Anis Asilah shope

Anis Asilah shope anis Asilah

08/07/2021

cotton fabric sangat2 selesa di pakai tak panas kain sejuk - Buy baju tidur budak lelaki dan perempuan

Tips Penggunaan Oil Serum by Haus Cosmetics.1. Gunakan pada waktu pagi dan malam.2. Gunakan bila kulit dah bersih dan le...
13/01/2021

Tips Penggunaan Oil Serum by Haus Cosmetics.

1. Gunakan pada waktu pagi dan malam.

2. Gunakan bila kulit dah bersih dan lembab.

3. Dua atau tiga titis dah cukup.

4. Gosok-gosok sehingga suam dan dap-dap manja ke kulit wajah 😍

5. Jangan lupa, urut-urut lembut sambil2 dap tu tau.

Selamat mencuba 😘




Minggu lepas kita dah kupas pasal item pertama dalam basic skincare iaitu cleanser..Siapa yang memang tak tahu, tolongla...
11/01/2021

Minggu lepas kita dah kupas pasal item pertama dalam basic skincare iaitu cleanser..
Siapa yang memang tak tahu, tolonglaa baca ..supaya tak tersalah lagi pilih cleanser ok..

So, harini kita nak kupas lagi satu item penting dalam basic skincare.. kalau tak ada ni dalam skincare uols, tak guna pakai makeup atau skincare mahal2 hehehe

Penting sangat ke moisturiser ni? Apsal la penting sangat? Meh luangkan masa 5minit untuk baca ok!

Moisturizer is really important. Oily skin ke dry skin ke, combination skin ke..memang kena pakai moisturizer. Ada orang salah faham, katanya oily skin tak payah pakai moisturizer nanti lagi berminyak. NO! TOTALLY WRONG! 📌Aloe vera gel tak dikira as moisturizer ok.

Pilih moisturizer ikut skin type masing masing. ✅Kalau oily skin, cari yang gel or lightweight pun ok.
✅ Untuk dry skin, cari yang a bit thick and creamy.

Moisturizer ni ibarat sumber air untuk kulit kita. Sumber untuk hydration. So kulit tak akan produce lebih b*k minyak utk "lembapkan" kulit kita. So nampak tak betapa pentingnya kulit berminyak pon kena pakai moisturizer.

So bare in your mind ➡ MOISTURIZER IS A MUST! Mulai saat ini, dah boleh start hunting the best moisturizer for your skin 😍

APA NILAI pH CLEANSER YANG AWAK PAKAI? WHATEVER IT IS..USAHA UNTUK CARI & PAKAI CLEANSER YANG MILD / LOW pH.Kulit normal...
09/01/2021

APA NILAI pH CLEANSER YANG AWAK PAKAI? WHATEVER IT IS..USAHA UNTUK CARI & PAKAI CLEANSER YANG MILD / LOW pH.

Kulit normal manusia slightly acidic ➡ lbh kurang pH 5.5. Persekitaran yang sedikit berasid ni akan menyokong pertumbuhan bakteria semulajadi kulit yang diperlukan utk kesihatan kulit.

✒ Kenapa kita kena pakai cleanser yg low pH / pH balanced?

Kulit kita pH rendah so kalau pakai cleanser yang high pH, skin barrier akan rosak. Malah kulit akan jadi too dry / too oily. Mudah breakout, jerawat tak nak surut dan sering muncul. Masalah-masalah lain pun tak hilang. Kalau pakai serum/sunscreen/essence/vitamin pun tak dapat di absorb dengan sempurna.
Dan atas sebab inilah wujudnya pH Adjusting Toner utk balancekan pH lps cuci muka. Tapi klu kita gunakan low pH cleanser toner ni kita dah tak perlu guna dah.
So kalau cleanser yang kita guna too harsh, too alkaline, ia merugikan kita. Sebab tu kalau nak pakai any other skin booster like serum, essence, ampoule, vitamin c segala bagai tu..PASTIKAN KITA ADA GOOD SKIN BARRIER TERLEBIH DAHULU. Caranya jaga hydration, pakai moisturizer dan cleanser low pH.

