SPIRO Sihat Gembira Sentiasa

SPIRO Sihat Gembira Sentiasa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SPIRO Sihat Gembira Sentiasa, Health & Wellness Website, Singapore.

CARA UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN SECARA MUDAHSaya tidak faham bila ada yang mengaku melakukan diet, tetapi berat badan ti...
22/08/2020

CARA UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN SECARA MUDAH
Saya tidak faham bila ada yang mengaku melakukan diet, tetapi berat badan tidak pun turun. Ada p**a yang mengadu sering lapar ketika berdiet. Rasa bersalah bila makan berlebihan. Inilah dua perkara yang menjadi masalah mereka yang tidak memahami diet yang betul. Berat badan tidak turun dan rasa cepat lapar bila berdiet. Saya berikan tips mudah turun berat badan dan tidak kerap rasa lapar ketika berdiet.
1. Minum air kosong secukupnya. Sekurang2nya 2.5-3.0 L sehari untuk dua minggu pertama. Individu yang kurang minum, akan berasa cepat lapar.
2. Banyak makan buah-buahan dan kekacang sebagai kudapan. Ambil segenggam kekacang, atau sebiji dua epal yang dipotong, setiap kali lapar.
3. Makan banyak sayur bila makan berat, sekurang-kurangnya setengah pinggan. Ambillah satu atau dua jenis sayur sama ada ulaman, yang dicelur, direbus atau ditumis.
4. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi putih dan produk tepung putih. Gula putih tinggalkan sama sekali. Semakin sedikit kuantiti karbohidrat ringkas yang ditinggalkan, semakin cepat kita kehilangan berat badan secara sihat dan tidak rasa cepat lapar. Saya meninggalkan mengambil nasi putih 3 bulan pertama dan kemudian ambil suku pinggan saja sekarang.
5. Ambil protein secukupnya seperti telur, ikan, daging dan makanan laut lain jika tiada alahan. Sentiasa ambil sumber protein yang berlainan setiap hari. Jangan ambil satu jenis protein setiap hari. Contohnya ambil daging ayam setiap hari. Tukarkan pada sumber protein yang lain. Bila dapat protein yang cukup, kita akan rasa lebih lama kenyang.
6. Jangan lupa minyak sihat seperti minyak zaitun, avokado, kuning telur dan minyak ikan. Hindarkan transfat, kurangkan minyak/lemak tepu. Kurangkan makanan bergoreng "deep fry" terutama ketika mengambil kudapan. Buat sop sayur/ayam dalam setiap hidangan berat. Ini membantu cepat puas dan rasa kenyang.
Jika betul-betul amalkan, dapat kurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 6 bulan. Tambah sedikit senaman dan pastikan dapat tidur yang cukup. InsyaAllah kita akan menjadi sihat.

Ramai org tau nak jadi Sihat mesti perlu jaga makanan yg kita makan sentiasa😊Tetapi apakah itu makanan yg berkhasiat❓Jom...
19/08/2020

Ramai org tau nak jadi Sihat mesti perlu jaga makanan yg kita makan sentiasa😊Tetapi apakah itu makanan yg berkhasiat❓
Jom cuba tgk gambar di bawah 👍👍👍

MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADANMasalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca darip...
11/08/2020

MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah p**a berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh.
Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis p**a mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos p**a banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Walaupun masalah angin ini kedengaran tidak serius, namun jika dibiarkan ia berlarutan, badan akan menjadi lemah dan mengganggu aktiviti seharian. Justeru, amalkan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk memastikan badan akan sentiasa cergas. Namun jika sakit ini berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Kawal pengambilan gula anda 😊
06/08/2020

Kawal pengambilan gula anda 😊

Tahukah anda 3 misteri detoks? Mengapa detoks penting untuk proses pencernaan kita?
06/08/2020

Tahukah anda 3 misteri detoks? Mengapa detoks penting untuk proses pencernaan kita?

Memandangkan bulan ni adalah bulan nutrisi, jadi harini Nurul nak share tentang khasiat bijirin :)
06/08/2020

Memandangkan bulan ni adalah bulan nutrisi, jadi harini Nurul nak share tentang khasiat bijirin :)

HANYA 5% rakyat Malaysia dewasa yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan⁉️😲 ⚠️Saranan: 2 saji...
06/08/2020

HANYA 5% rakyat Malaysia dewasa yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan⁉️😲

⚠️Saranan: 2 sajian buah dan 3 sajian sayur SEHARI.. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang MENCUKUPI penting dalam pengurusan berat badan dan pencegahan penyakit❗️( NHMS 2019)

Ha korang termasuk dalam 5% ni ke?🧐

SEIMBANG⚠️SEDERHANA ⚠️PELBAGAIMakan tengahari nanti jangan lupa pilih yang seimbang, ok!JOM SUKU SUKU SEPARUH😎
06/08/2020

SEIMBANG⚠️SEDERHANA ⚠️PELBAGAI

Makan tengahari nanti jangan lupa pilih yang seimbang, ok!

JOM SUKU SUKU SEPARUH😎

✅Pengambilan sayur & buah segar dapat membekalkan keperluan VITAMIN dan MINERAL yang diperlukan oleh tubuh badan.✅Kandun...
06/08/2020

✅Pengambilan sayur & buah segar dapat membekalkan keperluan VITAMIN dan MINERAL yang diperlukan oleh tubuh badan.

✅Kandungan SERAT yang tinggi di dalam sayur dan buah juga dapat memberikan rasa kenyang yang lebih secara tidak langsung kita boleh mengawal pengambilan kalori daripada berlebihan terutama sekali apabila menikmati juadah makanan utama.

✅SAYUR & BUAH penting dalam pengurusan berat badan❗️ dan pencegahan penyakit❗️

Sumber dari KKM

Address

Singapore

Telephone

+6581661489

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPIRO Sihat Gembira Sentiasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram