22/04/2026
Pada 19 April, sekitar jam 12:40 tengah hari, kami menerima panggilan mengenai seorang pekerja Bangladesh yang telah meninggal dunia di Singapura.
Apa yang kami dengar sangat mengejutkan.
Jenazah telah dihantar ke sebuah parlour bukan Muslim, dan telah diuruskan mengikut adat bukan Islam — dipakaikan coat & tie, dan dimasukkan ke dalam coffin.
Bayangkan perasaan keluarga… 💔
Abang ipar arwah terus hubungi kami dalam keadaan panik.
Kami cuba berbincang dengan pihak parlour dengan baik, menjelaskan bahawa ini adalah isu agama yang sangat sensitif. Namun kami dimaklumkan bahawa mereka hanya mengikut arahan syarikat dan akan teruskan seperti biasa.
Kami tidak mahu perkara ini menjadi isu perkauman atau ketegangan. Tetapi keadaan sangat kritikal.
Hari itu adalah hari Ahad — ramai rakan dan saudara Bangladeshi dijangka datang. Jika mereka melihat keadaan tersebut… kita semua tahu apa yang boleh berlaku.
Demi menjaga keadaan, kami terus hubungi polis untuk campur tangan dengan segera.
Alhamdulillah, dengan bantuan pihak polis, keadaan dapat dikawal dan akhirnya kami dibenarkan mengambil alih kes tersebut.
Jenazah kemudian diuruskan semula mengikut cara Islam dengan penuh hormat dan tertib.
⚠️ Ini bukan kes pertama. Kami dengan rendah diri ingin memohon perhatian pihak:
High Commission in Singapore
Islamic Religious Council of Singapore (Muis)
Singapore Ministry of Manpower
untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.
👉 Jenazah Muslim perlu diuruskan oleh pihak yang faham dan menjaga hukum agama.
Ini bukan soal bisnes.
Ini soal maruah terakhir seorang Muslim.
Kami di PKKS akan terus berusaha memastikan setiap Muslim yang meninggal dunia diuruskan dengan cara yang betul, tidak kira siapa mereka.
Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Mohamed Ali
Nasir Md Said