Geriatrician SG

Geriatrician SG Dr Farhan Alami | Geriatrician MBBS (Singapore), MRCP (UK)
Healthy Aging | Preventive Medicine

Imbau kembali…Waktu saya bercakap tentang Kesihatan Tulang dan Otot di Lianhe Zaobao bersama pakar-pakar kesihatan yang ...
08/09/2022

Imbau kembali…
Waktu saya bercakap tentang Kesihatan Tulang dan Otot di Lianhe Zaobao bersama pakar-pakar kesihatan yang lain.

Saya berkongsi tentang sarkopenia yang menjejas orang-orang dewasa semuda 40 tahun dan kadar kejadiannya bertambah mengikut usia. Ia dicirikan oleh kehilangan kekuatan otot secara berlebihan serta berkurangnya j***m otot.

Masih belum terlambat untuk membina kesihatan tulang kita. Senaman, pengambilan sumber protein yang sihat dalam diet yang seimbang serta Vitamin D amat penting sekali!

-

Throwback to…
When I was talking about Bone and Muscle Health in Lianhe Zaobao with other healthcare professionals.

I talk about sarcopenia which affects adults as young as 40 years old and increases in incidence with age. It is characterised by a disproportionate loss of muscle strength with a loss of muscle mass.

It’s never too late to build healthy bones. Exercise, taking healthy protein sources in a balanced diet and Vitamin D are key!

Saya pergi berurut dan tukang urut wanita tersebut sangat risau bila mendapat tahu bahawa saya mempunyai 5 orang anak. D...
05/09/2022

Saya pergi berurut dan tukang urut wanita tersebut sangat risau bila mendapat tahu bahawa saya mempunyai 5 orang anak. Dia mula mengeluh tentang bagaimana saya akan kekurangan masa, kekurangan wang, bagaimana hubungan-hubungan saya akan terjejas dan anak-anak masing-masing tidak akan mendapat cukup masa, perhatian dan kasih sayang!! Saya rasa dia sangat selesa berkongsi pendapatnya 🫢

Kami sangat s**a keluarga yang besar!

… Jibrail berkongsi detik indah bersama Tolhah 🥰

Apa pendapat anda tentang keluarga yang besar? Saya nak dengar perkongsian anda!

-

I went for a massage and the lady masseuse was very worried when she found out that I had 5 children. She started lamenting how I would have a lack of time, a lack of money, how my relationships would suffer and how the children would each not have enough time, attention and love!! I think she felt very comfortable sharing her opinions 🫢

We love big families!

… Jibrail sharing a moment with Tolhah 🥰

What do you think of big families? I would love to hear from you!

01/09/2022

Selain mengeluarkan ubat-ubatan setiap hari… saya juga keluarkan panduan gaya hidup sihat kepada para pesakit saya, secara percuma! Oleh kerana saya seorang pakar perubatan, saya gunakan ubat-ubatan ini sebagai peralatan saya. Pengambilan ubat juga merupakan sebahagian daripada pelan rawatan. Ubat-ubatan dapat membantu tetapi mungkin tidak secara sepenuhnya. Perubahan dari segi gaya hidup turut penting dalam proses rawatan.

Walaupun ibu anda memberitahu setiap hari supaya berhenti merokok, banyakkan senaman dan makan dengan sihat, saya rasa bahawa pesanan daripada seorang doktor juga dapat membantu untuk menekankan kepentingannya.

Saya menggalakkan para pesakit saya untuk menghabiskan masa di luar supaya mereka bergerak dengan lebih dan juga mendapatkan dos sinaran matahari yang lebih sihat!

…lihatlah anak kecil saya seronok bermain di bawah matahari bersama cat kapur

-

Besides dispensing drugs everyday... I dish out healthy lifestyle tips to my patients too, for free! I am a physician so medications are my tools. Taking medications is part of a treatment plan. We know that medications work to an extent but making lifestyle changes are just as important.

So even if your mother tells you everyday to quit smoking, exercise and eat healthily, I like to imagine that having your doctor tell you to do so as well helps to emphasise the importance.

I try to encourage my patients to spend time outdoors as you immediately move more and hopefully get a healthy dose of sunshine!

