18/06/2025
*MEMO DARUL JENAZAH*
PEMBERITAHUAN PERUBAHAN
1️⃣ HAD UMUR PENYERTAAN & TEMPOH BERTENANG
2️⃣ PENGECUALIAN MANFAAT KEAHLIAN
Kepada: Semua Ahli & Bakal Ahli
Tarikh: 16 Jun 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Jun 2025, had umur penyertaan bagi semua pakej Darul Jenazah akan ditetapkan seperti berikut:
📌 Had Umur Penyertaan adalah dari
✅ 1 tahun hingga 64 tahun sahaja.
✅ Keahlian akan di aktifkan selepas 2 bulan dari Tarikh Pendaftaran iaitu selepas tempoh bertenang.
Sehubungan itu:
📍 Ahli baharu — hanya permohonan dalam lingkungan umur yang ditetapkan sahaja akan diterima.
📍 Ahli sedia ada yang telah melebihi umur 70 tahun sebelum tarikh kuat kuasa ini, keahlian mereka akan dibatalkan serta-merta.
📍 Bayaran yang telah dibuat oleh ahli yang terbatal keahliannya akan dipulangkan semula (refund) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh pembatalan.
📌 Pengecualian Manfaat Keahlian
🔴 Membunuh diri; atau
🔴 Meninggal dunia akibat Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV), Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin; atau
🔴 Di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang mengikut arahan seorang pengamal perubatan berdaftar.
❌ Tiada perlindungan khairat untuk 2 bulan pertama dari tarikh penyertaan.
❌ Tuntutan dalam masa 120 hari atas sebab penyakit-penyakit kritikal.
❌ Tuntutan atas sebab keadaan penyakit sedia ada untuk tempoh satu tahun pertama keahlian.
Perubahan ini adalah susulan daripada penetapan baharu takrif dan terma yang telah dikeluarkan oleh pihak penyedia takaful yang bernaung di bawah program ini. Ianya perlu bagi memastikan segala urusan perlindungan dan manfaat jenazah dapat diuruskan dengan teratur, mematuhi syarat semasa penyedia takaful, serta memberi keadilan kepada semua ahli.
Diharap semua pihak maklum dan mematuhi ketetapan ini demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.
*BUMIJEZ SDN BHD*