29/04/2026
NAK ELAK DEMAM DI TANAH SUCI? IKUTI TIPS MUDAH INI
Ada yang tunggu bertahun-tahun untuk sampai… tapi bila dah jejak kaki di Tanah Suci, belum sempat buat banyak ibadah, badan dah mula “jatuh”.
Tekak mula pedih. Badan jadi berat. Ibadah yang sepatutnya penuh fokus, terpaksa dibuat dalam keadaan menahan lemah.
Waktu itu baru terasa tapi kesihatan bukan perkara kecil.
Di sana, tubuh kita diuji tanpa kita sedar.
Cuaca yang berbeza, panas yang berpanjangan, air yang tak sama seperti biasa… semuanya beri kesan perlahan-lahan.
Dan selalunya, puncanya bukan perkara besar.
Cuma perkara kecil yang kita anggap remeh.
🟡Minum air terlalu sejuk sebaik sampai.
🟡Kurang minum air sebab tak rasa haus.
🟡Terlalu lama di bawah panas tanpa perlindungan.
Nampak biasa… tapi inilah yang buat badan cepat “drop”.
Kalau dari awal kita lebih berjaga-jaga, banyak perkara boleh dielakkan.
Mulakan dengan langkah yang sederhana:
☘️Biasakan minum air suhu biasa, bukan terlalu sejuk.
☘️ Lindungi diri daripada panas dengan payung atau rehat bila perlu.
☘️ Jaga pemakanan harian. Amalkan makanan yang ringan dan sihat, elakkan terlalu pedas atau berminyak.
Dan untuk bantu badan kekal kuat sepanjang ibadah,
boleh mula amalkan satu sudu madu setiap pagi sebagai ikhtiar tingkatkan imuniti dan tenaga.
Madu pergunungan seperti madu Kyrgyzstan dari Olive House boleh dijadikan pilihan untuk kekal bertenaga sepanjang di Tanah Suci kerana ia mengandungi nutrisi yang tinggi iaitu antioksidan (Polyphenol), Potassium, Vitamin B2, dan Vitamin B3.
Di Tanah Suci, bukan siapa paling kuat…
tapi siapa yang paling bijak menjaga diri untuk terus beribadah.
Semoga setiap langkah dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik, dan ibadah dapat dilakukan dengan penuh ketenangan.