10/08/2021
SALAM AWAL MUHARRAM.
Nabi saw bersabda:
فمن هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ.
Maksudnya: "Maka barangsiapa berniat melakukan kebaikan tetapi tidak dilakukannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia melakukannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi."
[HR. al-Bukhari: 6491]
Telah berkata Imam al-Nawawi:
النِّيَّةُ عَزْمُ الْقَلْبِ عَلَى عَمَلِ فَرْضٍ أَوْ غَيْرِهِ
Maksudnya: “Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap amalan yang fardhu dan selain daripadanya (wajib)”.
[al-Majmu’, 310/1]
Mengapa tahun baru Hijrah dimulakan dengan Muharram padahal hijrah Nabi berlaku pada bulan Rabiul Awwal? Ibn Hajar menjawab: "Kerana azam untuk berhijrah telah bermula pada bulan Muharam."
[Fath al-Bari (7:335)]
Berazamlah, tahun ini aku nak perelok ibadah solat.
Berazamlah, tahun ini aku nak perbanyak amalan sunat.
Berazamlah, tahun ini aku nak perbaiki bacaan al-Quran.
Berazamlah, tahun ini aku nak berbakti lebih pada ibu dan ayah.
Berazamlah, tahun ni aku nak mencari rezeki yang berkat.
Begitulah seterusnya...
Berazamlah untuk melakukan hal kebaikan walaupun hanya azam yang sama setiap tahun, berusahalah ke arahnya. Ini kerana kita tak tahu, ketika mana Allah swt ingin berikan kebaikan itu buat kita.
Ingatlah, sebaik-baik hijrah ialah:
وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ
Maksudnya: Dan (dari) dosa-dosa berhijrahlah kamu (yakni tinggalkanlah)"
[Surah al-Muddattsir: ayat 5]
Wallahua'lam.
Salam Awal Muharram