Anjung Siantan Confinement

Anjung Siantan Confinement Experienced therapist with over 6 years experience in traditional massage, postnatal, and baby care.

Kisah semalam 05102024..Pagi pukul 7 dah keluar rumah terus ke jeti menghantar lampu solar untuk geng jetty yang gotong-...
06/10/2024

Kisah semalam 05102024..

Pagi pukul 7 dah keluar rumah terus ke jeti menghantar lampu solar untuk geng jetty yang gotong-royong. Tak dapat nak join sebab ada urusan penting..

Selesai je hantar terus shoot ke rumah client di Manjung Point 1 untuk urut sauna 3 orang.. Dapat berkongsi rezeki dengan sahabat urutan juga..

Selesai tu terus gerak ke Sendayan, N9.. Pukul 4.30 petang baru sampai sebab jem serata-rata.. Maklumlah hari minggu..

Sesampai saja di Ara Sendayan.. Terus mulakan sesi coaching dan submit portfolio Penjagaan Postnatal & Neonatal.. Cikgu Biza siap jamu cucur ikan bilis dan air sirap.. Alhamdulillah portfolio dah lengkap dengan jayanya..

Sebelum balik singgah dulu di Bandar Baru Nilai.. Makan di foodcourt yang banyak memori ketika zaman diploma dulu.. Banyak betul berubah Bandar Nilai tuu.. Kalau takde urusan penting memang tak jejak ke sana..

Balik ke rumah sampai pukul 12.18 malam dah..

Sekiann perjalanan pergi balik hari Seri Manjung - Sendayan - Seri Manjung..

Mengurut di Batu 14, Lekir malam ni 🫶🏼
19/06/2024

Mengurut di Batu 14, Lekir malam ni 🫶🏼

Update tanda masih aktif dalam Urutan, Bekam, dan Penjagaan Pantang 😁19112023Program Bekam di Masjid Al-Khiriah, Batu 14...
22/11/2023

Update tanda masih aktif dalam Urutan, Bekam, dan Penjagaan Pantang 😁

19112023
Program Bekam di Masjid Al-Khiriah, Batu 14 Lekir.
Terima kasih jurubekam kita Melor Bidan dan assistant kita Hanani Hazili sebab sudi bersama² menjayakan program tu.

Hikmah program ni banyak membuka mata masyarakat bahawa bekam sebenarnya best. Ramai yang masuk dalam keadaan nervous berpeluh apa semua tapi akhirnya sangat menikmati hasil bekam tu dan nak buat bekam ulangan. Kariah batu 14 pun sangat happening 😁

Next ke mana p**a kita?







Sedang berlangsung program bekam di Masjid Khairiah, Batu 14 Lekir.Semua dijemput hadir yee RM5 sahaja bayaran setiap se...
19/11/2023

Sedang berlangsung program bekam di Masjid Khairiah, Batu 14 Lekir.
Semua dijemput hadir yee RM5 sahaja bayaran setiap seorang. ☺️🫶🏼

Bekam Muslimin pun ada yaa..

Sehingga pukul 5 petang hari ni


17/11/2023

Assalamualaikum..
Saya mencari pembantu (1 orang) untuk program bekam pada 19/11/2023 Ahad

Terbuka untuk WANITA sahaja

Tugasan:
- Tukar jarum bekam
- Tukar plastik sampah bekam

Makan Minum disediakan

Waktu: 8 pagi hingga 5 petang

Bayaran: RM100

Http://www.wasap.my/60134624784/pembantubekam

Hari ni dapat job jauh di Meru, Ipoh..Pada mulanya berat hati nak terima, risau membebankan client untuk bayar transport...
02/10/2023

Hari ni dapat job jauh di Meru, Ipoh..
Pada mulanya berat hati nak terima, risau membebankan client untuk bayar transport..
Syukur client memahami sangat..
Siap bagi extra tip sebab puas hati dengan urutan.. 🥹

Urutan Tradisional
~ minyak herba
~ signature EO blend

Http://www.wasap.my/60134624784/urutbekam

Pertama sekali terima kasih kepada emak dan ayah sebab memberikan sepenuh sokongan dalam bidang ini. Walaupun dah tahun ...
25/09/2023

Pertama sekali terima kasih kepada emak dan ayah sebab memberikan sepenuh sokongan dalam bidang ini. Walaupun dah tahun ke-6 sebagai terapis urutan tetapi pembelajaran tiada henti.

Terima kasih kepada PASAK Perak, TVET Perak, dan LK Ayurveda kerana menyediakan platform untuk kami menimba ilmu.

Terima kasih kepada tenaga pengajar kami Puan Noriah Yahya, Noury Beauty Spa yang telah mengajar kami tentang rawatan ibu berpantang dan bayi secara tradisional alam melayu dan pada masa yang sama selari dengan guideline KKM. Kami juga diberikan ilmu asas untuk menjadi seorang Lactation Counselor. Semoga kami semua dapat mengikut jejak menjadi LC yang bertauliah suatu hari nanti dan melahirkan lebih ramai ibu yang berjaya menjalani "Penyusuan Eksklusif".

Terima kasih kepada Tuan Logeswaran, LK Ayurveda Academy kerana telah mendedahkan kami tentang kepentingan dan keperluan untuk digital marketing.





Job² urutan minggu ni..Ada yang tak sempat amik gambar 😆Seadanya je lah yee..Urutan Ikhtiar HamilUrutan TraditionalUruta...
20/08/2023

Job² urutan minggu ni..
Ada yang tak sempat amik gambar 😆
Seadanya je lah yee..

Urutan Ikhtiar Hamil
Urutan Traditional
Urutan Relaxing
Urutan Lancar Susu
Urutan Deep Tissue

Semuanya kita gunakan minyak herba homemade dan juga signature essential oil blend 🥰♥️

Address

Seri Manjung
Lumut
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Friday 08:00 - 18:00
20:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134624784

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anjung Siantan Confinement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram