08/01/2021
KENALI KOLESTEROL
Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah.
Di samping organ hati manusia yang menghasilkan kolesterol ini, ia juga boleh didapati di dalam sesetengah makanan seperti daging merah, keju mengandungi lemak yang tinggi, mentega dan telur.
Ketahuilah kolesterol penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, umpamanya untuk pencernaan makanan, penghasilan hormon serta vitamin D.
Bagaimanapun, perlu diingatkan paras kolesterol yang tinggi di dalam darah mungkin boleh menyebabkan penyakit jantung atau kardiovaskular (CVD) termasuk serangan jantung dan strok.
Kolesterol mungkin wujud dalam 2 bentuk iaitu kolesterol “high-density lipoprotein” (HDL-C atau kolesterol baik) dan kolesterol “low density lipoprotein” (LDL-C atau kolesterol jahat).
Peranan HDL adalah untuk mengambil kolesterol dari tisu ke hati untuk disingkirkan daripada tubuh yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, sementara LDL p**a membawa kolesterol ke tisu yang mungkin menyumbat salur darah. Oleh yang demikian, paras tinggi LDL dikenali sebagai faktor risiko utama untuk CVD.
“Gaya hidup yang tidak sihat serta corak pemakanan yang tidak seimbang, obesiti, menghisap rokok, pengambilan gula yang tinggi dan penyakit lain seperti diabetes melitus atau kegiatan kelenjar tiroid yang rendah adalah antara punca peningkatan kolesterol dalam darah.