…timelapse of my toddler having a ball in the sun with chalk paints

“Me Time” atau waktu untuk diri saya sendiri selalunya begini: pagi yang tenang, sarapan di sebuah kafe dan podcast yang...
01/09/2022

“Me Time” atau waktu untuk diri saya sendiri selalunya begini: pagi yang tenang, sarapan di sebuah kafe dan podcast yang menarik. Kanak-kanak juga berada di sekolah dan bayi sedang berehat! Saya sedang mendengar siri podcast “The Best in Islam” oleh Dr. Bilal Philips

Saya sedang menikmati cuti penggal sebelum penggal baru bermula di International Open University - IOU!

-

“Me Time” consists of a quiet morning, breakfast at a cafe and a good podcast. Kids in school and the baby is down for a nap! Listening to “The Best in Islam” Series by Dr. Bilal Philips

Enjoying a term break before the start of a new term at the International Open University - IOU!

Soalan yang paling kerap saya dapat tentang bakul buah-buahan saya ialah, “Adakah anak kecil anda mengosongkannya?” Jawa...
31/08/2022

Soalan yang paling kerap saya dapat tentang bakul buah-buahan saya ialah, “Adakah anak kecil anda mengosongkannya?” Jawapannya ialah ya, selalu sangat!

-

The question I get most often about my fruit basket is, “Does the toddler empty it?” The answer is yes, very often!

Sebagai seorang pakar geriatrik, saya bekerjasama rapat dengan para penjaga kerana ramai pesakit-pesakit saya kurang ber...
30/08/2022

Sebagai seorang pakar geriatrik, saya bekerjasama rapat dengan para penjaga kerana ramai pesakit-pesakit saya kurang berupaya dan perlu dijaga. Kekurangan ini boleh timbul dari segi fizikal atau dari segi kognitif sekiranya mereka menghidapi demensia.

Selalunya, para penjaga akan rasa bersalah kerana tidak dapat memberikan yang “terbaik”. Saya pernah menulis sebuah artikel tentang penjagaan dan telah menerima sebuah teks daripada seorang penjaga yang meluahkan rasa bersalah beliau ketika menjaga ibunya walaupun beliau sentiasa bersama ibunya setiap masa.

Apabila para penjaga meluahkan perasaan sebegitu, saya akan memberi mereka analogi tentang para jururawat yang kerja bergilir-gilir mengikut syif dalam tempoh 24 jam. Para jururawat menjaga pesakit mereka selama 8 jam dan kerja berpasangan. Para penjaga selalunya tidak mampu untuk menyerahkan tugas jagaan mereka kepada orang lain atau mengambil cuti.

Saya cuba memberikan sokongan sewaktu konsultasi. Saya menggalakkan mereka untuk membina dan mengukuhkan rangkaian sokongan mereka serta berhubung dengan para penjaga yang lain. Tugas penjagaan ini banyak cabarannya serta ganjarannya. Saya sangat menghormati para penjaga!

Sila DM saya atau tinggalkan komen di bawah untuk kongsi pandangan/pengalaman anda!

-

As a geriatrician, I work closely with caregivers as my patients often have disabilities and need care. This may be a physical disability or a cognitive disability when they have dementia.

Very often, caregivers feel guilty that they did not give their “best”. I wrote an article about caregiving and received a text from a caregiver who expressed feelings of guilt in the course of caregiving for her mum despite being there round the clock.

When caregivers express such feelings I often give the analogy of nurses working in shifts during a 24 hour period. Nurses give care for 8 hours and work in pairs. Caregivers often do not have the luxury of handing over to another or taking time off.

I try to offer some support during the consult. I encourage them to build on their support networks and to reach out to other caregivers. Caregiving is both challenging and rewarding. I have much respect for caregivers!

DM me or write a comment below and share your thoughts/experiences!

Saya mengalas perut dengan kudapan antara setiap waktu makan kerana saya SELALU lapar ketika menyus**an kedua-dua anak k...
23/08/2022

Saya mengalas perut dengan kudapan antara setiap waktu makan kerana saya SELALU lapar ketika menyus**an kedua-dua anak kecil dan bayi saya. Saya menyediakan campuran kacang yang telah dipanggang dalam jumlah yang besar (ia juga sesuai dibuat buah tangan), buah-buahan kering dan sejenis makanan ringan berprotein tinggi yang dibuat daripada mentega kacang, tepung badam, serbuk koko dan kurma.

