02/12/2023
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐๐ง๐๐ก ๐ง๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐.
๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ผ๐บ๐ผ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐๐ ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ ๐๐๐น๐ฎ๐บ :
1. Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin Islam) dalam rawatan perubatan.
2. Pengamal menggunakan amalan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum dan ramalan tapak tangan.
3. Pengamal mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.
4. Pengamal melakukan perkara syirik seperti sembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
5. Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.
6. Pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
7. Pengamal membaca ayat Al-Quran secara terbalik.
8. Pengamal memberikan syarat kepada pesakit yang bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam seperti pesakit wanita perlu bersendirian dengan pengamal tanpa ditemani oleh sesiapa.
9. Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada N. Muhammad (SAW) dan Al-Quran tanpa bukti kukuh.
10. Pengamal menggunakan sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan ubatan bius (cth: Bedah Batin).
๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐๐ถ๐ป (๐๐ฝ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐?)
1. Pengamal mendakwa boleh merawat pelbagai jenis penyakit (seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius) dengan pembedahan yang tidak menyakitkan tanpa menggunakan ubat bius (ubat pelali).
2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.
3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan disamping bayaran yang mahal.
4. Tiada bukti kukuh yang mendakwa amalan bedah batin ini berlandaskan Al-Quran dan Hadis
BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Rujukan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)