
18/12/2023
3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mula Melabur Saham Sekarang!
1. Persediaan untuk masa hadapan yang lebih baik.
π Permasalahan yang sering dibahaskan oleh ramai ialah berkaitan peningkatan kos sara hidup.
π Kenaikan harga barang yang tidak seiring dengan kadar kenaikan gaji menyebabkan ramai yang rasa terbeban dengan keadaan ini.
2. Dapat menambah pendapatan sampingan tanpa perlu bekerja.
π Anda hanya perlukan ilmu, modal, internet dan devices (smartphone/laptop/PC) untuk melabur saham.
π Bahkan melalui pelaburan saham, anda boleh menjana keuntungan walaupun sedang tidur.
π Pelaburan saham juga merupakan 1 perniagaan. Keistimewaan perniagaan ini ialah anda tidak perlu pikirkan masalah produk, marketing, pekerja, kos sewa premis, pelanggan dan sebagainya.
3. Turunkan ilmu pelaburan saham kepada generasi seterusnya.
π Walaupun sekarang ramai yang sudah celik ilmu pelaburan saham, tetapi masih ramai lagi dikalangan masyarakat yang masih tidak kenal dengan pelaburan saham.
π Salah satu sebab perkara ini berlaku adalah disebabkan kurangnya pendedahan terhadap bidang pelaburan saham.
π Ramai pelabur yang baru mengenal bidang pelaburan saham meluahkan penyesalan kerana tidak mula melabur sejak dari awal lagi.
π Ini kerana, untuk mahir dalam pelaburan saham memerlukan masa. Semakin cepat anda mula melabur, semakin cepat anda akan mendapat manfaatnya.
π Jadi jangan bertangguh lagi, ambil tindakan segera! Belajarlah cara untuk melabur saham bermula dari sekarang!