19/05/2025
Tampines are you ready?! We’re coming to a mosque near you, very very soon!!
💬 Crossroads Dialogues: Kau Yang Ku Pilih… Hingga Nafas Terakhir 🛏️
Kita semua pernah membuat pilihan.
Dan bila pilihan itu adalah untuk hidup bersama seseorang — ia bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang kesiapsiagaan jiwa dan raga.
“Aku terima nikahnya…” bukan hanya lafaz di bibir, tetapi ikrar untuk sebuah perjalanan yang panjang, penuh cabaran dan keindahan.
✨ Dalam sesi kali ini, kita membuka ruang untuk berbicara — dengan tenang dan terbuka — tentang aspek kesihatan yang sering terlepas pandang. Pemeriksaan kesihatan sebelum dan selepas perkahwinan, panduan dari sudut perubatan, serta pandangan Islam dalam membuat keputusan penting tentang tubuh dan kehidupan.
Bersama para pakar dan mereka yang pernah melalui liku-liku ini, mari kita hadam hikmah dan iktibar. Demi rumah tangga yang lebih sihat — secara fizikal, emosi dan spiritual.
Daftar di sini: darulghufran.org/cdkykp25
Tempat adalah terhad.
📌 Setiap peserta perlu mendaftar secara individu.