29/09/2025
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt di atas limpah kurnia nya.
Sebanyak 31 set kerusi roda telah di serahkan kepada 31 pesakit dari 500 yang memerlukan dari beberapa daerah di Cambodia.
Mereka ini di pilih dari Wilayah Kampong Cham, Tbong Khmum dan Pre Veng
Penyerahan kerusi roda ini telah di buat di daerah O-Raing di antara Wilayah Kampong Cham dan Wilayah Tbong Khmum,
Rakan kami, Dr Roly dari Hospital Beyond Boundaries telah menyampaikan kerusi roda ini bagi pihak kami keoada ahli keluarga pesakit untuk di bawa pulang.
Terima kasih kepada semua yang telah menyoking usaha ini. Semoga Allah swt memberkati, aamiin.