Nutritionist Penang

Nutritionist Penang Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pulau Pinang

๐Ÿง‚ Makanan Tinggi Garam: Bahaya Senyap Dalam Hidangan HarianRamai tak sedarโ€ฆ banyak makanan kegemaran kita sebenarnya tin...
21/11/2025

๐Ÿง‚ Makanan Tinggi Garam: Bahaya Senyap Dalam Hidangan Harian

Ramai tak sedarโ€ฆ banyak makanan kegemaran kita sebenarnya tinggi garam, contohnya makanan diawet, makanan terproses, snek masin dan bahan perisa. Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

๐Ÿ‘‰ Kurangkan makanan masin
๐Ÿ‘‰ Pilih makanan segar
๐Ÿ‘‰ Baca label pemakanan
๐Ÿ‘‰ Hadkan penggunaan sos & perisa

Kesihatan bermula dari pinggan kita. Jom pilih yang lebih sihat, kurang garam untuk jantung yang kuat! โค๏ธ๐Ÿ’ช

Cegah anemia dengan Sup Si P**i Merah!Kacang hitam merupakan sumber protein dari kump**an legum/kekacang pada Piramid Ma...
20/11/2025

Cegah anemia dengan Sup Si P**i Merah!

Kacang hitam merupakan sumber protein dari kump**an legum/kekacang pada Piramid Makanan Malaysia. Legum, kacang dan kekacang juga kaya dengan zat besi, asid folik dan pelbagai vitamin, fitokimia serta serat baik untuk kesihatan. Makanan yang tinggi dengan zat besi boleh membantu kita mencegah daripada masalah anemia.

Jom kita cuba resipi ni!


Warga emas memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi. Pemakanan yang sihat dan seimbang dapat membantu warga emas kek...
19/11/2025

Warga emas memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi.

Pemakanan yang sihat dan seimbang dapat membantu warga emas kekal aktif dan sihat. Amalan pemakanan sihat boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik di usia emas.

Jom PILIH bubur yang lebih sihat; tinggi serat, rendah garam dan rendah lemak tepu untuk kekal sihat di usia emas!



๐™‰๐™ž๐™ ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™ž๐™Ÿ๐™ž๐™ง๐™ž๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž!โ€œBijirin penuh bukan hanya untuk sarapan! Anda boleh tambahkan beras peran...
18/11/2025

๐™‰๐™ž๐™ ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™ž๐™Ÿ๐™ž๐™ง๐™ž๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ ๐™Ž๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž!

โ€œBijirin penuh bukan hanya untuk sarapan! Anda boleh tambahkan beras perang ke dalam beras putih, atau pilih roti gandum penuh untuk sandwich tengah hari.

Tidak kira waktu, bijirin penuh memberi banyak manfaat antaranya membantu menstabilkan paras gula darah, merendahkan paras kolesterol darah, mengekalkan berat badan yang sihat dan memudahkan penghadaman.

Mengikut Panduan Diet Malaysia 2020, kita disarankan untuk memilih sekurang- kurangnya separuh daripada jumlah sajian nasi, bijirin lain & produk bijirin berasaskan daripada sumber bijirin penuh.

๐—•๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต โ€“ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ!




Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding bijirin biasa (bijirin putih). Pengambilan bijirin p...
14/11/2025

Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding bijirin biasa (bijirin putih). Pengambilan bijirin penuh yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko obesiti. Contoh bijirin penuh adalah seperti beras perang, oat dan roti bijrin penuh manakala bagi bijirin biasa ia terdiri daripada beras putih, tepung gandum putih dan roti putih.

Bijirin penuh kaya dengan nutrien dan serat. Serat dapat membantu melancarkan pergerakan bahan kumuh di dalam usus. Ia dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar dan seterusnya mengelakkan sembelit.

Selain itu, makanan tinggi serat juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama seterusnya dapat mengelakkan pengambilan makanan yang kerap. Oleh itu, bagi mengurangkan atau mengatasi masalah berlebihan berat badan, utamakan karbohidrat daripada jenis bijirin penuh berbanding bijirin biasa.


Natrium klorida atau garam ada satu sumber yang sering kita gunakanan sebagai perisa makanan dalam penyediaan makanan. T...
13/11/2025

Natrium klorida atau garam ada satu sumber yang sering kita gunakanan sebagai perisa makanan dalam penyediaan makanan.

Terdapat pelbagai jenis garam di pasaran. Sebahagian pengguna percaya ada garam yang lebih baik berbanding garam biasa (garam halus putih). Ada yang mengatakan garam bukit dan garam Himalaya adalah lebih baik. Terkini garam celtic p**a.

Tahukah anda. Semua garam adalah sama kandungan utama dan fungsinnya. Garam terdiri daripada 60% klorida dan 40% natruim. Apa yang penting, hadkan pengambilan garam!



12 Nov 2025Seminar Avokasi War On Sugar & Penyediaan Hidangan Sihat bagi IPT, Institusi Latihan & Institusi Kemahiran Ne...
12/11/2025

12 Nov 2025
Seminar Avokasi War On Sugar & Penyediaan Hidangan Sihat bagi IPT, Institusi Latihan & Institusi Kemahiran Negeri Pulau Pinang.
Topik Seminar :
1) Situasi Taraf Pemakanan Penduduk Malaysia
2) Advokasi War on Sugar
3) Penyediaan Hidangan Sihat
4) Program MyMeal & HCL

Peserta terdiri daripada Pegawai Institusi & Pengusaha Kafe/ Kantin/ Medan Selera. Pangusaha makanan merupakan ejen perubahan kpd masyarakat dlm menyediakan minuman & makanan sihat termasuk kurang gula bagi mencegah penyakit berkaitan pemakanan spt darah tinggi, diabetes & obesiti.

Semoga usaha & kerjasama ini akan menjadikan masyarakat & generasi yang lebih sihat sejahtera๐Ÿคฒ

Warga emas mempunyai banyak masalah fisiologi yang boleh mengganggu pengambilan makanan akibat proses penuaan dan mempun...
12/11/2025

Warga emas mempunyai banyak masalah fisiologi yang boleh mengganggu pengambilan makanan akibat proses penuaan dan mempunyai masalah dengan selera makan. Maka, tabiat makan dalam kauntiti yang sedikit dan kerap dapat membantu memenuhi keperluan pemakanan mereka.

Sewaktu penyediaan makanan, sajikan mereka dengan size hidangan yang kecil, bersesuaian dengan citarasa setempat dan mempunyai kepelbagaian dari jenis rasa, warna, bentuk, tekstur dan bau.

Perancangan menu setiap minggu penting supaya dapat mempelbagaikan makanan dan menyusun atur makanan mengikut keutamaan.

Berikut adalah contoh menu untuk sehari bagi warga emas.
Selamat mencuba!




Zat besi adalah mineral yang penting untuk pelbagai fungsi badan, terutamanya untuk pembentukan hemoglobin dalam sel dar...
11/11/2025

Zat besi adalah mineral yang penting untuk pelbagai fungsi badan, terutamanya untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Sumber zat besi terbahagi kepada dua kategori iaitu zat besi heme dan zat besi non-heme.

Zat besi heme boleh didapati dalam sumber haiwan seperti daging, kerang dan telur ayam dan ia lebih mudah diserap oleh badan.

Manakala zat besi non-heme boleh didapati dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti lentil, kekacang, tauhu, bayam, dan bijirin. Penyerapan zat besi non-heme lebih rendah dibandingkan zat besi heme tetapi dapat dipertingkatkan dengan mengambil bersama makanan yang tinggi dengan vitamin C.



TAHUKAH ANDA?  ๐Ÿ’กMakan sosej terlalu kerap boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser usus. ๐ŸŒญ Sosej memang sed...
31/10/2025

TAHUKAH ANDA?

๐Ÿ’กMakan sosej terlalu kerap boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser usus.

๐ŸŒญ Sosej memang sedap, tapi bahaya kalau diambil selalu!

Bahaya makan hotdog kerap!

Sosej atau hotdog sebenarnya daging terproses yang tinggi garam, lemak dan bahan pengawet.

Elakkan daripada jadi makanan harian anak-anak ๐Ÿ’”

29/10/2025

๐Ÿ“ข Webinar HiTS 2025: โ€œMurid Nikmati Makanan Sihat, Negara Dapat Manfaatโ€

Sertai kami dalam perkongsian menarik mengenai pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) bersama:
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Puan Norazizah Othman โ€“ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Sungai Limau, Selangor
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ Puan Haliza Ahmad โ€“ Pengusaha Kantin, SK Sungai Limau, Selangor

๐ŸŽฏ Terbuka kepada ibu bapa, guru, pengusaha kantin dan ahli PIBG
๐Ÿ—“๏ธ 30 Oktober 2025 (Khamis)
๐Ÿ• 2.30 โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ’ป Live Zoom (Pendaftaran Percuma)

Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada usaha membentuk persekitaran makanan sihat di sekolah!
๐Ÿ‘‰ Imbas QR pada poster untuk pendaftaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia

๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸณHome-Made Sos LabuSOS LABU ini menggunakan:โœ…๏ธ600g sayur labu kukus sebagai asas sos dan dikisarkan โœ…๏ธ150g kacang gaju...
23/10/2025

๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸณHome-Made Sos Labu

SOS LABU ini menggunakan:
โœ…๏ธ600g sayur labu kukus sebagai asas sos dan dikisarkan
โœ…๏ธ150g kacang gajus panggang
โœ…๏ธperisa semulajadi seperti garam, jus lemon dan campuran herba itali/ empingan cili

Sos ini boleh digunakan sebagai sapuan roti, sos cicah tauhu goreng/biskut, tabur atas tauhu kukus, dicampur dengan spagetti/bubur, dibuat sup dan sebagainya.

KEBAIKAN Sos labu yang disyorkan ini:
โœ”๏ธ tidak menggunakan minyak. Ia telah digantikan dengan kacang gajus panggang yang membekalkan lemak politidaktepu yang lebih sihat dalam sos ini.
โœ”๏ธPenggunaan kacang gajus boleh menambahkan khasiat protein lagi.
โœ”๏ธLabu merupakan sumber sayur berkanji yang kaya dengan beta-karotenoid, vitamin C dan kalium.

Selamat mencubaโ€ฆโ€ฆ.



Address

Tingkat 37, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
George Town
10590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042017286

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionist Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nutritionist Penang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category