Amirudin Rahman

Amirudin Rahman Membantu anda Merancang Kewangan dengan baik dan Menawarkan Pelan Perlindungan Patuh Syariah pada ha

Bayangkan...Tiba-tiba hangpa kena ulcer teruk. Tak tahu pasai apa jadi lagu tu. Dah 3 hari tak boleh nak makan. Dok tela...
12/08/2023

Bayangkan...

Tiba-tiba hangpa kena ulcer teruk. Tak tahu pasai apa jadi lagu tu. Dah 3 hari tak boleh nak makan. Dok telan ayaq lagu tu ja la.

Badan makin kering. Tak bermaya. Masuk hari ke 4, tak boleh jadi lagu ni, kena pi hospital jugak.

Sampai hospital, doktor tahan masuk wad sebab condition badan semakin lemah.

Doktor check tang sini, check tang sana, cucuk tang sini, cucuk tang sana, tak jumpa-jumpa lagi punca.

Doktor beri ubat, tapi ulcer semakin teruk. Nak makan tak boleh, perit. Berat badan turun mendadak.

Isteri hang turun naik jaga kat hospital. Mana nak urus anak lagi, mana nak jaga laki lagi.

Masuk hari ke-4 di hospital, dah mula ada perubahan. Semakin baik. Semakin berkurang. Boleh mula makan sikit-sikit.

Hari ke-7 hangpa discharge.

Genap 80 jam hangpa kat hospital tu. Semua tu "company" hangpa yang tanggung.

Time discharge, doktor bagi medical leave lagi 3 hari. Genap la 10 hari hang cuti.

Hang pi kerja macam biasa. Member dok tegur awat hang nampak slim serupa model. Hang senyum kambing, malas nak layan depa.

Tiba-tiba message masuk.

Kali ni hang senyum betul punya. Merenyih sakan sampai telinga. Rupanya claim elaun hospital dari polisi hang dah masuk.

7 hari x R.M. 500 = R.M. 3500

Member-member hang dok usya pelik.

On the way balik, hang singgah kedai emas. Beli hadiah kat isteri. Lepastu hang singgah KFC, beli bucket set.

Begitulah semua orang gembira selepas episod duka.

Sekarang, bayangkan...

Hangpa nak tanya kat Amer pasal elaun hospital R.M. 500 sehari ni. Hangpa klik contact dia kat ruang komen tu. Hangpa tak tunggu lama, sekarang jugak hangpa tekan...

Sumber Alif Ahmed

ISU VIRAL DI TIKTOK : ADA MEDIKAL KAD BELUM TENTU BOLEH MASUK HOSPITALCeritanya bermula apabila beliau datang ke Hospita...
11/08/2023

ISU VIRAL DI TIKTOK : ADA MEDIKAL KAD BELUM TENTU BOLEH MASUK HOSPITAL

Ceritanya bermula apabila beliau datang ke Hospital Swasta bahagian kecemasan untuk berjumpa dengan pakar untuk dapatkan rawatan bagi isteri beliau.

Pihak hospital suruh tunggu untuk dapatkan rawatan, dan memaklumkan Medical Card isteri beliau adalah dengan limit Room & Board RM150/sehari.

Tapi bilik yang cover under harga itu penuh, yang available hanyalah bilik premium yang berharga RM650/sehari. Maksudnya, kalau beliau nak proceed, boleh. Tapi beliau perlu bayar cas tambahan sebanyak RM500/sehari.

Jadi, beliau mengambil keputusan untuk tunggu sampai katil harga limit 150 available. Yang beliau tak puas hati apabila pihak hospital minta isteri discharge daripada bahagian kecemasan serta-merta atas alasan tak mahu isteri beliau tunggu di bahagian kecemasan terlalu lama.

Dan, pihak hospital terus mengeluarkan bil rawatan di bahagian kecemasan dan beliau perlu bayar kerana belum diwadkan.

Di sini saya nak ulas tentang isu had harga bilik dan solusi yang boleh kita buat sebagai persediaan.

Di Lembah Klang, harga katil single adalah di antara RM200 hingga RM300, dan harga mungkin lebih tinggi untuk premium wad.

Jadi, dalam kes di atas, beliau mempunyai medikal kad basic plan sahaja. Yang paling rendah.

Dalam kes di atas, cara untuk menghadapi situasi ini ialah, kita ada dua pilihan :

1. Boleh tambah medikal kad dengan had bilik yang lebih tinggi. Tapi untuk ini, kita perlu membayar lebih untuk caruman bulanan medikal kad.

2. Boleh tambah rider Elaun Hospital. Contohnya, dalam kes di atas jika kita mengambil elaun hospital sebanyak RM500 sehari, confirm dah boleh cover perbezaan bilik jika tiada bilik harga polisi tersebut. Dan isu di atas mungkin tak terjadi.

Kali ini, saya nak suggest satu elaun hospital siap pakej dengan hibah takaful. Jadi, jika masuk hospital kerajaan atau hospital swasta pun boleh dapat elaun tunai sebanyak RM500 sehari.

Saya berani jamin, tak semua syarikat takaful ada elaun seperti ini.

Jadi, bagi yang serius untuk mendapatkan harga dan maklumat lanjut, boleh klik di komen. Macam mana?

❗ TAKAFUL + HIBAH + PERLINDUNGAN KEMALANGAN + ELAUN HOSOITAL DARI TAKAFUL IKHLAS🎗️Nama Produk: IKHLAS BERSAMA🎗️Sumbangan...
21/06/2023

❗ TAKAFUL + HIBAH + PERLINDUNGAN KEMALANGAN + ELAUN HOSOITAL DARI TAKAFUL IKHLAS

🎗️Nama Produk: IKHLAS BERSAMA

🎗️Sumbangan Bulanan
*RM99 Sahaja*

**

RINGKASAN MANFAAT :

❤️ RM100,000 – Pampasan Tunai Kematian Akibat Kemalangan (HIBAH)

❤️ RM100,000 – Pampasan Tunai Lumpuh Akibat Kemalangan

❤️ RM50,000 – Pampasan Tunai Kematian Semulajadi (HIBAH)

❤️ RM50,000 – Pampasan Tunai Lumpuh Semulajadi

❤️ RM50,000 – Pampasan Hilang Anggota

❤️ RM5,000 – Khairat Kematian

❤️ RM2,500 – Manfaat Perbelanjaan Perubatan & Pembedahan

❤️ RM500 – Manfaat Pesakit Luar Akibat Kemalangan

❤️ RM200/sehari – Elaun Hospital (Kerajaan/Swasta)

❤️ RM100-RM300 – Elaun Cuti Sakit (Kemalangan)

❤️ Nilai Tunai (Tidak Dijamin)

❤️ Pengecualian Cukai (Swasta) RM3000

❤️ Pengecualian Cukai (Kerajaan) RM7000

❤️ Badal Haji

📆 Tempoh Policy:
Sehingga Umur 60 Tahun
(boleh lanjutkan sampai umur 70 Tahun, harga sumbangan akan berubah)

❗Ada Cash value (Tidak Dijamin)

❗Bukan Plan Medikal Kad

❗Loading Boleh Berlaku Untuk Pekerjaan Berisiko

▶️ BMI 20-30

Kalau nak langgan takaful, sebaiknya sediakan income protection bersama hibah takaful terlebih  dulu, bukan medical card...
31/05/2023

Kalau nak langgan takaful, sebaiknya sediakan income protection bersama hibah takaful terlebih dulu, bukan medical card dulu.

Sebabnya kalau sakit, kita masih ada hospital kerajaan.

Cuma kali ni saya baru jumpa, pakej hibah siap ada sekali elaun hospital. Kalau masuk je hospital kerajaan, dapat elaun tunai RM500 sehari.

Saya dah check, tak semua syarikat takaful ada elaun macam ni.

Sesuai sangat ni untuk :

✅ Bisnesman
✅ Kerja sendiri
✅ Yang gaji RM1,500 ke atas
✅ Yang dah ada Pelan Medical Card

Tambah sijil ni cuma RM99 sahaja sebulan. Umur 40 ke bawah kita boleh adjust harga tu sampai jadi.

Yang best, ada cash value. Jarang ada pelan takaful yang macam ni. Yela, bayangkan kalau masuk wad sebab DENGGI pun boleh claim RM500 sehari.

Lepas la kan cover duit cuti sehari.

Yang nak serius nak dapatkan harga, klik link di komen bawah ni.

Akhir-akhir ini ramai yang berminat untuk langgan produk elaun hospital.Mana taknya, RM99 layak untuk claim elaun hospit...
22/05/2023

Akhir-akhir ini ramai yang berminat untuk langgan produk elaun hospital.

Mana taknya, RM99 layak untuk claim elaun hospital RM500 sehari, tak termasuk hibah dan nilai tunai.

Harga sama je walaupun klien dan berusia 50 tahun!

Respon biasa daripada prospek

– “Wah, murah betul. Polisi saya memang tak ada manfaat ni. Siap boleh cover hospital kerajaan dan swasta.”

– “Polisi saya tak ada elaun hospital ni. Boleh tak nak batalkan yang lama dan ambil yang ni?”

– “Kompeni dah ada medical card. Jadi cadangan asalnya nak tambah medical card utk back up kalau berhenti nanti. Tapi apabila nampak plan elaun hospital ni, tertarik p**a. Confuse p**a sekarang ni.”

Apabila klien berminat, selalunya kami akan review dahulu keperluan takaful dan polisi mereka.

NAMUN, perkara paling mengecewakan waktu kami buat sesi review sijil takaful ialah apabila client cakap meraka tak faham pun dengan manfaat yang ada dalam sijil mereka.

Terdetik dalam hati saya,

“Bayar sampai RM200 – RM300 sebulan, tapi boleh p**a tak tahu dapat manfaat apa”

Siap ada yang cakap dah sediakan dana sampai RM1juta untuk waris, rupa-rupanya langgan medical card + waiver sahaja.

Kalau betul langgan dengan tujuan asal dan faham manfaat, tak apa. Tapi apabila dah sampai masa nak guna, rupanya tak seperti yang diharapkan.

Akhirnya, viral cerita tentang keburukan takaful, takaful menipu dan sebagainya.

Saya buka ruang untuk kawan-kawan dapatkan khidmat review sijil takaful masing-masing bersama saya, boleh klik link di komen.

BETUL KE NI?Hanya RM99 boleh dapat manfaat elaun hospital RM500 sehari, tak kira hospital kerajaan atau swasta.Ramai yan...
20/05/2023

BETUL KE NI?

Hanya RM99 boleh dapat manfaat elaun hospital RM500 sehari, tak kira hospital kerajaan atau swasta.

Ramai yang tak percaya semalam saya buatkan sebut harga untuk seorang lelaki berusia 50 tahun, dapat harga sumbangan takaful hanya RM99 sebulan.

Manfaat yang disertakan ialah elaun hospital RM500 sehari sehingga umur 65 tahun dan manfaat hibah RM10,000 sehingga umur 90 tahun!

Berbaloilah dengan harga dan faktor usia.

Jika usia anda lebih muda, maka sudah tentulah lebih banyak manfaat yang boleh ditambah.

Terus terang saya katakan, tak semua syarikat takaful yang menawarkan manfaat elaun hospital seperti ini.

Nak dapatkan harga untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak, boleh klik link di komen.

Medical Card Stand Alone vs Medical Card RiderPENGENALANPelan medical card stand alone merujuk kepada produk medical car...
20/09/2022

Medical Card Stand Alone vs Medical Card Rider

PENGENALAN

Pelan medical card stand alone merujuk kepada produk medical card yang semata-mata hanya kad perubatan yang fokus pada kos rawatan.

Manakala pelan medical card rider p**a merujuk kepada produk medical card yang dilanggan bersama produk asas sama ada investment link atau produk tradisional.

KELEBIHAN

Kelebihan medical card stand alone:-
- Lebih fleksibel, kerana tidak bergantung kepada pelan asas.
- Selalunya harga lebih murah berbanding medical card rider.

Kelebihan medical card rider p**a;-
- Boleh tambah manfaat lain yang ditawarkan bersama pelan asas seperti elaun hospital, waiver dll
- Ada nilai tunai, untuk menampung kenaikan harga atau untuk menampung kekurangan bayaran / short payment.

KEKURANGAN

Kekurangan medical card stand alone;-
- Tiada nilai tunai langsung, jadi pembayaran perlu tepat masa supaya polisi tidak lapse.
- Tidak boleh ditambah manfaat tambahan seperti waiver atau manfaat payor yakni, bayaran polisi tidak perlu dibayar sekiranya ditimpa penyakit kritikal atau pembayar meninggal dunia atau sakit kritikal.

Kekurangan medical card rider;-
- Selalunya harga lebih tinggi berbanding medical card stand alone kerana ada peruntukan untuk nilai tunai / cash value.
- Perlu melanggan dan membayar untuk polisi asas sekalipun pelanggan tidak perlukannya.

FAQ weh!!

Q - Mana yang bagus ek?
A - Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Q - Alamak saya dah ambil medical card rider / stand alone yang ada kelemahan di atas. Apa nak buat ek?
A - Setiap kekurangan ada cara untuk atasinya.

Contoh medical card stand alone tidak ada nilai tunai dan perlu bayar tepat masa untuk pastikan polisi berjalan, cara atasinya ialah bayar advance. Boleh bayar advance 3 bulan, 6 bulan bergantung berapa bajet kita. Memandangkan ia selalunya lebih murah, maka ia praktikal.

Sama juga kekurangan medical card rider yang harganya lebih tinggi, sebenarnya ada juga medical card rider yang harganya sama sahaja dengan medical card stand alone tapi manfaat lebih rendah.

Atau kelemahan medical card stand alone yang tak boleh attach manfaat lain. Apa susah? Tambah langganan polisi baru yang boleh cover manfaat yang diingini. Manfaat waiver boleh digantikan dengan manfaat sakit kritikal. Manfaat payor boleh digantikan dengan polisi income protection.

Q - Betul ke medical card rider takkan naik harga?
A - Siapa cakap tu? Saya nak sign up terus. Tak pernah lagi saya jumpa medical card yang takkan naik harga sampai bila-bila.

Q - Kenapa Tuan tak cadangkan pilih salah satu sahaja antara kedua-duanya?
A - Apabila melanggan medical card, jenis medical card sama ada rider atau pun stand alone tidak berapa penting. Masuk hospital nanti, doktor atau staf kaunter hospital tak tanya pun "Medical card Encik stand alone ke rider?".

Q - Habis tu, apa yang penting?
A - Coverage. Coverage biar tinggi dan berbaloi dengan bayaran yang kita buat. Rule of thumb takaful: Coverage tinggi, bayaran rendah.

Q - Jadi, apa coverage yang penting?
A - Coverage limit tahunan paling penting, kemudian coverage harga bilik wad. Tengok juga coverage untuk dialisis dan kanser yang menjadi antara claim tertinggi untuk medical card.

Q - Limit seumur hidup penting tak?
A - Penting, tapi belum pernah lagi saya jumpa kes pesakit tak cukup limit seumur hidup, tapi banyak kes ialah tak cukup limit tahunan. Ya, banyaaaaaaaaaaak sangat.

Q - Ginilah, saya nak langgan apa yang Tuan langgan. Stand alone ke rider?
A - Saya langgan kedua-duanya. Amacam? Ada berani?

Q - Ok ok, saya nak sign up sekarang juga! Macamana?
A - PM tepi la. Benda boleh bincang.

Ada soalan lagi?

Boleh tanya di ruangan komen.Kalau sempat, saya jawab ya.

Amirudin Rahman
Ejen pm tepi

Dalam hidup, kita ada dua pilihan. Nak buat atau taknak buat. Buatlah pilihan yang terbaik.
15/09/2022

Dalam hidup, kita ada dua pilihan. Nak buat atau taknak buat. Buatlah pilihan yang terbaik.

Takaful adalah produk perlindungan kewangan.Manakala hibah p**a bermaksud hadiah atau pemberian.Istilah "hibah takaful" ...
14/09/2022

Takaful adalah produk perlindungan kewangan.

Manakala hibah p**a bermaksud hadiah atau pemberian.

Istilah "hibah takaful" merujuk kepada salah satu kaedah pengagihan harta pampasan takaful kepada pewaris.

Apabila melanggan takaful, pelanggan ada pilihan untuk 2 jenis penamaan yang wajib diisi dalam borang takaful.

1. Penamaan biasa
2. Penamaan hibah.

Pelanggan boleh memilih salah satu, atau kedua-duanya.

Apa beza kedua-dua kaedah penamaan tersebut? Kita pergi satu persatu.

1. PENAMAAN BIASA : Pewaris yang dinamakan dalam borang takaful, adalah penama atau pemegang amanah sahaja. Ia bukan penerima mutlak pampasan tersebut. Mereka sebagai orang tengah, yang bertanggungjawab mengurus pampasan takaful yang diberikan dan tertakluk kepada hukum faraid.

2. PENAMAAN HIBAH. Pewaris yang dinamakan dalam borang takaful adalah penerima mutlak harta pampasan. Sebagaimana yang ditulis di awal artikel ini, hibah bermaksud hadiah atau pemberian. Maksudnya di sini, pampasan takaful diberikan kepada pewaris yang dinamakan dan ia tidak tertakluk kepada faraid.

"Jadi, hibah takaful lagi bagus dari penamaan biasa"

Cop. Nanti dulu. Bukan semudah itu kesimp**annya.

Setiap satu ada fungsi tersendiri. Namun ramai yang tersalah anggap dalam hal ini. Contohnya cara promosi:

"Hibah takaful untuk bayar hutang".

Jika sudah diberikan sebagai hadiah, maka sudah jadi pemilik waris yang menerima. Cuba bayangkan situasi ini: Kita berikan hadiah kepada isteri kita, kemudian kita minta isteri bayarkan hutang. Bukankah janggal di situ?

"Sayang, abang hadiahkan rantai emas RM200,000 ini kepada Sayang. Tapi saya gunakan emas tersebut untuk bayar hutang PTPTN Abang ya?"

Bukankah janggal dan kelakar sekali?

Mesej yang ingin saya sampaikan ialah, gunakan cara penamaan yang sesuai untuk setiap objektif kewangan

Hibah takaful ada fungsi tersendiri. Antaranya adalah untuk tujuan "income protection". Maksudnya, ia sebagai pengganti pendapatan kita yang hilang akibat kematian.

Sebagai contoh, seorang suami yang berpendapatan R.M3,000 sebulan melanggan "hibah takaful" bernilai R.M360,000 dengan sumbangan bulanan hanya R.M150 sebulan, yakni bersamaan dengan 5% sahaja pendapatan bulanannya.

Dalam polisi tersebut, penama hibah diletakkan atas nama isteri dengan tujuan "income protection". Jadi, apabila beliau meninggal dunia, maka si balu akan terima pampasan R.M360,000 tadi sebagai hibah daripada polisi takaful arwah suami.

Maka dengan hibah sejumlah itu, menggantikan pendapatan arwah suaminya yang hilang akibat meninggal dunia. Jadi di sini fungsi takaful sebagai "income protection" tercapai. Kadangkala ia disebut juga sebagai "income replacement".

Cuba bayangkan situasi sebaliknya:

Si suami ketika hidup melanggan "hibah takaful" dan berpesan kepads si isteri untuk gunakan hibah tersebut untuk bayar hutang atas nama suami.

Selepas arwah pergi, si balu menunaikan hasrat arwah suami dengan membayar segala hutang piutang atas nama suami. Andaikan, hutang yang dibayar adalah aset-aset atas nama arwah seperti rumah (tanpa MRTT), kereta, ASB Financing (tanpa takaful) dan lain-lain.

Adakah aset tersebut akan jadi milik si balu yang melangsaikan hutang tadi? Tidak sama sekali. Milik isteri hanyalah 1/8, tidak termasuk harta sepencarian. Ia perlu dikongsi dengan ahli ahli waris lain seperti ibu dan bapa mertua dan mungkin ipar duai jika tidak ada anak lelaki.

Jika untuk tujuan melangsaikan hutang selepas mati, jangan letak penamaan hibah. Letakkan penamaan biasa. "Hibah takaful" bukanlah penyelesaiannya.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Errr.. Faham tak tulisan saya ni?😅

Takaful bukan untuk buat untung, tapi untuk elak kerugian. Ini fungsi sebenar produk takaful.Jika nak buat simpanan atau...
08/09/2022

Takaful bukan untuk buat untung, tapi untuk elak kerugian. Ini fungsi sebenar produk takaful.

Jika nak buat simpanan atau pelaburan, Takaful bukan tempatnya. Banyak lagi produk kewangan lain yang boleh digunapakai untuk disimpan atau dilabur.

Ada rakan saya terkejut, selepas membayar RM200 sebulan selama 3 tahun, nilai tunai yang dikata simpanan itu tak sampai RM1000 pun bila disemak. Bezanya dengan bayaran RM200, boleh dapat coverage ratus-ratus ribu hingga juta! apabila berlaku musibah, bergantung kepada jenis polisi.

Tuan / puan tidak perlu keluarkan duit untuk menanggung musibah tersebut tetapi manfaat yang di ambil daripada Takaful akan menanggung musibah tesebut .

Sebenanya, apabila Tuan / Puan melanggan mana-mana produk takaful, sebenarnya Tuan / Puan mendapatkan ketenangan fikiran yakni jaminan bantuan daripada peserta-peserta takaful lain dan syarikat takaful sebagai pengendali tabungan takaful yang disumbangkan oleh para peserta.

Berbalik kepada tujuan asal Takaful iaitu perlindungan. Ia melindungi kewangan daripada kerugian. Ia bukan untuk mencipta keuntungan atau peluang pelaburan.

Amirudin Rahman
INFAQ Consultancy

Awak, ye awak! Nak pinjam masa awak sekejap boleh? Saya ada soalan. Adakah awak ketua keluarga, suami atau anak yang men...
07/09/2022

Awak, ye awak! Nak pinjam masa awak sekejap boleh?

Saya ada soalan. Adakah awak ketua keluarga, suami atau anak yang menyara keluarga?

Saya nak bawa awak berfikir kejap. Pernah tak kita terfikir apa akan terjadi pada keluarga andai kita pergi dulu?

Macam mana diorang nak teruskan hidup? Cukup ke simpanan kita ni?

1 - Bukan untuk takutkan sesiapa, tapi satu hari nanti ajal kita akan sampai. Selain dari persediaan kita untuk ke alam lain, adakah persediaan untuk keluarga yang kita tinggal mencukupi?

2 - Sebab tu pelan Hibah ini dicipta untuk membantu selesaikan masalah awak. Tabungan awak setiap bulan bukan untuk diri awak, tapi untuk masa depan keluarga awak andai awak pergi dahulu.

3 - Sekarang ni pelbagai pakej Hibah yang ditawarkan dari Takaful mengikut kemampuan awak.

4 - Bayaran sebulan serendah RM100. Tapi jumlah pampasan maksimum boleh pergi sampai RM1.2 juta.

5 - Kini tersedia untuk Pampasan Sakit Kritikal juga.

Apa kelebihan yang awak akan dapat bila anda sign up hari ni?

i) Boleh buat permohonan online.
ii) Wang tenang telah tersedia.

Klik https://kliksini.my/Hibah4x
Klik https://kliksini.my/Hibah4x
Klik https://kliksini.my/Hibah4x

06/09/2022

Adakah hibah takaful anda sudah secure?

Lihat situasi di bawah.

Isteri pujuk suami untuk sign up polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri ada kesedaran tapi suami tak ada kesedaran.

Selepas dipujuk-pujuk, suami pun bersetuju. Siapa tak sayang bini kan?

Suami pun langgan polisi takaful, dan letakkan nama isteri sebagai penerima hibah.

Buat masa ini, Isteri sudah rasa secure.

Tapi sebenarnya masih belum. Kenapa?

Ada beberapa kemungkinan;
1. Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse.

2. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain tanpa pengetahuan isteri.

Kedua-dua situasi berlaku tanpa pengetahuan isteri.

Apa solusi terbaik untuk mengelakkan ia terjadi?

Lihat komen.

Kalau ada, cukup tak?Apabila berlaku musibah kematian atau pun lumpuh kekal, terutama kepada pencari nafkah, apa yang ak...
05/09/2022

Kalau ada, cukup tak?

Apabila berlaku musibah kematian atau pun lumpuh kekal, terutama kepada pencari nafkah, apa yang akan terhenti adalah pendapatan keluarga.

Ketika pendapatan keluarga terhenti, segala perbelanjaan tetap bulanan tidak dapat dibelanjakan. Ini mengakibatkan defisit atau negatif dalam aliran tunai kewangan keluarga.

Jika pencari nafkah tersebut mempunyai perlindungan polisi Takaful, berapakah jumlah perlindungan polisi yang sepatutnya diambil?

Maka, bagi mengelakkan berlakunya perkara di atas, jumlah perlindungan yang paling ideal adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan. Bermaksud, waris masih akan menerima jumlah pendapatan yang sama sebulan bekerja, selama 10 tahun.

Sebagai contoh, seseorang yang berpendapatan RM2,000 sebulan, perlu menyediakan RM2,000x12x10 bersamaan dengan RM240,000 jumlah perlindungan polisi Takaful melalui penamaan Hibah Takaful. Dimana, Jika dibuat melalui penamaan Hibah Takaful, pampasan tersebut diserahkan terus kepada waris contohnya Isteri.

Di Takaful Ikhlas, untuk jumlah perlindungan sebanyak RM240,000 untuk tempoh perlindungan 20 tahun, bagi lelaki berumur 30 tahun, tidak merokok dan bekerja di pejabat hanyalah RM 56 sebulan. Hanya peruntukkan RM1.87 sehari untuk mendapatkan perlindungan kewangan sepanjang tempoh polisi berkuatkuasa.

Apa pendapat anda? Jika ada polisi Takaful, cukup tak? Anda boleh buat semakan semula. Jika jumlah perlindungan polisi sedia ada tidak mencukupi, boleh tambah polisi.

Ada tak bila meninggal dunia, pendapatan masih berjalan? Jikalau ada, pasti tidak dapat menyamai pendapatan semasa masih hidup sebagai contoh faedah terbitan.



Amirudin Rahman
INFAQ Consultancy

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 65. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
30/08/2022

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 65. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apabila kita menggunakan medical card untuk masuk hospital, antara soalan yang akan diajukan ialah:"Berapa limit medical...
27/08/2022

Apabila kita menggunakan medical card untuk masuk hospital, antara soalan yang akan diajukan ialah:

"Berapa limit medical card ni boleh cover?"

"Berapa harga bilik yang layak?"

"Dapat masuk bilik 1 katil atau kena kongsi bilik 4 orang?"

Soalan yang tidak akan ditanya:

"Berapa saving medical card saya?"

"Kompeni takaful saya ni dapat no berapa apa tahun ni?"

"Ejen saya dapat award apa tahun ni?"

Jadi, apabila membuat perbandingan Takaful medical card, fokus 3 faktor ini sebagai asas perbandingan.

1. Caruman
2. Had bilik
3. Limit tahunan (bukan limit seumur hidup)

Sebab, kita mahukan coverage limit tahunan dan bilik paling besar dengan caruman paling mampu milik.

Limit tahunan lebih penting dari limit seumur hidup kerana itulah kos yang bakal ditanggung oleh medical card.

Manakala had bilik p**a memberikan keselesaan bilik dan hospital yang bakal kita duduki nanti.

Kemudian barulah masuk faktor-faktor lain;

4. Limit seumur hidup (tak pernah lagi jumpa kes pelanggan habis limit seumur hidup. Habis limit tahunan biasa jumpa)

5. Ada waiver atau tak (kalau tak ada pun, boleh back up dengan coverage Critical illnes dalam polisi income protection)

6. Elaun hospital (tak ada pun, tidak menjejaskan kecuali bekerja sendiri)

7. Hospital panel (kena ikut lokasi kita tinggal)

8. Ko-takaful, ko-payment (ada pro & con)

9. Cash value (kalau nak cash value banyak, simpan dalam bank)

10. Brand / kompeni (semua kompeni ada SOP dan dikawal selia BNM. Dan semua kompeni akan reject claim kalau tak layak)

11. Medical card stand alone atau rider (yg penting coverage, bukan jenis)

Amirudin Rahman
Infaq Consultancy

Dah ada Medical Card?Klik https://kliksini.my/fEOZzBoleh consider Plan Medical Card Comprehensif SEMUA dalam dalam 1 pol...
18/07/2022

Dah ada Medical Card?
Klik https://kliksini.my/fEOZz

Boleh consider Plan Medical Card Comprehensif SEMUA dalam dalam 1 polisi.

Medical card UNLIMITED!
+ Hibah takaful RM100,000
+ Manfaat lumpuh TPD RM100,000
+ Manfaat penyakit kritikal RM50,00
+ Elaun hospital swasta RM100
+ Elaun hospital RM250
+ Manfaat waiver / bayaran dikecualikan apabila berlaku lumpuh atau penyakit kritikal
+ Manfaat lumpuh TPD dan penyakit kritikal adalah BERASINGAN
+ Manfaat badal haji bagi yang beragama Islam

Agak-agak, berapa yang pelanggan kena bayar untuk semua manfaat di atas?

Yelah, medical card ada, hibah ada, elaun hospital swasta pun ada. Tak masuk lagi manfaat-manfaat lain.

Paling kurang biasanya dalam RM250 ke RM400 sebulan jika berusia 30 tahun.

Tapi sempena PROMOSI, semua ini hanya RM199 sahaja sebulan, bagi peserta berusia 30 tahun.

Tengok, apa lagi manfaat medical card ini:

: Tiada limit seumur hidup
: Limit tahunan RM170,000
: Room & Board RM150
(tiada had hari)
: ICU (tiada had hari)
: Pembedahan
: Yuran pakar bius & bilik bedah
: Lawatan doktor (maksimum 2x sehari)

Rawatan sebelum kemasukan ke Hospital
(60 hari sebelum)
: Yuran consultation pakar
: Ujian diagnostik
: Pendapat kedua pembedahan

Rawatan Selepas Masuk Hospital
: Penjagaan di Rumah (RM120/hari utk setahun)
: Pembedahan Harian
: Yuran Ambulan
: Rawatan pesakit luar akibat kemalangan
: Rawatan pesakit luar Fisioterapi, Akupuntur & Bekam (RM1,500 setiap hilang upaya selepas masuk hospital)

Rawatan Pesakit Luar Kanser & Dialisis Buah Pinggang
- tambahan had tahunan keseluruhan (RM500,000 seumur hidup)
: Pemindahan Organ (sekali seumur hidup)
: Elaun Pesakit Luar Kemoterapi, Radioterapi & Dialisis (RM100 sehari, maksimum RM1,000/tahun & RM10,000 seumur hidup)

: Rawatan Perubatan Tradisional akibat kemalangan (RM200 - 48jam lepas kemalangan)
: Lensa Intrakular (RM3,000 setiap mata & maksimum RM6,000 seumur hidup)
: Manfaat Imunisasi Haji/Umrah/Influenza (RM300 setiap 3 tahun)
: Diagnos kanser kali pertama (tunai RM10,000)
: Dialisis Buah Pinggang Keseluruhan kali pertama (tunai RM10,000)
: Elaun hospital kerajaan (RM150/hari)
: Yuran Laporan Perubatan (Maksimum RM100)

BONUS
: 50% dari Bilik & Penginapan yg tidak digunakan akan dibyr semula tertakluk kepada RM50 minimum & RM5,000 maksimum setahun
: kenaikan 10% dari harga bilik jika tiada apa2 tuntutan setiap 2 tahun

Amacam? Nak diskus lanjut boleh klik link
https://kliksini.my/fEOZz
https://kliksini.my/fEOZz

Amirudin Rahman
Perunding Takaful anda

Boleh bermula awal untuk pelan tabung persaraan anak. Tak perlu lagi tunggu bila anak dah mula bekerja.
27/04/2022

Boleh bermula awal untuk pelan tabung persaraan anak. Tak perlu lagi tunggu bila anak dah mula bekerja.

DAFTARKAN AKAUN KWSP UNTUK ANAK BERUSIA 14 TAHUN KE ATAS + RM250 INSENTIF KERAJAAN.

Saya agak ketinggalan 'bas' kerana baru tahu yang individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah untuk tujuan simpanan jangka panjang dan TIDAK perlu tunggu apabila mula bekerja.

☑️ Malah jika buka sekarang, kerajaan ada insentif tambahan RM 250 (maksimum setahun), sebagai contoh kalau saya carumkan wang RM2000 sebagai contoh, kerajaan akan tambah RM 250 selaku galakkan, di bawah insentif skim i-Saraan.

☑️ Saya juga telah mencadangkan agar KWSP turut memberi ruang kepada individu yang berusia di bawah 14 tahun.

☑️ Maka hari ini, saya sempat bawa anak perempuan saya berusia 15 tahun mendaftar sebagai ahli KWSP.

☑️ Pendaftaran p**a boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

☑️ Jika anda ingin daftarkan anak anda, begini caranya

1. Daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kiosk di mana-mana cawangan.
2. Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.
3. Biasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana.
4. Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun SImpanan Shariah.
5. Setelah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan ( caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan) p**a, mereka akan bantu terus juga.

✅ Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Shariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).

✅ Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah melalui online banking saya, nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.

✅ Sumbangan ini TIDAK WAJIB dibuat SECARA BULANAN.

✅ Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.

Dengan melihat kepada dividen KWSP simpanan Shariah, berbanding perbankan Islam dan lain-lain simpanan, kelihatan lebih berbaloi menyimpan di KWSP simpanan Shariah di waktu ini.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Jom sertai group saya di
https://t.me/DrZaharuddinGroup

Download info i-saraan di sini https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131466/Persaraan_bm.pdf/e289ee8b-792b-3f27-add9-caa1539543d6

Selamat menunaikan ibadah puasa bagi umat Islam seluruh Malaysia khususnya.Semoga diberi keampunan dan keredhaan Allah s...
03/04/2022

Selamat menunaikan ibadah puasa bagi umat Islam seluruh Malaysia khususnya.

Semoga diberi keampunan dan keredhaan Allah swt serta dapat meningkatkan iman dan taqwa.

Ramadhan kareem.

Address

Wangsa Maju

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amirudin Rahman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Amirudin Rahman:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram