Kiddoscape Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak

Kiddoscape Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak No Pendaftaran: CT0132169-T
(2)

Selamat Hari Pekerja & Salam Long Weekend 🌿Kami di Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak Kiddoscape ingin mengucapkan ...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja & Salam Long Weekend 🌿

Kami di Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak Kiddoscape ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang bekerja keras setiap hari β€” ibu bapa, guru, terapis, dan semua individu yang memberi yang terbaik dalam peranan masing-masing.

Alhamdulillah β€˜ala kulli hal, semoga setiap usaha kecil dan besar kita menjadi sesuatu yang bermakna ❀️

Selamat berehat bersama keluarga tersayang. Semoga long weekend ini memberi ruang untuk recharge, refleksi, dan kembali dengan semangat yang lebih segar ✨

Jumpa lagi selepas cuti!
β€” Team Kiddoscape

17/03/2026

Raya seronok, tapi boleh jadi mencabar untuk anak-anak.

Perubahan rutin, rumah penuh orang, suasana bising, semua ini boleh buat anak rasa terlalu terangsang (overwhelmed).

Di Kiddoscape, kami kongsikan beberapa tips mudah supaya sambutan Raya lebih tenang untuk anak dan ibu bapa πŸŒ™

Raya tak perlu sempurna.
Yang penting anak rasa selamat dan difahami.

Makluman untuk semua ibu bapa Kiddoscape πŸ’™πŸ’›Pusat terapi kami akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula pada 20 M...
17/03/2026

Makluman untuk semua ibu bapa Kiddoscape πŸ’™πŸ’›

Pusat terapi kami akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula pada 20 Mac 2026 (Jumaat).

InsyaAllah kami akan beroperasi semula pada hari Rabu 25 Mac 2026. Jumpa semula selepas raya! πŸŒ™βœ¨

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menunaikan Ibadah Puasa βœ¨πŸŒ™Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak Kiddosc...
18/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menunaikan Ibadah Puasa βœ¨πŸŒ™

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak Kiddoscape ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada semua ibu bapa, anak-anak serta warga komuniti.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat, keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. Semoga setiap amalan yang dilakukan diterima dan dipermudahkan, serta kita dikurniakan kesabaran, kesihatan dan ketenangan sepanjang menjalani ibadah puasa.

Buat anak-anak hebat Kiddoscape, semoga terus bersemangat belajar, berlatih dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari πŸ’›πŸ’™

Ikhlas daripada,
Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak Kiddoscape

[Makluman Penutupan Sempena Awal Ramadan]Assalamualaikum.Dimaklumkan bahawa Kiddoscape akan ditutup pada 19 Februari 202...
18/02/2026

[Makluman Penutupan Sempena Awal Ramadan]

Assalamualaikum.

Dimaklumkan bahawa Kiddoscape akan ditutup pada 19 Februari 2026 (Khamis) dan akan beroperasi semula pada 22 Februari 2026 (Ahad).

Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp 010-3130 544.

Terima kasih, semoga ibadah kita sepanjang Ramadan diterima Allah SWT πŸŒ™

14/02/2026

Hari ni team Kiddoscape join webinar Wafa’s Integrated Developmental Matrix (WIDEM) 🧠✨

Lepas webinar, kami terus buat latihan hands-on dengan anak. Alhamdulillah, mudah faham dan praktikal untuk digunakan dalam sesi intervensi πŸ’™πŸ’›

Terima kasih OT Aabidah atas perkongsian kerangka penilaian WIDeM yang sangat jelas dan tersusun.

Semoga ilmu ini terus memberi manfaat besar, terutamanya untuk anak-anak yang hadir ke Kiddoscape!

Alhamdulillah β€˜ala kulli hal.

Alhamdulillah ✨EIP pertama kami di Yan, Kedah telah bermula!Terima kasih ibu bapa atas kepercayaan dan kerjasama. 🀍Insya...
21/01/2026

Alhamdulillah ✨
EIP pertama kami di Yan, Kedah telah bermula!
Terima kasih ibu bapa atas kepercayaan dan kerjasama. 🀍
InsyaAllah kita teruskan perjalanan perkembangan anak bersama.

πŸ“© whatsapp untuk maklumat lanjut.
010-313 0544

πŸ“ PERHATIAN KEPADA IBU BAPA DI SEKITAR β€’ Yan β€’ Guar Chempedak β€’ Gurun β€’ Alor Setar β€’ Pendang β€’ Anak akan masuk sekolah a...
23/12/2025

πŸ“ PERHATIAN KEPADA IBU BAPA DI SEKITAR
β€’ Yan β€’ Guar Chempedak β€’ Gurun β€’ Alor Setar β€’ Pendang β€’

Anak akan masuk sekolah atau sedang bersekolah tetapi masih perlukan sokongan pembelajaran?

Program Intervensi Awal (EIP) boleh jadi pilihan terbaik untuk bantu perkembangan anak anda.

🌟 Kelas EIP sesuai untuk anak yang:
βœ”οΈ Lambat bercakap atau sukar berkomunikasi
βœ”οΈ Sukar fokus & ikut arahan
βœ”οΈ Lemah motor halus / tulisan tangan
βœ”οΈ Perlu sokongan kognitif & akademik awal
βœ”οΈ Perlukan bimbingan sosial & pengurusan diri
βœ”οΈ Memerlukan sokongan tambahan sebelum masuk sekolah

🧠 Apa yang kami tawarkan:
β€’ Rancangan Pengajaran Individu (IEP)
β€’ Pembelajaran berasaskan bermain
β€’ Sesi individu & kumpulan kecil
β€’ Nisbah kecil (1 guru : 4 murid)
β€’ Kolaborasi OT, ST & Guru Intervensi
β€’ Penglibatan ibu bapa secara aktif

πŸ‘Ά Untuk kanak-kanak usia 3 – 12 tahun

✨ Intervensi awal membantu anak lebih bersedia ke sekolah

πŸ“ž Hubungi kami untuk info lanjut & temujanji penilaian:
πŸ“² 010-313 0544

πŸ“ŒUntuk pertanyaan atau perbincangan lanjut, sila dapatkan temujanji sebelum hadir ke pusat terapi kami:
KOMPLEKS PERNIAGAAN SETANJUNG JAYA, SUNGAI LIMAU DALAM, YAN KEDAH
(deretan rumah kedai yang sama dengan MR. DIY dan 99 Speedmart)

⏳Daftar segera! Slot terhad.

οΏΌπŸ¦πŸ¦–πŸ£Messy Zoo Party di Kiddoscape! πŸŽ¨πŸ’¦Main sampai comot pun tak pa πŸ˜† sebab masa tu lah anak-anak tengah belajaq sungguh-s...
11/11/2025

οΏΌπŸ¦πŸ¦–πŸ£Messy Zoo Party di Kiddoscape! πŸŽ¨πŸ’¦

Main sampai comot pun tak pa πŸ˜† sebab masa tu lah anak-anak tengah belajaq sungguh-sungguh!

Messy play ni bukan saja seronok, tapi banyak sangat manfaat:
πŸ–οΈ Anak rasa macam-macam tekstur – lembik, licin, kasar, sejuk semua ada
🧠 Bantu deria & fokus anak
πŸ’¬ Kembang bahasa sebab banyak peluang sembang masa main
🀝 Belajaq kongsi & tunggu giliran

Hari tu memang meriah sungguh, ketuk-ketuk ais selamatkan haiwan, ada yang main beras warna-warni, ada juga yang excited sampai kaki pun dicelupnya! πŸ˜‚

Memang messy, tapi penuh gelak tawa.
Yang seronoknya, mak ayah pun tumpang join sekali, siap ada yang berlemoih lebih dari anak! 🀭
Tapi tu lah yang paling best, sebab masa macam ni lah mak ayah boleh bonding sungguh-sungguh dengan anak sambil main sama. 🌈

Berita baik untuk orang YAN, KEDAH!
Sekarang Messy Play pun dah ada di Kiddoscape Yan! πŸŽ‰
Kami akan buat sesi ni secara berkala, jadi jangan lepas peluang nak bagi anak enjoy aktiviti sensori yang seronok dan selamat ni!

πŸ“ Pusat Intevensi dan Terapi Kanak-Kanak Kiddoscape
πŸ“ž 010-313 0544
πŸ“© PM kami kalau nak join atau nak tahu bila sesi seterusnya!

24/10/2025

BismillahimasyaAllah.

Address

Sungai Limau Dalam
Yan
06910

Telephone

+60103130544

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kiddoscape Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kiddoscape Pusat Intervensi dan Terapi Kanak-Kanak:

Share