
03/08/2025
GERD, GASTRITIS & ANGIN BADAN BUKAN SEKADAR MASALAH PERUT!
Ramai anggap sakit perut, pedih ulu hati dan kembung cuma perkara biasa… tapi tahukah anda:
⚠️ GERD yang tak dirawat boleh menyebabkan kerosakan tekak, batuk berdarah dan risiko barah esofagus.
⚠️ Gastritis berpanjangan boleh menjadi luka dan pendarahan dalam perut.
⚠️ Angin badan yang terperangkap boleh ganggu tidur, emosi dan tekanan darah!
😔 Mula-mula rasa pedih sikit... lama-lama boleh jadi derita seumur hidup.
Antara kaedah untuk merawat
✅ 1. GERD
Perubahan gaya hidup:
Elak makanan pedas, bergoreng, kafein & coklat.
Jangan baring selepas makan (tunggu sekurang-kurangnya 2 jam).
Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap.
Tinggikan kepala semasa tidur.
Rawatan semula jadi:
Madu asli – Minum 1 sudu pagi & malam.
Daun pudina / halba – Air rebusan boleh membantu menenangkan perut.
Kunyit hitam – Antikeradangan & bantu penghadaman.
Air halia suam – Kurangkan rasa loya dan pedih ulu hati.
✅ 2. Gastritis
Perubahan gaya hidup:
Makan secara teratur, elak perut kosong terlalu lama.
Elak makanan tinggi asid (limau, cuka, pedas).
Kurangkan stres (boleh guna teknik pernafasan yang Zaim ajar).
Rawatan semula jadi:
Air rebusan kunyit + madu – Minum suam waktu pagi.
Lidah buaya (aloe vera) – Anti-radang perut, minum dalam bentuk jus.
Minyak zaitun extra virgin – 1 sudu pagi sebelum makan.
Probiotik semula jadi – Yogurt asli, tempe.
✅ 3. Angin Badan
Perubahan gaya hidup:
Kunyah makanan perlahan-lahan.
Elak makan sambil bercakap.
Kurangkan makanan berangin (kacang, kobis, air soda).
Rawatan semula jadi:
Halia bakar/rebus – Amat berkesan untuk buang angin.
Minyak angin herba – Sapu & urut arah jam di perut.
Bekam angin (cupping) – Terbukti bantu keluarkan angin badan.
Senaman ringan – Seperti berjalan kaki lepas makan.
SILA KONGSIKAN posting ini jika anda atau orang yang anda sayang pernah alami:
– Sakit perut berulang
– Pedih ulu hati
– Kembung & angin badan
– Atau rasa tak selesa setiap kali lepas makan
📢 Mungkin perkongsian ini boleh membantu kawasan² kita yang diuji dengan sakit ni.