Klu pH cleanser lebih dari 8, lebih baik tukar dan cari yang lain yer. 7 ok lagi consider normal pH. Camne nak check pH level? Kat packaging klu ada tulis pH balanced maknanya ok la tu. Klu takde tulis, pegi farmasi dan beli pH indicator strips dan check la sendiri😊

📌NOTA TAMBAHAN
- Apa jadi bila barrier kulit dah rosak?
Boleh jadi pedih, sensitive, mengelupas, kusam, kasar, ketat, kering, berminyak, naik jerawat, naik bumps apa semua. Pakai skincare lain pun dah tak berkesan sangat sebab barrier kulit dah kacau. Jadi, kena lah pastikan barrier kulit kita tak terganggu.

- Selain nilai pH, kena tengok jugak pada ingredients. Kena tahu apa yg skin perlukan. Kena tahu apa yg skin alah.

09/01/2021

Bila dah tahu nak pilih cleanser macam mana, kena tau jugak nilai pH setiap cleanser kan...
Tunggu next posting saya ok!

📌  : BAGAIMANA NAK PILIH CLEANSER YANG SESUAI DENGAN KULIT? BACA DENGAN TELITI YER..1. Kena rasa selesaA good cleanser t...
08/01/2021

📌 : BAGAIMANA NAK PILIH CLEANSER YANG SESUAI DENGAN KULIT? BACA DENGAN TELITI YER..

1. Kena rasa selesa
A good cleanser tak akan buat kulit rasa ketat, tegang, pedih, berangin, apa semua. Bila pakai, kita rasa best and selesa je..

2. Use a low pH cleanser.
Try to avoid cleanser yg rasa drying and high pH cleanser. Cari yg low pH (around 4-6, 7 pun acceptable) sebab kulit kita around that pH. (5.5). Kalau high pH, maybe boleh kacau kita punya skin barrier. Ada juga yang cakap, kulit kita ni pandai. Bila dah pakai high pH cleanser pun, nanti lepas beberapa minutes, kulit kita akan kembali ke pH asal. Yes memang betul. Tapi sementara nak tunggu kembali kepada asal tu...? As for me, I s**a a low pH cleanser. This is totally up to you.

3. Avoid irritating ingredients.
If you have sensitive skin, avoid SLS, alcohol, fragrance. Menthol, peppermint, limonene, linalool yg buat rasa berangin pun avoid.
Kalau paraben? Paraben bahaya ke tak? Sebenarnya paraben dibenarkan tapi dalam dosage yang dibenarkan sahaja. Tapi ada yang memang skin dia tak boleh tolerate dgn paraben and all that ingredients.

4. Use gentle surfactant
Cleanser ni biasanya ada surfactant, nama panjang dia surface active agent. Fungsi dia untuk larutkan kotoran supaya senang bilas. So, kita kena cari yang gentle. Yang harsh surfactants, biasanya boleh buat kulit muka kita jadi lagi kering. Contohnya sodium lauryl sulfate (SLS), sodium laurate etc. Yang gentle surfactant contohnya Sodium laureth sulfate (SLES). Jangan keliru p**a SLS dengan SLES. For me, as long as takde SLS tu, dah okay dah.

5. If you have dry skin, use cleansers with moisturizing ingredients.
Moisturizing ingredients ni boleh kurangkan harshness and buat kulit jadi lagi lembut. Contohnya glycerin and sorbitol.

6. Cleanser yang sesuai dengan jenis kulit
Nak guna gel ke cream ke foam ke, boleh ikut s**ahati walaupun ada yg suggest cream sesuai for dry skin, gel sesuai for oily skin. Tapi ni kena try try sendiri jugak. Ada je orang yang dry skin tapi dia s**a gel cleanser or foaming cleanser, ada yang oily skin s**a cream cleanser. It depends on your preference. Tak ada specific rules yang wajib ikut. Depend pada kulit masing-masing. Kena try and error.

7. Read review & try samples
Bila dah ada specific cleanser yang rasa nak try, jangan beli lagi. Baca banyak reviews sampai puas hati. Kalau yang harga dia quite expensive, try samples dulu kalau boleh. Takut rugi je beli mahal mahal tapi tak sesuai dengan kulit.

8. Cleansers with active ingredients?
Cleanser yang ada exfoliation properties (AHA/BHA) ➡ anti acne, anti aging, antioxidant ni mungkin agak membazir sebab kita bilas lepas guna. Dia kena duduk atas kulit baru lagi berkesan. Unless you have very sensitive skin and takut nak guna active ingredients with high %, you can a cleanser with active ingredients. Contohnya if you have acne skin, you want a cleanser with salicylic acid, benzoyl peroxide or azelaic acids. If you have aging or pigmentation, you want a cleanser with AHA (glycolic acid / lactic acid / mandelic acid). A cleanser with these ingredients are usually a bit expensive. Tapi kalau ada extra money and nak jugak beli, well, its your money

9. Macam mana nak tahu cleanser tu bagus ke tak?
For me, a good cleanser kena do the job, maksudnya kena cuci muka kita dengan bersih, gentle, tak buat kulit rasa kering and ketat, low pH, tak ada ingredients macam SLS, fragrance, alcohol (kalau kulit sensitive).
Nak tau cleanser tu cuci muka kita betul betul ke tak: Ambil toner, letak dekat cotton pad and swipe atas muka. Lepastu check ada kotoran lagi ke tak? Kalau still ada kotoran, means cleanser tu tak cuci muka betul betul lah tu. Sebab tu kena buat DOUBLE CLEANSING at least sekali sehari. (i suggest buat malam)

10. How to cleanse you face properly?
-Jangan la tonyoh kuat kuat. Apply circular motion.
-Lepas cuci muka, jangan lap kuat kuat pakai towel. Dab dab je.
- Guna towel yang asing untuk muka dan badan.

APA ITU PATCH TEST?Tak pernah dengar and tak pernah tahu? Takpe..hari ni u olls bakal dapat ilmu baru. CAMNE NAK TAHU KU...
08/01/2021

APA ITU PATCH TEST?

Tak pernah dengar and tak pernah tahu? Takpe..hari ni u olls bakal dapat ilmu baru.

CAMNE NAK TAHU KULIT KITA SESUAI OR TAK DGN SESUATU PRODUK? SILALAH BUAT ➡ SKIN PATCH TEST!

Sebelum pakai product baru, kalau boleh, patch test dulu, nak tengok kulit kita sesuai ke tak dengan produk baru. Skincare and makeups, kalau boleh, patch test! Jgn p**ak kita salahkan seller, founder or org yg kenalkan produk pada kita..konon kata produk tak bagus padahal kita yg tak ada ilmu. Patch Test pun kita tak tahu benda alah apa. Salahkan org je kita tahu..😂
Let's say ada 2-3 item yang baru beli. Please ingat tips ni:

1. Jangan try semua sekali gus. Try satu satu. Bagi gap at least seminggu. Kenapa? Supaya kalau breakout, kita tahu apa product mana punca dia. Kalau pakai semua sekali gus? Payah lah p**ak nak cari punca dia.

2. Patch test! Lagi lagi kalau kulit sensitive atau acne prone (cepat naik jerawat), elok lah patch test dulu.

For new products yang sy was was sikit, sy akan buat PATCH TEST. Camne nak buat? Here we go...

1. Apply dekat bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan.

Boleh jugak apply dekat dalam lengan yang dekat dengan pergelangan tangan, tapi area atas tu lagi sensitive for me, so sy sapu kat situ. S**a hati la nak sapu dekat mana pun, asalkan senang nak cover.

Sometimes dekat leher pun sy sapu jugak, just nak tengok dia naik merah merah or gatal ke tak.

Apply setiap hari and tunggu seminggu kalau ada rashes ke merah merah ke gatal gatal ke. Apply jugak dekat belakang telinga. Ni pun boleh check untuk allergic ke tak.

Tapi sy kadang kadang tak tunggu pun seminggu. Kalau apply sehari and rasa okay, boleh terus buat next step p**ak. Tapi ni totally depends on your skin tau. Senang citer tgok pada tahap tolerance bahan pada kulit u olls sendiri sbb kulit kita tak sama.

2. Lepas rasa dekat area lengan, leher, belakang telinga dah okay, tak ada allergic ke apa, semua normal je, boleh test dekat kawasan yang paling cepat irritate & clogged pores.

Ada yang patch test dekat kawasan dagu atau jawline.

Banyak mana nak apply?
Apply nipis nipis macam biasa apply product, jangan besar sangat, cukup macam syiling 20sen pun ok je.

Observe dalam masa 12-24 jam, ada apa perubahan tak, gatal gatal ke, naik merah merah ke, jerawat ke. Kalau apply malam, bangun pagi esok tu, cuba check muka baik baik.

Masa nak patch test ni, nak pakai product lain yang memang dah sesuai dengan kulit pun takpe je. Jangan la semata mata nak patch test, seminggu skip cuci muka. Tak perlu stop semua benda. Buat je routine macam biasa sambil patch test ni.

Antara tanda tanda product tu tak sesuai, atau ada ingredient yang tak sesuai dengan kulit:
1. Rasa panas/pedih/gatal
2. Naik merah merah
3. Rasa kering/ketat/tegang
4. Kulit rasa tak selesa
5. Naik jerawat
6. Whitehead & blackhead makin teruk

Basically :
➡untuk check ada allergic ke tak, patch test dekat belakang telinga/lengan
➡Irritation - tempat yang paling sensitive, contohnya dekat p**i
➡Clogged pores - tempat yang selalu naik jerawat/whitehead/blackhead

Kalau dah buat patch test and rasa semua okay, congrats! Boleh try letak dekat seluruh muka dah.

Better patch test daripada letak dekat seluruh muka and tiba tiba tak sesuai, terus breakout teruk. Better breakout sikit je, kan?

Untuk patch test ni, buat satu satu. Satu product dalam satu masa. Jangan campur banyak banyak, nanti tak tahu kalau irritate tu, sebab product yang mana.

A good skincare, bila kita pakai, dia rasa selesa. Kalau pakai tiba tiba rasa panas semacam, rasa tak selesa, cepat cepat bilas muka. Jangan nak sedapkan hati "Oh ni proses nak elokkan muka kot", "Oh normal kot rasa macam ni, biasalah first time". Kalau rasa tak best tu, stop je. Kalau naik jerawat, jangan p**ak "Ni healing crisis ni" "Ni sebab dulu pakai produk lama ada banyak benda benda kotor, jerawat ni sebab nak buat benda benda kotor yang sebelum ni kot?". NO. Stop. (Unless you're using Vitamin C, AHA or BHA ➡ ini active ingredient yg boleh menyebabkan purging)

And untuk jerawat, ada banyak faktor selain product baru.

Hi koranggggBAGAIMANA NAK MEMILIH PRODUK YANG TEPAT UNTUK KULIT KITA SENDIRI. Saya harap sharing ini anda baca dengan te...
06/01/2021

Hi korangggg

BAGAIMANA NAK MEMILIH PRODUK YANG TEPAT UNTUK KULIT KITA SENDIRI.

Saya harap sharing ini anda baca dengan teliti, fahamkan dan hadam dalam-dalam. Kalau ada soalan, anda boleh tanya di bahagian komen ye.

STEP 1
➡ Tahu jenis kulit sendiri
➡ Contohnya : Kulit Kering, Berminyak, Normal, Kombinasi
➡ Bagaimana nak tahu jenis kulit? Refer posting saya sebelum ni..

STEP 2
➡ Tahu dan kenalpasti skin concern sendiri dengan jelas.
➡ Contoh skin concern : Aging, Dehydrated, Open Pore, Acne prone, pigmentasi dll.
➡ Macam mana nak tahu? Perhatikanlah kondisi kulit. Kalau nak lebih tepat boleh buat skin analysis kat dermatologist. Tapi kalau nak yg murah, pegi je buat kat Aeon Wellness (Aeon Shopping Mall)

STEP 3
➡ Buat "Product Research"
➡ Ada banyak cara utk buat product research.
➡ Contohnya : Melalui carian di Google, follow beauty guru atau skincare kat FB, IG, Blog dan jurnal yang memang genuine dan ada ilmu yang sahih. Boleh baca review product dan start pilih produk2 yang dirasakan sesuai dgn jenis kulit dan skin concern anda. Ingat ye..bab skincare jgn main ikut2 orang tak tentu hala.
➡ Bila dah pilih produk, try p**ak baca review. Kalau boleh cari dan baca review dari orang yang memiliki jenis kulit dan masalahbyang sama macam anda.
➡ Cara nak search review, just type nama produk diikuti oleh word review. Cth : Some by Mi AHA review

STEP 4
➡ BELAJAR BACA DAN FAHAM TENTANG INGREDIENTS DALAM PRODUK
➡ Untuk step ini, anda kena ada ilmu asas tentang bahan dlm skincare.
➡ Contohnya : Bahan yang bagus utk acne adalah seperti witch hazel, tea tree, salicylic acid. Tapi anda kena tahu jugak apa efek bahan-bahan ini pada kulit.
➡ Check the ingredients yg comman ada pd skincare. So that, awak boleh tahu what is the best ingredients, yg suit dengan skin awak so boleh dijadikan future reference.
➡ Ini salah satu step penting utk elakkan kulit awak mengalami irritation, allergies atau inflammation (keradangan)
➡ Boleh check ingredients dari laman web : www.cosdna.com dan www.skincarisma.com

STEP 5
➡ BELI SAMPEL/TRIAL DAN BUAT PATCH TEST
➡ Kita tak akan tahu produk tu sesuai dgn kita atau tak selagi kita tak cuba.
➡ Saya sarankan sebelum beli, survey harga dulu. Kalau berkemampuan, boleh terus proceed. Yang penting pilih yang diyakini selamat. Yang bukan2 (walaupun ada KKM NOT) jangan percaya bulat2 terutama kalau ada ciri2 produk sampah. Ada KKM NOT bukannya bukti yang produk itu 100% selamat dan bebas dari bahan berbahaya. Ini terbukti dengan lbh 150 produk yang telah diSenaraihitamkan oleh KKM dan ditarik balik. Kalau boleh, mintak lab test yang genuine dari pengeluar (klu itu produk online). Klu produk drugstore dan produk farmasi inshaAllah terjamin.
➡ Lepas dah beli jangan lupa buat PATCH TEST. Ini step terpenting bila cuba produk. Dan anda kena tahu reaction yg terjadi pada kulit tu apa maksudnya.
➡ Bagaimana nak buat PATCH TEST? Bab ni akan sy tulis dgn lbh detail slps ini

STEP 6
➡ KENALPASTI REACTION YANG TERJADI PADA KULIT SAMA ADA BREAKOUT, PURGING ATAU PRODUCT ADJUSTMENT.
➡ Ketiga-tiga reaction yg jadi pada kulit selepas penggunaan produk, ada 1001 macam. So dont simply judge. Nak bezakan ketiga2 ini perlukan info yang jelas supaya awak tak tersilap buat andaian.
➡ Bab PURGING, BREAKOUT DAN PRODUCT ADJUSTMENT saya akan tulis dgn lebih detail next post.

So ini 6 langkah yang paling asas yang perlu anda tahu sebelum nak pilih, nak beli dan nak pakai produk.

05/01/2021

Basic skincare rutin dah tau..
Jenis kulit pon dah kenal pasti..
Macam mana nak tau product tu sesuai ke tak? Hmmmmm 🤔🤔

Kenali Oil serum calendula by Haus Cosmetics Yes Oil Serum CELENDULA antara yang ter"femes" dalam kalangan barang yang f...
05/01/2021

Kenali Oil serum calendula by Haus Cosmetics

Yes Oil Serum CELENDULA antara yang ter"femes" dalam kalangan barang yang femes...
hihihi ... Yang best kan, dalam botol tu ada kelopak bunga Calendula betul tau..
Jom tengok apa yang best tang bunga tuh 😍

KELEBIHAN BUNGA CELENDULA

1. MENCEGAH PENUAAN
💘 menyembuhkan kulit rosak
💘menjadikan kulit lebih muda

2. MENCEGAH JERAWAT
💘 bersifat aktibakteria yang dapat membantu membersihkan bakteria di pori2 yang menyebabkan jerawat.

3. MELEMBAPKAN KULIT

4. MENYEMBUHKAN KULIT YANG MENGALAMI RADANG & IRITASI

5. BERSIFAT MENENANGKAN TUBUH & KULIT

💘mengandungi saponin, flavonois, polisakarida yang mampu menenangkan kulit.

6. ANTI FLAMASI
💘 mengatasi berbagai masalah kulit seperti bengkak dan peradangan

7. MAMPU MENANGKAL SEL KANSER
💘 mengandungi anti-oksidan yang mampu mencegah dan menangkal sel kanser.

Haa, amacam. Mantul kan..?😁

TAHU KE KULIT KORANG JENIS APA? 🙎Tengah hari ni saya nak share cara untuk korang mengenalpasti kulit korang jenis apa? P...
05/01/2021

TAHU KE KULIT KORANG JENIS APA? 🙎

Tengah hari ni saya nak share cara untuk korang mengenalpasti kulit korang jenis apa?

Penting sangat ke? Yes! Sangat penting. Sebab bila dah tahu jenis kulit, mudah untuk kita buat pemilihan produk yang sesuai. Bukan main balun jerrrrr....salah pakai produk, salahkan orang p**ak 🙊

1. Cuci muka macam biasa.
Basuh muka dengan your normal cleanser, lepas tu bilas. Nak pakai air biasa pun boleh. Make sure muka tu dah cuci.

2. Tunggu 2 jam.
Jangan apply apa apa lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri and biar 2 jam.

3. Check keadaan kulit
Lepas dah 2 jam, check balik kulit tu.

➡ Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat? - Oily skin

➡ Rasa ketat, kering, merekah? - Dry skin

➡ Berminyak dekat kawasan hidung, dahi and dahi je, tapi bahagian p**i rasa biasa/kering - Combination skin

➡ Tak rasa apa apa, rasa biasa je - Normal skin (So lucky!)

Selamat mencuba!

05/01/2021

Amacam korang, dah faham ke pasal basic skincare rutin? Nak tak panduan memilih product yang sesuai? 😁

BASIC SKINCARE ROUTINE :➡ VERY BASIC (Cleanser + Moisturizer + Sunscreen)➡ ADVANCE (Cleanser + Toner +Moisturizer + Suns...
04/01/2021

BASIC SKINCARE ROUTINE :

➡ VERY BASIC (Cleanser + Moisturizer + Sunscreen)
➡ ADVANCE (Cleanser + Toner +Moisturizer + Sunscreen + Exfoliate (2-3 kali seminggu)

: "I baru nak start jaga kulit so apa yang i patut ada dan patut buat?"

:
3 item WAJIB yg perlu ada 👇
✔Mild/low pH cleanser
✔Moisturizer
✔Sunscreen

Kalau yg advance, ada tambahan 2 item iaitu :✔Toner (toner ni optional. Ade boleh, xde pon x apa. Tapi toner yg bagus akan membantu kulit menyerap khasiat dan benefit dari produk2 yg kita gunakan selepasnya)
✔Exfoliate/scrubbing (sangat penting utk menanggalkan sel2 kulit mati, membantu proses pembaharuan kulit dan b*k benefit lain)

Invest your money untuk beli 4/5 benda ni dulu. Ni yang paling basic. Whatever you do, basic ni kena ada. Tak kisah produk apa yang you guna, these 4/5 elements should be completed. Tak ada salah satu maknanya tak complete lagi. So dont ever berangan nak guna chemical exfoliate (AHA/BHA), don't ever berangan nak guna produk2 yang ada kandungan asid selamat yang beri kesan lebih wow pada kulit. MILIKI DAN BUAT BASIC DULU OK!

Dalam setiap item tu p**ak ada pecahan-pecahan lain. Contohnya under cleanser ada oilbased cleanser dan waterbased cleanser. Dan setiap jenis cleanser ni p**ak ada lagi pecahan2 kecil yg lain. Cthnya, gel type, foam type, balm type, cream type dan lain-lain.
(Saya akan terangkan dalam next posting)

Point saya, nak awak tahu apa sepatutnya item yang WAJIB / PATUT ada dlm regim penjagaan basic skincare routine awak.

04/01/2021

Dah tahun 2021, masih ada lagi ke yang tak tau pasal basic skincare rutin? Sebab rutin nilah menentu siht atau tak kulit awak...
Nak tahu?

Antara produk rangkaian HAUSDijamin halal, berkualiti dan ada notifikasi KKM
04/01/2021

Antara produk rangkaian HAUS
Dijamin halal, berkualiti dan ada notifikasi KKM

‼️Lipmatte Terbaik di Abad ini‼️ Tau apa istimewa nya Matte Creamy Lips Dari Haus Cosmetics ni???Bahan Utama adalah meng...
03/01/2021

‼️Lipmatte Terbaik di Abad ini‼️

Tau apa istimewa nya Matte Creamy Lips Dari Haus Cosmetics ni???

Bahan Utama adalah menggunakan teknologi anti crack Dari Teknologi cosmetics Korea... Palmitoyl Hexapeptide -12

Lipmatte ni adalah treatment untuk bibir Anda yang kering Dan pecah. Sekali sapu je terus hilang semua tau...

Tak percaya!! Beli dengan Saya 2pcs RM 50 Free 1 pcs.
Whatsapp.my/+60156520946/MCL






Address

Victoria

Telephone

+60146520946

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anis Asilah shope posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram