Klinik Safamedic - Teluk Pulai

Klinik Safamedic - Teluk Pulai Cawangan:
1) Klinik Safamedic Meru, Klang
2) Klinik Safamedic Setapak, Kuala Lumpur

Klinik Safamedic
Cawangan: Teluk Pulai


menyediakan perkhidmatan Ultrasound Scan 2D 3D 4D 5D, Detail Scan, Pemeriksaan bulanan antenatal, sakit puan, rawatan pesakit luar, rawatan sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dll.

TAHUKAH ANDA?😮Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks ad...
30/09/2025

TAHUKAH ANDA?😮

Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita di Malaysia. Kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.

Ujian Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.😊

Jangan risau, kami mempunyai doktor wanita yang berpengalaman di klinik kami. Ayuh dapatkan pemeriksaan kesihatan di Klinik
Safamedic Teluk Pulai dengan harga yang berpatutan dan servis yang titop😍

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓Kesihatan jantung adalah kunci kepada kehidupan yang berkualiti.Amalkan pemakanan sihat, kekalk...
29/09/2025

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓

Kesihatan jantung adalah kunci kepada kehidupan yang berkualiti.

Amalkan pemakanan sihat, kekalkan aktiviti fizikal secara berkala serta lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan risiko lebih awal.

Sayangi jantung anda, sayangi keluarga anda. Bersama kita bina masyarakat Madani yang sihat dan sejahtera. 💪🥗🚴‍♀️🫀

Kejang otot ketika bersenam berlaku jika kita tidak melakukan regangan yang betul dan mencukupi. Jadi, pada mereka yang ...
29/09/2025

Kejang otot ketika bersenam berlaku jika kita tidak melakukan regangan yang betul dan mencukupi. Jadi, pada mereka yang dah lama tidak bersukan, lakukan regangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti.🏃🏻‍♀️⛹️‍♂️🏋️‍♀️🤸‍♀️

Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh...
24/09/2025

Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh menimbulkan suasana panik🥺

Kekurangan air dalam badan, senaman yang kuat dan kekurangan zat merupakan antara punca.

Diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.☝

TAHUKAH ANDA❓Penyakit kanser boleh dicegah jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa untuk lakukan saringan da...
23/09/2025

TAHUKAH ANDA❓

Penyakit kanser boleh dicegah jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan lupa untuk lakukan saringan dan ketahui tanda serta gejala kanser.👩🏻‍⚕️🩺

Jom kenali 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016.

Dinasihatkan orang ramai untuk menjalani saringan kanser agar rawatan awal dapat diberikan 🩺Jom cegah sebelum terlambat☝🏻

TAHUKAH ANDA❓Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan...
22/09/2025

TAHUKAH ANDA❓

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.

Kebanyakan wanita cenderung untuk melewatkan proses saringan apabila berlaku perubahan pada diri mereka. Anda adalah digesa dan tidak bertangguh untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi lanjut bersama doktor sekiranya mempunyai gejala seperti yang dinyatakan.☝🏻👩🏻‍⚕️

Tiada kaedah saringan awal bagi mengesan kanser ovari, lantas ia dianggap sebagai pembunuh senyap wanita.

Punca sebenar kanser ovari tidak jelas, tetapi faktor risiko berikut boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser ovari:

✅Genetik dan sejarah keluarga
✅Umur semakin lanjut (40 tahun ke atas)
✅Pengambilan ubat hormon selepas menopaus
✅Obesiti
✅Jalani Terapi Gantian Hormon (HRT)

🍬 GULA & KANAK-KANAK KESAN LEBIH SERIUS DARI YANG KITA SANGKA!Pengambilan gula berlebihan bukan hanya sebabkan gigi rosa...
12/09/2025

🍬 GULA & KANAK-KANAK KESAN LEBIH SERIUS DARI YANG KITA SANGKA!

Pengambilan gula berlebihan bukan hanya sebabkan gigi rosak, tapi juga ganggu perkembangan si kecil 😔
📌 Otak – Boleh sebabkan ketagihan & keinginan berterusan nak makanan manis.
📌 Deria Rasa – Sensitiviti lidah makin berkurang, jadi rasa manis “biasa” dah tak cukup.
📌 Gigi – Karies, gigi berlubang & masalah gusi.
📌 Tingkah Laku – Gula berlebihan dikaitkan dengan simptom ADHD seperti hiperaktif & susah fokus.
📌 Badan – Berat badan naik & berisiko dapat penyakit pada usia muda.

Sebagai ibu bapa, pemantauan awal amat penting!
Ajarkan anak anda amalan pemakanan sihat dari awal 💪

CARA PENGGUNAAN INHALERHi/salam semuaPernah tak korang alami serangan asma atau semput. Inhaler dah guna tapi masih belu...
11/09/2025

CARA PENGGUNAAN INHALER

Hi/salam semua

Pernah tak korang alami serangan asma atau semput. Inhaler dah guna tapi masih belum lega, masih rasa sesak nafas 😰

Sebenarnya bagi serangan asma, rawatan kecemasan yang boleh dilakukan adalah menggunakan INHALER !

Tapi kenapa tak berkesan? Haa ini yang kritikal, ramai patient yang kami consult mengalami hal yang sama. Tapi bila ditanya, rupanya berpunca dari cara yang salah ! 😱😱

Meh sini, Kami nak ajarkan cara sebenar untuk gunakan inhaler.

Kenapa ek? 🤔
Sebabnya, jika cara salah, ada wap (ubatnya) yang keluar akan menyebabkan dos yang diterima berkurangan dan tidak mencukupi. Ini yang menyebabkan asma tidak lega dan masih sesak nafas ‼️

HIDUNG BERDARAH! APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?Hai, semua. Antara kita semua pasti ada yang pernah yang mengalami hidung b...
09/09/2025

HIDUNG BERDARAH! APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Hai, semua. Antara kita semua pasti ada yang pernah yang mengalami hidung berdarah, kan?

Jangan panik, itu memang perkara normal.
Mari kita ketahui dengan lebih mendalam apakah punca-punca yang menyebabkan hidung berdarah dan rawatan segera yang perlu dilakukan.

> Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

> Apakah punca-punca hidung berdarah?
- Kecederaan di hidung
- Udara yang terlampau sejuk atau kering
- Menghembus hidung dengan kuat
- Terlalu kerap bersin
- Ketumbuhan dalam rongga hidung

> Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah. Ikuti langkah-langkah seperti dalam infografik yang kami sediakan ini. 😊

Kenapa penjagaan kolestrol penting?Korang tahu tak kolestrol tinggi penyebab bermula penyakit bahaya seperti SERANGAN JA...
08/09/2025

Kenapa penjagaan kolestrol penting?

Korang tahu tak kolestrol tinggi penyebab bermula penyakit bahaya seperti SERANGAN JANTUNG atau STROK .

Penyakit dalam SENYAP ini yang berbahaya..
Kadang tgk orang tu sihat, sekali eh eh..
semua penyakit ada bila check.
Penting untuk tahu tahap kesihatan walau kita rasa sihat.

Jom ke Klinik Safamedic untuk ketahui tahap kolestrol anda.
Kita rawat sebelum terlambat

APA ITU URTI?URTI adalah kata singkatan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘upper respiratory tract infection. URTI adalah s...
05/09/2025

APA ITU URTI?

URTI adalah kata singkatan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘upper respiratory tract infection. URTI adalah sejenis jangkitan yang berlaku di laluan salur pernafasan atas. Bahagian tersebut adalah hidung, mulut, farinks dan larinks.

Antara simptom URTI adalah:
• Batuk
• Sakit tekak
• Hidung tersumbat
• Hidung berair
• Sakit kepala
• Bersin

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas dan di segera ke Klinik Safamedic yang berdekatan untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Hi/Salam Semua🥳Klinik Safamedic mengadakan promosi ujian darah Merdeka dengan harga promosi serendah RM68 sahaja.Bagi ya...
05/09/2025

Hi/Salam Semua🥳

Klinik Safamedic mengadakan promosi ujian darah Merdeka dengan harga promosi serendah RM68 sahaja.

Bagi yang berminat dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam, dan hadir ke klinik pada jam 9am-12pm untuk melakukan ujian (air kosong dibenarkan minum).

Jumpa nanti🥰

ที่อยู่

208 (Ground Floor) Jalan Sungai Bertih
Klang
41100

เวลาทำการ

จันทร์ 08:00 - 22:00
อังคาร 08:00 - 22:00
พุธ 08:00 - 22:00
พฤหัสบดี 08:00 - 22:00
ศุกร์ 08:00 - 22:00
เสาร์ 08:00 - 22:00
อาทิตย์ 08:00 - 22:00

เบอร์โทรศัพท์

+6040316705

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Klinik Safamedic - Teluk Pulaiผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

แชร์

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram