28/02/2023
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah menganjurkan satu Program Perlawanan Persahabatan Badminton Generational EndGame Advocacy Roadshow (GEGAR) BELIA bertempat di Frenzy Futsal Seksyen 16, Shah Alam. Program telah disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh Pn Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan En Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM).
Aktiviti saringan kesihatan secara percuma bagi menguji tahap kesihatan peserta turut dijalankan termasuk ujian Lung function test dan Lung Age oleh Translab (M) Sdn Bhd, kaunter saringan dan Nasihat berhenti merokok serta Sudut Informasi GEG. Program ini adalah bagi menyokong pelaksanaan peruntukan GEG iaitu pelindungan bagi generasi yang lahir 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada bahaya produk merokok.