-

𝗙𝗶𝗹𝗹 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗽𝗮𝗻𝘁𝗿𝘆 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗵𝗲𝗮𝗹𝘁𝗵𝘆 𝘀𝗻𝗮𝗰𝗸 𝗼𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀

I have been reaching out for snacks in between meals as I am hungry ALL the time while tandem breastfeeding my toddler and infant. I have nuts that I have roasted in large batches (they make good gifts too), dried fruit and high protein bites made with nut butter, almond meal, cocoa powder and dates.

Saya menghabiskan masa pada pagi Ahad yang indah dengan mengikuti acara teroka pantai bersama seorang pemandu alam sekit...
22/08/2022

Saya menghabiskan masa pada pagi Ahad yang indah dengan mengikuti acara teroka pantai bersama seorang pemandu alam sekitar. Saya tidak sangka ada banyak sekali pemandangan yang menarik di Pantai East Coast kerana setahu saya ia hanyalah tempat yang begitu kerap dikunjungi orang ramai. Kami banyak menghabiskan masa di benteng pemecah ombak dan seronok melihat berangas, teritip, tiram, siput laut, lintah laut, batu karang, lipas laut dan sejenis siput berperisai besar yang dikenali sebagai “chiton” atau kiton. Kami juga menemui beberapa tangkapan laut yang ditinggalkan oleh seorang nelayan. Anak-anak kecil berpeluang mempelajari dengan teliti tentang anatomi seekor ikan. Selain daripada kehidupan liar, pemandu kami juga mengajar anak-anak tentang bulan dan matahari, waktu pasang surut air laut serta fakta-fakta menarik tentang flora di tepi pantai!

-

Spent a wonderful Sunday morning exploring the coast on a guided nature walk. I was surprised there was so much to see at East Coast Beach as it is so well frequented. We spent lots of time by the breakwater and saw limpets, barnacles, oysters, sea snails, sea slugs, corals, sea cockroaches and a large armoured type of snail called a chiton. We found some fresh catch from the ocean abandoned by a fisherman and the little ones learnt a lot about the anatomy of a fish. Besides the wildlife, our guide taught the kids about the moon and the sun, tide times and fun facts about flora by the coast!

Saya dipaparkan dalam Majalah The Peak  “Edisi Femfluence” pada awal tahun ini bagi menyambut Hari Wanita Sedunia. Saya ...
17/08/2022

Saya dipaparkan dalam Majalah The Peak “Edisi Femfluence” pada awal tahun ini bagi menyambut Hari Wanita Sedunia.

Saya terpaksa menolak segala undangan temu bual dan kegiatan-kegiatan yang lain pada tahun lepas untuk beri perhatian pada keluarga saya, seperti yang telah saya katakan dalam hantaran atau post sebelum ini! Setelah lama berfikir, saya bersetuju untuk ditemu bual. Saya rasa ia penting untuk saya mengambil peluang ini kerana ini bermaksud saya bakal menjadi wakil kepada para wanita berhijab, dari kaum yang minoriti.

Pengalaman saya menelusuri perjalanan sekolah perubatan dan latihan kepakaran tentunya bukan mudah. Ia bukan sahaja mengambil masa yang lama dan peperiksaannya semua mencabar, tetapi saya sering rasa seperti saya tidak patut, tidak layak berada di sana. Saya tak sedar bahawa perasaan tersebut ada istilahnya sehinggalah masa telah lama berlalu. Saya menderita akibat “imposter syndrome” atau sindrom penipu. Sindrom ini dicirikan oleh rasa keraguan diri dan ketidakcekapan diri sendiri walaupun seseorang itu mempunyai pendidikan, pengalaman dan pencapaian.

Sebagai doktor berpangkat junior, saya sering disalah anggap oleh para pesakit sebagai seorang jururawat atau kerani wad walaupun saya tidak memakai seragam yang mereka selalunya gunakan. Saya juga sering ditanya oleh para pesakit dan kadangkala rakan sekerja sendiri sekiranya saya ini “orang tempatan”. Saya seorang warga Singapura generasi ketiga dan mampu bertutur Singlish sehebat mana-mana pakcik di kedai kopi! Soalan begini sering membuat saya rasa seperti saya ini “orang asing”.

Ia sangat s**ar tetapi saya sabar dan tenang menghadapinya. Saya berikan sebanyak yang mampu untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti agar para pesakit dan keluarga mereka berasa selesa. Saya juga bergantung pada sistem sokongan saya untuk pastikan saya sihat dan stabil dari segi mental dan emosi!

