Viral Perak Tengah

Viral Perak Tengah -lokasi tempat makanan terbaik , info dan maklumat ,tempat-tempat menarik dan semuanya berada di Da

Perkhemahan Lencana Jaya dan Keris Emas Pengakap Daerah Perak Tengah telah dilaksanakan pada 24 – 26 April 2026 bertempa...
02/05/2026

Perkhemahan Lencana Jaya dan Keris Emas Pengakap Daerah Perak Tengah telah dilaksanakan pada 24 – 26 April 2026 bertempat di Kem Kota Layang-Layang Kiri. Seramai 200 peserta Lencana Jaya daripada 17 buah sekolah menengah dan 466 peserta Keris Emas daripada 39 buah sekolah rendah. Antara aktiviti yang ditempuhi semua peserta seperti :
• Pentarafan Perkhemahan
• Halangan Komando
• Kawad Kaki
• Simpulan dan ikatan
• Pertolongan Cemas
• Kembara siang dan kembara malam
• Malam Kebudayaan
Secara keseluruhannya, Perkhemahan Lencana Jaya dan Keris Emas yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Perak Tengah telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja membantu peserta menguasai kemahiran asas dan lanjutan pengakap, malah berjaya membentuk sahsiah, disiplin, serta semangat kepimpinan dalam kalangan ahli.

Melalui pelaksanaan aktiviti yang terancang dan mencabar, peserta dapat meningkatkan keyakinan diri, daya tahan fizikal dan mental, serta mengukuhkan semangat kerjasama. Selain itu, perkhemahan ini juga menjadi platform penting dalam menilai dan melayakkan peserta ke arah penganugerahan Lencana Keris Emas dan Lencana Jaya.
Tahniah buat Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Perak Tengah serta semua pihak yang terlibat atas pelaksanaan perkhemahan ini.




Kredit : Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah

29/04/2026

LIBANG LIBU

Kredit sumber : TikTok @ xtra_my

29/04/2026

Kemana hala hari ini cuaca agak baik berbanding dengan semalam... hujan lebat angin kuat Admin turun padang

🔥 TAHNIAH SPARTAN RAGBI KPM SERI ISKANDAR! 🔥Dengan semangat juang yang tinggi dan permainan yang penuh disiplin, pasukan...
13/04/2026

🔥 TAHNIAH SPARTAN RAGBI KPM SERI ISKANDAR! 🔥

Dengan semangat juang yang tinggi dan permainan yang penuh disiplin, pasukan ragbi lelaki Kolej Profesional MARA Seri Iskandar berjaya meraih Tempat Ketiga 🥉 (Kategori Bowl) dalam Kejohanan Ragbi Piala Dato’ Ketua Pengarah MARA 10’s 2026 yang berlangsung pada 11-12 April di KPM Bandar Penawar 🏉💪

Seramai 17 orang pelajar ragbi lelaki KPM Seri Iskandar yang telah mewakili kolej dalam kejohanan yang penuh cabaran, keringat, dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan! 💥

Syabas kepada semua pemain, pengiring dan juga jurulatih atas usaha yang sangat luar biasa dalam melancarkan perjalanan kejohanan ini.

Teruskan momentum, tingkatkan prestasi, dan teruskan perjuangan untuk menjadi pasukan yang lebih baik pada edisi yang akan datang. Buktikan bahawa KPM Seri Iskandar sentiasa antara yang terbaik!






MalaysiaMadani
60TahunMARA
MenjunjungAmanah

Kredit Sumber : Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

🚫 MEREMPIT BUKAN KEBANGGAAN, TAPI KESALAHAN SERIUS!Masih ada yang anggap rempit tu “cool”?Hakikatnya…❌ Mengancam nyawa d...
09/04/2026

🚫 MEREMPIT BUKAN KEBANGGAAN, TAPI KESALAHAN SERIUS!

Masih ada yang anggap rempit tu “cool”?
Hakikatnya…

❌ Mengancam nyawa diri & orang lain
❌ Ganggu ketenteraman awam
❌ Boleh sebabkan kemalangan & kerugian
❌ Melanggar undang-undang
❌ Rosakkan masa depan anak muda
📌 Di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987:

➡️ Denda sehingga RM15,000
➡️ Penjara sehingga 5 tahun
➡️ Lesen digantung sehingga 2 tahun

💔 Sekali silap, hidup boleh berubah selamanya.
Fikir keluarga, fikir masa depan.
❤️ Sayangi diri, patuhi undang-undang.
🚔 Jangan merempit!



Sumber Kredit : BSPTD BATU GAJAH

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA DEWAN SERBAGUNA SERI ISKANDAR DAN PADANG BANDARAN SERI ISKANDAR BAGI KERJA-KERJA NAIK TAR...
04/04/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA DEWAN SERBAGUNA SERI ISKANDAR DAN PADANG BANDARAN SERI ISKANDAR BAGI KERJA-KERJA NAIK TARAF.

Sumber : Majlis Daerah Perak Tengah

HEBAHAN🎉 MOH KOMER MERIAHKAN TAYANGAN SKRIN BESAR! 🇲🇾⚽️Ayuh ekor Harimau Malaya..!! Istimewa untuk mengkomer warga Parit...
31/03/2026

HEBAHAN

🎉 MOH KOMER MERIAHKAN TAYANGAN SKRIN BESAR! 🇲🇾⚽️

Ayuh ekor Harimau Malaya..!! Istimewa untuk mengkomer warga Parit dan kawasan sekitar dijemput hadir beramai-ramai ke Program Tayangan Skrin Besar Kelayakan Piala Asia 2027:

Vietnam 🇻🇳 vs 🇲🇾 Malaysia! 🔥🔥🔥

📅 Tarikh: 31 March 2026 (Selasa)
🕗 Masa: Aktiviti bermula jam 8.00 malam
📍 Lokasi: Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit

💥 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
⚽ Cabaran Sepakan Penalti
⚽ Cabaran Timbang Bola
🎁 Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah menarik!

🇲🇾 Moh komer, kite reramai pakai jersi Malaysia untuk memeriahkan suasana dan tunjukkan sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya!

Ayuh kita gegorkan Pekan Parit dengan sorakan ekor Harimau Malaya‼️Bawa ahli keluarga dan rakan-rakan — jangan lepaskan peluang ini! Tunjukan sokongan anda kepada pasukan kebangsaan kesayangan kita...!!!

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 Dengan penuh rasa syukur, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan s...
31/03/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

Dengan penuh rasa syukur, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang amat membanggakan.

📊 Pencapaian Utama:
𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐏𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 (𝐆𝐏𝐃): 𝟒.𝟎𝟒
(𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟒.𝟏𝟗 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚)

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐋𝐮𝐥𝐮𝐬: 𝟗𝟖.𝟔𝟎%
(𝐌𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟗𝟕.𝟖𝟑%)

𝐁𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀: 𝟒𝟕 𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀: 𝟑.𝟒𝟕%

Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih murid, dedikasi guru, Pentadbir Sekolah , serta sokongan padu ibu bapa dan seluruh warga pendidikan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan lagi prestasi pendidikan di daerah Perak Tengah pada masa hadapan.

“Kejayaan ini milik kita bersama.”

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah


Kredit : Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah

KEBAKARAN LORI DI KAMPUNG LAMBOR KANAN, BOTA🔴 Seri Iskandar, 30 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar tela...
30/03/2026

KEBAKARAN LORI DI KAMPUNG LAMBOR KANAN, BOTA

🔴 Seri Iskandar, 30 Mac 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar telah menerima satu panggilan kecemasan melibatkan kebakaran lori di alamat Kampung Lambor Kanan, Bota pada jam 1517 petang.

Sejurus menerima panggilan, sebuah jentera bersama anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman. Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori 3 tan yang membawa 2 buah motorsikal.

Komander Operasi telah menjalankan size-up sebelum mengarahkan anggota bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran hose reel bagi mengawal dan memadam kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.




🚒🔥

Kredit sumber : Bomba Seri Iskandar

30/03/2026

Tak perlu jauh rasa tenang
Nikmati staycation dengan private fool & suasana yang nyaman

LaMan Tenang Retreat
✔️ Private fool
✔️ 7 bilik (1 unit )
✔️ Sesuai untuk keluarga /group gathering

Price For 1 night

Weekday - Rm850
Weekend - Rm1000

Untuk sebarang booking @ pertanyaan boleh
👇👇👇👇👇👇👇👇👇
Book now : 017 5656 705


Kredit : TikTok lamantenang_

25/03/2026

Perjalanan santai dari Pekan Parit ke Kg Senin, Layang-Layang Kanan di waktu senja 🌅 Melalui jalan kampung yang cukup tenang dan mendamaikan jiwa.

P/s: Admin bawa kereta slow2 je tau 😄 saja admin lajukan ini video, takut kome ngantuk tengok nanti…😅 ( baru balik dari ngelam)

Mee Hailam  ( Atan TomYam) Tepi Gotak Nordin: Port Santai Padu di Parit! 🍜🔥​Petang tadi admin singgah le try Mee Hailam ...
25/03/2026

Mee Hailam ( Atan TomYam) Tepi Gotak Nordin: Port Santai Padu di Parit! 🍜🔥

​Petang tadi admin singgah le try Mee Hailam kat lokasi ni. Selalu dengar deme cakap padu juga rasanya, jadi harini kita turun padang rasai sendiri!

​Kepada peminat 'kaki ngelam', ni ada satu port baik punya untuk korang: Mee Hailam ( Atan Tom Yam) tepi Gotak (Jambatan) Nordin, Parit. Memang antara lokasi santai yang paling syok untuk layan makan petang. Boleh menjamu selera kat gerai berhampiran tepi sungai Perak sambil layan keindahan alam semula jadi, angin sungai yang nyaman, dan suasana yang tenang. 🌿💨

​Selain Mee Hailam yang padu, ada juga pilihan makanan lain termasuk menu Western macam Chicken Chop, French Fries, dan macam-macam lagi. Ngam sangat buat tempat lepak petang sambil tenangkan fikiran. 🍗🍟

​Paling best, berhampiran kedai ni ada taman rekreasi di tepi sungai. Cantik sangat kalau nak bawa keluarga bersantai atau bergambar OOTD berlatarbelakangkan keindahan Sungai Perak dan Jambatan Nordin! 📸🌅

​Cuti-cuti ni atau kome ada masa free tu x tau nak makan kat mane , moh le singgah sini :

​📍 Lokasi: Mee Hailam Parit, Dataran Nordin, Parit (Boleh search je kat Google Maps)

⏰ Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 Petang hingga 12.00 Tengah Malam)

​Ada yang dah pernah try makan kat sini? Cer kongsi sikit review korang kat ruang komen! 👇✨

Address

Kampung Bota Kanan

Telephone

+60135036177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viral Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share