Lovina Clinic

Lovina Clinic All about loving yourself

23/02/2026

Cuba tunduk dan picit sikit perut anda sekarang. Lembik ke, tegang ke, atau keras macam bola sepak?

Selalu sangat orang cop perut buncit ni tanda suami isteri tengah bahagia atau sebab melantak nasi tambah. Padahal, perut kita ni macam dashboard kereta. Bentuk buncit yang berbeza bawa maksud masalah dalaman yang berbeza!

Jangan main redah je buat senaman sit-up 100 kali sehari, tapi buncit tak hilang juga sebab anda salah 'baca' jenis perut.

Mari kenal pasti 4 Jenis Perut Buncit dan apa maknanya:

1. Buncit Angin (The Bloated Belly)
Ciri-ciri: Waktu bangun pagi perut kempis elok je, tapi makin petang dia makin membesar dan tegang. Rasa penuh dan asyik nak sendawa atau kentut.
Punca: Usus anda sensitif. Boleh jadi sebab alergi susu (lactose intolerance), makan makanan bergas (kobis, kacang), atau makan terlalu laju sampai tertelan angin.
Cara Rawat: Kurangkan makanan bergas, kunyah makanan perlahan-lahan, dan ambil probiotik.

2. Buncit Stres (The Hormonal/Cortisol Belly)
Ciri-ciri: Perut buncit melondeh kat bahagian bawah pusat (macam tayar ganti/pouch) walaupun kaki dan tangan anda kurus!
Punca: Anda terlalu stres, kurang tidur, atau ada masalah hormon (macam PCOS bagi wanita). Badan keluarkan hormon kortisol dan kumpul lemak kat perut sebagai langkah 'berjaga-jaga'.
Cara Rawat: Tidur kena cukup 7-8 jam! Kurangkan kopi dan cari cara untuk kawal stres (me-time). Sit-up takkan jalan kalau otak masih stres.

3. Buncit Air (The Fluid Belly)
Ciri-ciri: Perut nampak menggeleber. Kadang-kadang jari tangan dan kaki pun rasa bengkak sikit dan ketat bila pakai cincin/kasut.
Punca: Anda kuat makan masin. Kicap, belacan, ikan masin, keropok, mi segera. Garam (sodium) yang tinggi akan pegang air dalam badan dan tak nak lepaskan.
Cara Rawat: Potong makanan masin dan banyakkan minum air kosong. Ya, minum air untuk buang air yang terperangkap!

4. Buncit Keras (The Visceral Fat Belly)
Ciri-ciri: Perut bulat ke depan dan bila ditekan, ia rasa PADAT dan KERAS macam tayar pam penuh.
Punca: Ini jenis paling bahaya! Lemak bukan bawah kulit, tapi lemak bersalut pada organ dalaman (hati, usus). Punca utama ialah gula, air manis, dan alkohol. Tiket VIP ke kencing manis dan sakit jantung.
Cara Rawat: Kena potong gula terus, buat intermittent fasting (puasa), dan wajib bersenam (kardio) untuk bakar lemak organ.

Dah picit perut tu? Anda tergolong dalam kumpulan buncit yang mana satu?

19/02/2026

Bahaya Trend Viral TikTok: Campur 'Glycolic Acid' & Krim Nivea Untuk Putihkan Ketiak & Leher. Awas Melecur!

Peti masuk (inbox) kami dihujani dengan soalan tentang satu trend viral: "Selamat ke sapu Glycolic Acid kat ketiak, leher, dan celah peha, lepas tu lapik dengan krim Nivea tebal-tebal nak bagi cepat putih?"

Jawapan pakar kulit (Dermatologist) adalah: TOLONG JANGAN BUAT KERJA GILA INI! Anda sebenarnya sedang mencipta 'bom jangka' yang akan membakar kulit anda sendiri.

Mari kita fahamkan sains di sebalik bahan ini:

1. MOLEKUL GLYCOLIC ACID SANGAT HALUS (Cepat Meresap)
Glycolic Acid adalah asid pengelupasan (AHA) yang mempunyai saiz molekul paling kecil. Ia meresap ke dalam kulit dengan sangat pantas dan dalam. Kulit di bahagian lipatan seperti ketiak, leher, dan celah kelengkang adalah SANGAT NIPIS. Sapuan asid ini secara terus akan menyebabkan hakisan yang tajam.

2. 'FORMULA MAUT' BILA DICAMPUR KRIM NIVEA
Krim pelembap seperti Nivea (terutamanya dalam tin biru) bersifat 'Occlusive' (kedap udara dan air).
Bila anda sapu asid pada kulit nipis, kemudian anda 'tutup' asid itu dengan krim kedap yang tebal, asid itu terperangkap dan dipaksa meresap jauh lebih dalam ke dalam daging. Kesannya? Kulit anda akan melepuh, merah menyala, dan MELECUR TERUK (Chemical Burn)!

3. KESAN 'REBOUND' (Makin Hitam Legam)
Kulit ketiak dan leher yang melecur akibat asid ini akan mengalami keradangan. Bila luka ini mula sembuh, sel pigmen akan panik dan merembeskan melanin berganda-ganda (Post-Inflammatory Hyperpigmentation - PIH). Niat asal nak bagi putih, tapi akhirnya kawasan tu bertukar jadi hitam berkerak dan lebih gelap dari sebelum ini!

4. AMARAN KERAS: JANGAN SAPU PADA KANAK-KANAK!
Kulit kanak-kanak jauh lebih nipis dan sensitif berbanding orang dewasa. Sapuan asid akan menyebabkan mereka kesakitan yang amat sangat.
Fakta Perubatan: Leher atau ketiak berkerak hitam pada kanak-kanak (terutamanya yang berisi/obesiti) selalunya BUKAN DAKI! Ia adalah kondisi perubatan bernama 'Acanthosis Nigricans'. Ini adalah petanda awal badan anak anda mengalami Rintangan Insulin (risiko Kencing Manis). Pergi bawa anak jumpa doktor untuk periksa darah, BUKAN sental leher mereka dengan asid!

S.O.P SELAMAT UNTUK KAWASAN GELAP:
Jika nak cerahkan kawasan pelipat, memadai gunakan losyen badan biasa yang mengandungi peratusan Niacinamide atau Lactic Acid yang sangat rendah. Jangan ikut trend semberono.

Tolong kongsikan amaran ini dan tag ahli keluarga anda sekarang. Jangan jadikan badan anda dan anak-anak sebagai makmal uji kaji produk viral.

Selamat menyambut Ramadan. Semoga Ramadan ini memberi nur pada hati, dan glow ✨pada kesihatan anda—dari dalam ke luar ku...
19/02/2026

Selamat menyambut Ramadan. Semoga Ramadan ini memberi nur pada hati, dan glow ✨pada kesihatan anda—dari dalam ke luar kulit 💫

Telomere .
16/02/2026

Telomere .

14/02/2026

💘 Every Valentine’s Day, we return to a story that reminds us why skin checks matter.

Love, coincidence, and awareness come together in the remarkable case of two partners diagnosed with melanomas in the same anatomical location, on February 14.
Because of this striking synchronicity, the case became known as “Saint Valentine’s melanoma.”

Beyond the poetic timing, the message is serious: melanoma can affect anyone, and early detection saves lives.
So while today celebrates love, let it also be a reminder to check your skin and encourage those you love to do the same.

Read this incredible story 👉 https://bit.ly/4pRWrem

30/01/2026

Nak kulit putih melepak, tapi dapat tiket ke unit dialisis?

Trend "Drip Vitamin C" untuk memutihkan kulit semakin menjadi-jadi. Pakej murah, janji manis "sekali cucuk terus *glowing*". Tapi ramai tak tahu risiko ngeri di sebalik jarum tersebut.

Vitamin C (Asid Askorbik) adalah vitamin larut air. Badan manusia hanya perlukan dos yang sangat kecil (sekitar 70-90mg sehari). Makan sebiji oren pun dah cukup!

Apa jadi bila anda paksa masuk 1000mg - 5000mg terus ke dalam darah?

1. Beban Buah Pinggang (Batu Karang)
Badan tak boleh simpan lebihan Vitamin C. Ia MESTI dibuang melalui air kencing. Lebihan Vitamin C ini akan bertukar menjadi "Oxalate". Bila Oxalate bertemu Kalsium dalam buah pinggang, ia membentuk BATU KARANG (Kidney Stones) yang tajam.

2. Rosak Saluran Darah (Phlebitis)
Larutan Vitamin C berdos tinggi bersifat asid. Bila disuntik terus ke vena, ia boleh menyebabkan dinding salur darah radang, bengkak, dan keras.

3. Risiko Maut (Anaphylactic Shock)
Jika anda alah pada bahan pelarut atau bahan tambahan dalam "cocktail" pemutih tu, anda boleh kena renjatan anafilaksis. Jantung berhenti, sesak nafas. Kalau buat di rumah atau spa tanpa doktor, siapa nak tolong *resuscitate*?

Ingat, KKM TIDAK pernah meluluskan sebarang suntikan Vitamin C untuk tujuan kosmetik/memutihkan kulit.

Biarlah kulit sawo matang, asalkan buah pinggang sihat sampai tua.

Hyperhidrosis
26/01/2026

Hyperhidrosis

Nak salam orang rasa segan, sebab tangan basah lencun macam baru lepas cuci pinggan.
Pegang kertas sekolah pun jadi lembik.

Keadaan di mana tapak tangan (dan kadangkala tapak kaki) berpeluh secara melampau ini dipanggil HYPERHIDROSIS.
Ia bukan sebab anak anda pengotor, dan ia BUKAN tanda sakit jantung (Lemah Jantung) seperti yang sering digembar-gemburkan oleh orang tua-tua.

Kenapa ia berlaku?
Ia berpunca daripada sistem saraf simpatetik yang 'terlebih rajin'.
Saraf ini menghantar signal kepada kelenjar peluh di tangan untuk keluarkan peluh walaupun cuaca tak panas dan anak tak berlari pun.
Bila anak rasa gementar (nervous) atau malu, peluh akan keluar lagilah banyak sampai menitis-nitis.

Kesan Psikologi Kepada Anak:
1. Antisosial: Malu nak bersalam atau pegang tangan kawan.
2. Susah Belajar: Kertas peperiksaan basah, pen licin nak pegang.
3. Stress: Takut orang ejek tangan 'berlendir'.

Apa Boleh Buat?
1. Antiperspirant Khas: Deodoran bukan untuk ketiak saja. Ada jenis 'Clinical Strength Antiperspirant' (mengandungi Aluminium Chloride) yang boleh disapu pada tapak tangan sebelum tidur. Ia membantu 'sumbat' kelenjar peluh buat sementara.
2. Sapu Tangan: Bekalkan anak dengan sapu tangan kecil (handkerchief) dalam poket sentiasa untuk lap sebelum bersalam.
3. Jumpa Dermatologi: Jika peluh sampai menitis (dripping) dan ganggu aktiviti harian, bawa jumpa pakar kulit. Ada rawatan seperti Iontophoresis (rendam tangan dalam air beralis elektrik lemah) atau suntikan Botox yang sangat berkesan.

Jangan marah anak atau cakap "Ee gelinya". Mereka tak minta jadi macam tu. Bagi sokongan emosi.

Choose wisely
23/01/2026

Choose wisely

Masihkah anda ingat kisah benar ini? Hasrat nak cantik untuk suami akhirnya bawa maut di bilik hotel.

Seorang wanita muda dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas mendapatkan rawatan membesarkan payudara daripada seorang pakar kecantikan tidak bertauliah. Miatnya murni, ingin nampak cantik untuk suami. Tapi prosedur yang disangka mudah bertukar tragedi apabila bahan suntikan tersebut dipercayai memasuki saluran darah dan menyerang paru-paru.

Dada rasa sesak, sakit yang amat sangat, dan akhirnya ajal menjemput.

Ini bukan kes terpencil. Di wad pembedahan sering menerima pesakit yang payudara mereka sudah hancur, bernanah, dan berlubang akibat suntikan filler haram ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Tolonglah faham kenapa prosedur filler payudara ini dilarang keras dari sudut perubatan dan haram di sisi agama jika ia memudaratkan.

Kenapa ia dipanggil 'Bom Jangka' dalam badan?

1. Bahan Suntikan Misteri
Pengamal haram selalunya dakwa mereka guna Vitamin C atau Stem Cell. Bohong. Kebanyakannya adalah silikon industri, minyak bayi, atau filler muka yang tidak sesuai untuk payudara. Bahan ini kotor dan najis dari segi perubatan bila masuk ke dalam badan.

2. Ia Meresap Macam Air Ke Span
Berbeza dengan implan perubatan yang ada dinding atau shell, filler ini cecair. Bila suntik, ia meresap masuk celah otot, lemak, dan kelenjar susu. Ia sebati dengan daging.

3. Risiko Mastektomi atau Buang Payudara
Bila berlaku jangkitan kuman, payudara akan membengkak dan bernanah. Doktor tak boleh sedut keluar filler tu sebab ia dah bercampur dengan daging. Jalan terakhir untuk selamatkan nyawa adalah potong buang payudara tersebut. Waktu itu, menyesal air mata darah pun tak guna.

Hukum mengubah ciptaan
Dalam Islam, mengubah bentuk badan untuk tujuan kecantikan semata-mata adalah haram. Apatah lagi jika ia membawa mudarat besar kepada nyawa (La darar wa la dirar).

Jangan gadaikan nyawa dan agama demi trend sementara. Cantik itu subjektif, tapi nyawa tiada ganti.

Alhamdulillah, Dr Lovina sharing featured dalam Utusan Malaysia (20 Jan 2026) 📰✨Topik: “Hormon lelaki berlebihan punca w...
20/01/2026

Alhamdulillah, Dr Lovina sharing featured dalam Utusan Malaysia (20 Jan 2026) 📰✨
Topik: “Hormon lelaki berlebihan punca wanita banyak bulu”

Kalau anda perasan bulu makin ketara (dagu/rahang/perut/bawah pusat), ini mungkin bukan “genetik” semata-mata. Antara punca yang selalu berkait:
✅ Hormon androgen tinggi
✅ PCOS (kadang-kadang bersama haid tak teratur)

Cabut/cukur boleh bantu sementara, tapi untuk hasil lebih kemas & selamat—pilihan seperti Laser / IPL / Electrolysis biasanya dinilai ikut jenis kulit, warna bulu & kawasan.

Nak kami semak kes anda dan cadangkan rawatan yang sesuai?
📩 DM untuk konsultasi 🤍

16/01/2026

Ada garis hitam misteri kat kuku ibu jari? Jangan ingat itu 'lebam' biasa. 💅⚫

Cuba belek kuku jari tangan dan kaki korang sekarang, terutamanya ibu jari.
Ada tak satu garisan hitam atau coklat memanjang dari pangkal ke hujung kuku?

Ramai yang buat tak tahu.
"Oh, ni tersepit pintu semalam ni."
"Ni kurang vitamin je ni."

Silap besar.

Benda ni sebenarnya tanda Subungual Melanoma.
Ia adalah sejenis kanser kulit yang sangat agresif.

Tahu tak, lagenda muzik Bob Marley meninggal dunia berpunca dari benda ni la.
Dia ada garis hitam kat kuku kaki. Dia ingat itu cuma luka sebab main bola sepak. Dia biarkan.
Bila dia jumpa doktor, kanser tu dah merebak sampai ke otak dan paru-paru. Dah terlambat.

Macam mana nak beza lebam vs kanser?
Tanda paling ketara ialah garisan tu takkan hilang walaupun kuku dah panjang dan dipotong berkali-kali. Malah, kulit di sekeliling kuku pun mungkin nampak gelap sikit.

Jadi tolong, kalau nampak garis pelik ni:
1. Jangan pergi manicure untuk tutup atau warnakan.
2. Terus jumpa doktor pakar kulit (Dermatologist) untuk cek.

Benda nampak kecil, tapi boleh ragut nyawa kalau lambat.

Tag kawan atau family korang. Suruh diorang cek kuku sekarang jugak. 👇

09/01/2026

The turning point isn't always the "after" photo. Sometimes, it's the moment you decide to seek help that actually listens. I chose Lovina Clinic because "personalized" meant they mapped my acne like a unique puzzle, not a one-size-fits-all problem. "Safe" meant treatments that healed without harming my skin barrier. This journey taught me that good skin isn't about perfection; it's about health. And healthy skin can finally breathe, heal, and feel like home. Your comeback story is waiting. Where will you write it?

09/01/2026

Drip hari Jumaat, Sabtu "Glowing", Ahad Masuk Wad? Hentikan kerja gila ini.

Malam Jumaat ni mesti ramai yang dah booking slot. Bukan slot futsal, tapi slot "Drip Putih" atau "Vitamin C Cocktail". Alasannya: "Esok Sabtu ada concert/kenduri/dinner. Nak nampak putih melepak, nak glowing instant."

Pakej pun murah. RM150 sekali cucuk. Boleh panggil datang rumah. Baring atas sofa, 'beautician' (yang tak ada tauliah perubatan) tolong cucuk cari urat.

Realiti Ngeri Di Sebalik 'Putih Segera'

- Buah Pinggang 'Jammed' (Acute Kidney Injury). Badan manusia hanya perlukan sedikit Vitamin C (sekitar 70-90mg sehari). Tapi dalam drip koktel ni, dos dia selalunya sangat tinggi (1000mg - 5000mg!). Bila berlebihan, ia akan mengkristal dalam buah pinggang jadi batu karang atau crystalluria. Lama-lama buah pinggang rosak kekal.

- Jangkitan Kuman Dalam Darah (Sepsis). Jarum tu steril ke? Teknik cucuk tu bersih ke? Campuran dalam botol tu bancuh kat dapur ke kat makmal? Sekali kuman masuk terus ke saluran darah (IV), risiko untuk dapat Sepsis sangat tinggi. Boleh bawa maut dalam masa 24 jam!

DRIP HARI JUMAAT, SABTU 'GLOWING', AHAD MASUK WAD? HENTIKAN KERJA GILA NI! 💉🚫🚑

Intro: Malam Jumaat ni mesti ramai yang dah booking slot. Bukan slot futsal, tapi slot "Drip Putih" atau "Vitamin C Cocktail". Alasannya: "Esok Sabtu ada kenduri/dinner. Nak nampak putih melepak, nak glowing instant."

Pakej pun murah. RM150 sekali cucuk. Boleh panggil datang rumah. Baring atas sofa, 'beautician' (yang tak ada tauliah perubatan) tolong cucuk cari urat.

Realiti Ngeri Di Sebalik 'Putih Segera':

Buah Pinggang 'Jammed' (Acute Kidney Injury): Badan manusia hanya perlukan sedikit Vitamin C (sekitar 70-90mg sehari). Tapi dalam drip koktel ni, dos dia selalunya GILA BABI (1000mg - 5000mg!). Bila berlebihan, ia akan mengkristal dalam buah pinggang jadi batu karang atau crystalluria. Lama-lama buah pinggang rosak kekal.

Jangkitan Kuman Dalam Darah (Sepsis): Jarum tu steril ke? Teknik cucuk tu bersih ke? Campuran dalam botol tu bancuh kat dapur ke kat makmal? Sekali kuman masuk terus ke saluran darah (IV), risiko untuk dapat Sepsis sangat tinggi. Boleh bawa maut dalam masa 24 jam!

Bahan Terlarang (Glutathione): KKM TIDAK PERNAH meluluskan penggunaan suntikan Glutathione untuk tujuan memutihkan kulit. Yang korang cucuk tu entah produk timbang kilo dari negara mana, kita tak tahu.

Matematik Mudah: Kos Drip Putih: RM150. Kos Rawatan Dialisis (Cuci Darah) seumur hidup: RM3,000 - RM4,000 sebulan.

Pesanan Admin: Biarlah kulit sawo matang, asalkan buah pinggang berfungsi elok. Tak guna kulit putih macam mayat, kalau akhirnya memang jadi mayat betul-betul atau terbaring sebelah mesin dialisis.

Cantik itu subjektif. Sihat itu wajib.

Fikirkan..

Kos Drip Putih: RM150.
Kos Rawatan Dialisis: RM3,000 - RM4,000 sebulan.

Nasihat min min, biarlah kulit sawo matang, asalkan buah pinggang berfungsi elok.

Tak guna kulit putih macam mayat, kalau akhirnya memang jadi mayat betul-betul atau terbaring sebelah mesin dialisis.

Cantik itu subjektif. Sihat itu wajib.

Address

No 6, Lorong Dataran Wangsa 1
Wangsa Maju
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

601156739627

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lovina Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Lovina Clinic:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

all about loving yourself

https://lovinaclinic.com/