Anda boleh membaca artikel penuh di sini: https://www.thepeakmagazine.com.sg/interviews/raffles-medical-tiktok-healthcare-fake-news-information-support-advocate/

-

I was featured in The Peak Magazine’s “Femfluence Edition” earlier this year to celebrate International Women’s Day.

I had declined all interviews and engagements in the past year as I wanted to focus on family, as in the previous post! After some thought, I agreed to do the interview. I felt it was important as being featured would mean a woman wearing hijab, of a minority race would be represented.

Going through medical school and specialist training was not easy. Not only were the hours long and the exams tough, but somehow I was always made to feel like I did not belong. I did not realise there was a name for this feeling till much later. I was suffering from “imposter syndrome”. This syndrome is characterised by feelings of self doubt and personal incompetence despite having education, experience and accomplishment.

As a junior doctor, I was often mistaken by patients as a nurse or ward clerk despite not being in the uniform that staff in these roles wear. I was often asked by patients and at times even colleagues, if I was “local”. I am 3rd generation Singaporean and able to speak Singlish as good as any coffeeshop uncle! This question made me feel like I was somehow “foreign”.

It was tough, but I took this in stride by putting in as much as I could to deliver quality healthcare to make patients and their families comfortable. I relied on my support systems as well to ensure I was mentally and emotionally ok!

Here's the link to the full article: https://www.thepeakmagazine.com.sg/interviews/raffles-medical-tiktok-healthcare-fake-news-information-support-advocate/

Hi! Setelah lama menyepi, saya membuat keputusan untuk muncul kembali di sini. Saya harap anda semua baik-baik saja 😊Say...
11/08/2022

Hi! Setelah lama menyepi, saya membuat keputusan untuk muncul kembali di sini. Saya harap anda semua baik-baik saja 😊

Saya berehat dari media sosial selama setahun untuk berpindah dan ubah suai rumah, cari pembantu rumah yang baru, bantu anak remaja saya beralih ke fasa sekolah menengah, tempatkan anak yang berumur sepuluh tahun ke sekolah pemerintah dari sekolah antarabangsa, bantu anak yang berumur tujuh tahun untuk menyesuaikan diri dalam Darjah 1, meluangkan lebih banyak masa bersama anak kecil saya yang semakin meminta perhatian dan saya juga melahirkan anak yang kelima! Ketiga-tiga anak saya yang sedang bersekolah mempunyai disleksia. Jadi setiap peralihan dan setiap tahun baru persekolahan memerlukan masa untuk berkomunikasi dengan guru-guru baru mereka bagi menyokong keperluan pembelajaran mereka.

Kepada para pengikut baru saya di sini, biar saya perkenalkan diri secara ringkas…

Nama saya Dr Farhan dan saya seorang pakar geriatrik yang bertempat di Singapura. Saya sudah berpengalaman selama 16 tahun dan selama enam tahun ini, saya berkhidmat dalam sektor swasta.

Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap proses penuaan yang sihat serta mempromosikan budaya kesihatan. Saya memulakan akaun ini dengan niat untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk kekal sihat dan menjalani proses penuaan dengan baik. Saya sudah muncul di beberapa platform berita tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi tentang isu kesihatan. Ini termasuk dan lain-lain lagi. Sila ke pautan di bio saya untuk mendapat akses kepada beberapa artikel tersebut!

Perkara ini mungkin tidak ketahui ramai tetapi saya juga menguruskan isu-isu perubatan am di kalangan orang dewasa. Saya bertemu dengan para pesakit yang berusia lebih 16 tahun untuk membantu mereka dengan isu-isu seperti jangkitan, kelesuan, batuk, retensi air, masalah usus dan macam-macam lagi!

Saya berkahwin dengan seorang ahli farmasi kanser dan kami mempunyai lima orang anak berumur antara 13 tahun hingga sebulan. Anak sulung saya bernama Hana, dituruti dengan empat orang anak lelaki: Mikael, Jibrail, Eesa dan Tolhah.

Saya s**a buku, flora fauna, cat air dan kegiatan luar.

Saya ingin tahu lebih lanjut tentang ANDA! Sila tinggalkan komen di bawah ⬇️🥰

-

Hi! I wanted to do this post to say hello again after a long break! Hope everyone’s doing well 😊

I took a hiatus in the past year to move homes, go through a home renovation, employ a new domestic helper, transition my teen into secondary school, move my ten year old from international school to local school, help my seven year old settle into Primary 1, spend time with an increasingly demanding toddler and birth our 5th baby! My 3 big kids have dyslexia so each move and school year involves communication with new teachers to support their learning needs.

For my new followers, here’s a quick introduction...

My name is Dr Farhan and I am a geriatrician based in Singapore. I have 16 years of experience with the past 6 years in private practice.

I have a special interest in healthy ageing and health promotion. I started this page with the intention of sharing more about how to keep healthy and age well! I have appeared sharing about health issues in international and local news platforms including and more. Click on the link in bio for access to some of these articles!

It may not be widely known, but I do manage general medical issues in adults. I see patients above the age of 16 with general medical conditions like infections, fatigue, cough, water retention, bowel issues... the list goes on!

I am married to a cancer pharmacist and we have five kids aged between 13 and a month old. Hana is our oldest, followed by 4 boys: Mikael, Jibrail, Eesa and Tolhah.

I love books, flowers, water colouring and being outdoors.

Tell me more about YOU! Comment away below ⬇️🥰

11/08/2021

Can a person with dementia decide to take the COVID-19 vaccine?

Pada Mac 2020, kami telah melawat sebuah kawasan paya di Florida dan berpeluang mengangkat seekor buaya. Pada masa itu s...
03/08/2021

Pada Mac 2020, kami telah melawat sebuah kawasan paya di Florida dan berpeluang mengangkat seekor buaya. Pada masa itu saya sedang mengandung 4 bulan dan baru selesai tempoh rasa pening dan muntah pada awal kehamilan. Pada masa tersebut Singapura mempunyai lebih banyak kes COVID dari U.S. Pandemik belum lagi bermula. COVID hanya berlaku di beberapa buah negara. Hal ini berubah sekelip mata. Suami saya sedang menghadiri sebuah persidangan bagi ahli farmasi yang pakar dalam onkologi. Namun, persidangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana salah satu ahli perwakilan di dalam dewan persidangan didapati positif COVID. Penginapan kami di Florida dihentikan awal dan kami terus ke San Francisco pada hari pertama sekatan pergerakan dilaksanakan di bandar tersebut. Semuanya tutup kecuali hutan kayu merah yang begitu indah sekali. Saya rasa beruntung dapat menikmati suasana berjalan-jalan sambil dikelilingi pokok sequoia yang besar dan tinggi! Kami menikmati masa kami di sana sebanyak mungkin walaupun masa dan pergerakan kami terbatas. Pada masa yang sama, saya khuatir kami tidak dapat terbang pulang ke Singapura! Penerbangan kami ditangguhkan akibat sekatan perjalanan untuk masuk ke Singapura. Salah satu ahli juruterbang tidak dibenarkan masuk disebabkan sejarah penerbangan beliau. Kami terpaksa tunggu untuk juruterbang tersebut digantikan sebelum kami dapat terbang pulang.

Rasa seperti sudah lama semuanya terjadi dan banyak perkara yang sudah berlaku sejak itu. Apakah tempat lawatan terakhir anda sebelum sekatan perjalanan dilaksanakan? Kongsikan dengan saya!

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

In March 2020, we went for a swamp tour and held an alligator in Florida. I was 4 months pregnant and was just over the nausea and vomiting associated with early pregnancy. Singapore had more COVID cases then the U.S. at that time. The pandemic had not begun. COVID was limited to cases in a few countries. Things changed in a matter of days. The conference that my husband was attending for pharmacists specialising in oncology was cancelled halfway as one of the delegates in the conference hall tested positive. We cut our stay in Florida short and flew to San Francisco on the first day of lockdown in the city. Everything was closed except the beautiful redwood forests. Walking among the giant sequoias was definitely one ticked off my bucket list! We made the most of the time and limitations we had. At the same time, I was anxious that we could not fly back to Singapore! Our flight back home was delayed as there were travel restrictions into Singapore. One of the pilots was not allowed entry due to his or her travel history. We had to wait for the backup pilot to arrive to fly us back.

It seems like such a long time ago and much has happened since. What was your last trip before travel restrictions? Share it in the comments!

Address

585 North Bridge Road Raffles Hospital
Singapore
188770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geriatrician SG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram