
Jadi, minum ais tidak menggemukkan.. Yang penting minuman ais kosong. Kalau minuman bergula dan berlemak seperti minuman berperisa, minuman teh atau kopi tarik, minuman coklat, minuman berkarbonat, teh boba dan sebagainya, tak kiralah panas atau sejuk atau berais, itu sebenarnya yang boleh menternak lemak dalam badan dengan jayanya!
Betulkan mitos. Sebarkan kebenaran..






Cegah Obesiti✅
10/03/2020

Cegah Obesiti✅


KUAH BANJIR PUNCA GEMUK❗️

1 sudu makan kuah bersantan / berminyak ~50 kcal
Satu pinggan nasi + lauk-pauk + kuah banjir melimpah ~ 800 kcal😲

Jadi, "adjust" balik pengambilan makanan anda setiap hari. Jangan biarkan pinggan anda dibanjiri kalori.
Makanlah mengikut keperluan❗️




Nasi Lemak Sihat✅
08/03/2020

Nasi Lemak Sihat✅

Nasi Lemak Lovers!

Rakyat Malaysia dan nasi lemak tidak dapat dipisahkan. Samada di rumah mahu pun di mana-mana restoran, warung atau hotel terkemuka pasti akan ada menu sarapan "all-time-favorite' rakyat malaysia ini.

Gabungan rasa nasi yang dimasak bersama santan dan helaian daun pandan, sememangnya membangkitkan selera. Lebih terangkat lagi apabila ianya di padan bersama sambal tumis yang pedas-pedas manis dan ikan bilis serta kacang tanah goreng yang rangup.

Belum lagi di tambah dengan lauk-pauk seperti telur rebus, ayam goreng berempah, sambal paru, sotong atau kerang. Wah! Memang tidak habis kalau hendak disenaraikan.

Tapi sedarkah kita sepinggan nasi lemak boleh mencecah sehingga 300-800 kalori (bergantung kepada lauk)?? 😱

Banyakkan! Kalori yang berlebihan sudah tentu menyumbang kepada masalah berat badan yang berlebihan.

Tapi... kitakan Malaysia..Susah nak tinggalkan nasi lemak ni...dan kita juga harus menghargai makanan tradisi Malaysia..Jadi nak buat macam mana? Kali ini kami kongsikan tip menikmati nasi lemak dengan cara yang lebih sihat dan terkawal kalorinya.

Layan....

Siapa kata Nasi Lemak "tidak sihat"? Yang penting tahu cara pengambilannya dengan cara lebih "sihat"😎

Komen 💟 Nasi Lemak jika anda s**a tips ini!







Pentingnya sarapan pagi✅
05/03/2020

Pentingnya sarapan pagi✅

Kurangkan garam dalam masakan kita semua✅
01/03/2020

Kurangkan garam dalam masakan kita semua✅


⬇️ RISIKO PENYAKIT JANTUNG DENGAN
⬇️ PENGAMBILAN GARAM HARIAN

Agak-agak hidangan makanan kita setiap hari lebih tak 1 sudu teh (5 gram) seperti yang disarankan World Health Organization (WHO)⁉️

Cuba bayangkan setiap kali masak akan letak sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, garam, MSG, kicap dan serbuk perasa lain🤔

Jadi, hadkan penggunaan garam, sos2 dan perasa tambahan..lebihkan rempah ratus dan herba sebagai perasa semulajadi..

SEDAP tak semestinya MASIN uolss😎






Kenapa berat badan semakin naik??😏😱✅
25/02/2020

Kenapa berat badan semakin naik??😏😱✅

KENAPA BERAT BADAN SEMAKIN NAIK😱

Penurunan berat badan yang konsisten dan berkekalan boleh berlaku dengan perubahan tabiat pemakanan sihat & bergerak aktif..

Yang Penting Kesediaan Untuk Berubah💪

Jom kita lihat apa yang menyebabkan berat badan semakin naik🤔

🍓BUKAN MUDAH TAPI TAK MUSTAHIL TAU🍓





Tingkatkan pengambilan serat✅
18/02/2020

Tingkatkan pengambilan serat✅

JOM TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT

Serat merujuk kepada karbohidrat kompleks yang didapati daripada makanan dan manusia tidak mempunyai enzim untuk menghadamnya. Fungsi Serat :

1- MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DARAH
Serat larut akan membentuk lapisan melekit yang menghalang
kolesterol dan lemak daripada diserap ke dalam darah. Kolesterol berlebihan akan disingkirkan dari badan.

2- MENGAWAL BERAT BADAN
Serat mampu memberi rasa kenyang dan mengawal selera makan. Ini dapat membantu mengawal berat badan secara semulajadi dengan diet yang seimbang dan melakukan
senaman.

3- KESIHATAN USUS
Serat larut bertindak sebagai prebiotik apabila dicerna di
usus kecil dan difermentasi di usus besar.

⏩⏩Walaupun makanan tersebut mengandungi serat, namun masih mengandungi kalori. Oleh itu, waspada pengambilan mengikut saranan s**atan yang dicadangkan.





Address

Paka

Opening Hours

Monday 12:00 - 22:00
Tuesday 12:00 - 22:00
Wednesday 12:00 - 22:00
Thursday 12:00 - 22:00
Sunday 12:00 - 22:00

Telephone

+60168405703

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AJAS Wellness functional Gym posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to AJAS Wellness functional Gym:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram