
07/07/2025
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa MENTARI Labuan, iaitu Pusat Kesihatan Mental Masyarakat yang pertama di Wilayah Persekutuan Labuan telah mula beroperasi.
MENTARI merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap penyakit mental, serta menyediakan rawatan kesihatan mental dan program rehabilitasi yang mudah diakses oleh masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 087-596870 (Isnin-Jumaat 8:00 pagi - 5:00 petang, kecuali pada hari cuti awam) atau emel ke klinikmentarilabuan@gmail.com
Anda juga boleh melayari profil instagram kami di ig: mentarilabuan atau laman web rasmi MENTARI di https://mentari.moh.gov.my