Pusat Dialisis Al-Ehsan Shah Alam - Puleh Dialisis

  • Home
  • Pusat Dialisis Al-Ehsan Shah Alam - Puleh Dialisis

Pusat Dialisis Al-Ehsan Shah Alam - Puleh Dialisis PULEH kini beroperasi di Taman Perindustrian Bukit Raja Seksyen 7 Shah Alam.

Kami memberikan perkhidmatan rawatan mencuci buah pinggang (hemodialisis) kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang This page is belong to Maellish Ent, a cosmetic provider company in Malaysia

ANY PURCHASE OR TRANSACTION CAN BE MADE THROUGH -

inbox us at this page @ email directly to us

HAPPY SHOPPING !

25/04/2024

Sekitar Majlis Hari Raya di Puleh untuk Shift 1,3,5.

Alhamdulillah terima kasih buat semua warga Puleh yang membawa makanan juadah raya untuk dikongsi bersama dan meraikan hari raya di Puleh.

Sekitar Majlis Hari Raya di Puleh untuk Shift 1,3,5.Alhamdulillah terima kasih buat semua warga Puleh yang membawa makan...
25/04/2024

Sekitar Majlis Hari Raya di Puleh untuk Shift 1,3,5.

Alhamdulillah terima kasih buat semua warga Puleh yang membawa makanan juadah raya untuk dikongsi bersama dan meraikan hari raya di Puleh.

09/04/2024

TAZKIRAH AKHIR RAMADHAN

Perasaan setelah berlalunya Ramadan...

Tidaklah seorang manusia itu merasai kebahagiaan melainkan Allah yang telah membahagiakannya.

Sesungguhnya Allah lah yang menjadikan ia tertawa dan menangis.

Dialah yang membahagiakannya atau mencelakakannya.

Dialah yang mengkayakannya atau mempapakannya.

Sesungguhnya kebahagiaan itu tidak terletak pada pasangannya dan anak-anak, kawan-kawan mahu pun harta dan kekayaan.

Kebahagiaan, hakikatnya terletak apabila hati dapat hidup dan sentiasa berhubung dengan Allah ‘Azza wa Jalla.

Beriman dan bertaqwalah, nescaya kamu akan berjaya...

لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِۚ لَا تَبۡدِیلَ لِكَلِمَـٰتِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar."
(Yunus: 64)

Carilah rahmat dan kasih sayang Allah...

وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَیۡرࣱ مِّمَّا یَجۡمَعُونَ

"Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan."
(Az-Zukhruf: 32)

Sesungguhnya kebahagiaan di akhirat adalah lebih baik...

وَلَأَجۡرُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ

"Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka p**a sentiasa bertaqwa."
(Yusuf: 57)

Inilah hakikat kebahagiaan yang sebenarnya.

قال الحسن البصري (رحمه الله) :
تفقدوا الحلاوة في الصلاة والقران والذكر , فإن وجدتموها فأبشروا وأملوا وإلا فأعلموا أن الباب مغلــــق ...

Berkata Hassan Al Basri rahimahullah ta’ala,
"Ambillah rasa kemanisan dalam solat, Al Quran dan zikrullah. Maka jika kamu dapat merasainya bergembiralah dan berharaplah (keredhaanNya). Jika tidak, ketahuilah oleh mu bahawa pintu (ke hadhratNya) adalah tertutup”.

اللهم اجعلنا من السعداء في الدنيا وفي الاخرة

“Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan yang bahagi di dunia dan di akhirat.”

واجعلنا من العتقاء من النار

“Dan jadikalah kami di kalangan hamba-hambaMu yang dibebaskan dari nerakaMu.”

Utamakanlah kebahagiaan kehidupan akhiratmu...

وَٱلۡـَٔاخِرَةُ خَیۡرࣱ وَأَبۡقَىٰۤ

"Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Al-Aʿla: 17)

كيف لا تجرى للمؤمن على فراقه دموع وهو لا يدري هل بقي له في عمره إليه رجوع

“Bagaimana mungkin air mata seorang mukmin tidak menitik tatkala berpisah dengan Ramadan, Sedangkan ia tidak tahu lagi apakah masih ada sisa umurnya untuk berjumpa dengan Ramadan lagi.”
(Imam Ibnu Rajab, Lathaif Al Ma’arif)

Menangis lah wahai hati...

Justeru, didiklah dan asuhlah hatimu dengan jalan-jalan yang dapat sampai ke pintu hadrat Allah sehingga sentiasa merasai sentuhan dan hubungan jiwa yang berpanjangan dengan Tuhanmu...

03/04/2024

SUMBANGAN RAMADHAN IFTAR PACK 2024

Sekitar Agihan Ramadhan Iftar Pack berpusat di Pusat Dialisis Al-Ehsan.

Sama-sama kita mengimarahkan 10 Ramadhan terakhir dengan memperbanyakkan amal ibadah dan bersedekah.

BARAKAH RAMADHAN DENGAN MEMBERIAlhamdulillah selesai agihan amanah penyumbang kepada warga Puleh secara bersasar.Mudah-m...
03/04/2024

BARAKAH RAMADHAN DENGAN MEMBERI

Alhamdulillah selesai agihan amanah penyumbang kepada warga Puleh secara bersasar.

Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat menggembirakan dan meringankan beban para pesakit dialisis di Pusat Dialisis Al-Ehsan.

Semoga Allah memberkati amal kebaikan dan kebajikan para penyumbang

BARAKAH RAMADHAN DENGAN MEMBERIRibuan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Arif & Isteri, Pn Hjh Rozain serta  Pn Noha da...
31/03/2024

BARAKAH RAMADHAN DENGAN MEMBERI

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Arif & Isteri, Pn Hjh Rozain serta Pn Noha dan para penyumbang yang menyumbang dan menyediakan hadiah Ramadhan serta sumbangan Aidilfitri buat Warga Puleh.

Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat menggembirakan dan meringankan beban para pesakit dialisis di Pusat Dialisis Al-Ehsan.

Semoga Allah memberkati amal kebaikan dan kebajikan para penyumbang

31/03/2024

BARAKAH RAMADHAN DENGAN MEMBERI

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Arif dan Isteri Pn Hjh Rozini serta Pn Noha dan para penyumbang yang menyumbang dan menyediakan hadiah Ramadhan serta sumbangan Aidilfitri buat Warga Puleh.

Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat menggembirakan dan meringankan beban para pesakit dialisis di Pusat Dialisis Al-Ehsan.

Semoga Allah memberkati amal kebaikan dan kebajikan para penyumbang.

28/03/2024

TAZKIRAH RAMADHAN

( Waktu Sahur Waktu Mustajab Berdoa )

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.”
(Sahih Bukhari No: 1094)

*Pedoman hadith*

1 .Banyak keistimewaan yang tersembunyi di waktu sahur,

2 .Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata,

3 . Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan solat sunat seperti tahajud dan berdoa serta memohon keampunan daripada dosa.

RAMADHAN IFTAR PACK 2024Sekitar Agihan Ramadhan Iftar Pack Minggu ketiga Ramadhan, di Pusat Dialisis Al-Ehsan.
28/03/2024

RAMADHAN IFTAR PACK 2024

Sekitar Agihan Ramadhan Iftar Pack Minggu ketiga Ramadhan, di Pusat Dialisis Al-Ehsan.

RAMADHAN IFTAR PACK 2024Sekitar Agihan Ramadhan Iftar Pack berpusat di Pusat Dialisis Al-Ehsan di adakan pada setiap har...
24/03/2024

RAMADHAN IFTAR PACK 2024

Sekitar Agihan Ramadhan Iftar Pack berpusat di Pusat Dialisis Al-Ehsan di adakan pada setiap hari khamis dan Jumaat berjumlah 110pax

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ Hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.

Riwayat al-Tirmidzi: 807

Kekalkan hidrasi
19/03/2024

Kekalkan hidrasi

Assalamualaikum wbt.Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1445H kepada semua warga PULEH dan Umat Islam. Sem...
11/03/2024

Assalamualaikum wbt.

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan 1445H kepada semua warga PULEH dan Umat Islam.

Semoga ALLAH SWT mengampuni semua dosa-dosa kita di bulan penuh rahmat ini dan memberikan kemudahan bagi kita semua agar dapat melakukan Amal kebaikan.

Marhaban ya Ramadhan.🌙🌙

Penyerahan Layard baru PULEH kepada seluruh warga kerja."Together we are stronger"
27/02/2024

Penyerahan Layard baru PULEH kepada seluruh warga kerja.

"Together we are stronger"

15/02/2024

📚 Tazkirah SUBUH

( Kebaikan di dunia Allah balas dengan kebaikan yang lebih baik di akhirat )

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ الدُّنْياَ نَفْسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَابِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ اْلعَبْدُ فِى عَوْنِ اَخِيهِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ

“Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mau menolong saudaranya.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Pedoman Hadith

1. Anjuran saling bantu membantu dan berkasih sayang,
2. Jauhi dari mendedahkan aib orang lain,
3. Latihlah iman perbaiki akhlak supaya kita menjadi seorang muslim yang dikasihi Allah SWT.

PENYERAHAN SUMBANGANPihak Pusat Dialisis Al-Ehsan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pelitawani...
09/02/2024

PENYERAHAN SUMBANGAN

Pihak Pusat Dialisis Al-Ehsan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pelitawanis TNB dan Kelab Kilat Kuala Lumpur di atas kunjungan dan penyerahan sumbangan untuk manfaat warga pesakit di Pusat Dialisis Al-Ehsan.

Pelitawanis TNB antara yang banyak membantu dalam memberikan sumbangan dan mengunjungi serta bertanya khabar para pesakit buah pinggang yang menerima rawatan disini.

09/02/2024

TAZKIRAH SUBUH

( Berkasih Sayang Di dunia dapat Naungan Allah Di Hari Kiamat)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Dari Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku."
(HR Muslim No: 4655)

Pedoman Hadith

1. Berdiri di hadapan Allah di padang Mahsyar kelak adalah saat yang paling mencemaskan bagi setiap muslim.

2. Masing-masing mengharapkan balasan ganjaran pahala di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia;

3. Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling berkasih sayang semasa di dunia kerana Allah SWT.

Address

No 14, Jalan Keluli AK7/AK, Taman Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7

40000

Opening Hours

Monday 07:00 - 21:00
Tuesday 07:00 - 21:00
Wednesday 07:00 - 21:00
Thursday 07:00 - 21:00
Friday 07:00 - 21:00
Saturday 07:00 - 21:00

Telephone

+60189084595

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Dialisis Al-Ehsan Shah Alam - Puleh Dialisis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Dialisis Al-Ehsan Shah Alam - Puleh Dialisis:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Our Story

Our pleasure to serve the patient to the utmost satisfaction. Guaranteed you our best service in hemodialysis.

Open For Registration! Any inquiries, kindly contact or WA : 011-56655033 or 0173878595

Pusat Dialisis Al-Ehsan (PULEH) Shah Alam 14 Jalan Keluli AK7/AK Taman Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor No Telefon : 011-5665 5033