Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) Sarawak State Health Department, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

The health services provided by the Sarawak Health Department are delivered through a network of static and mobile facilities that provide promotive, preventive, curative and rehabilitative care.

06/05/2026

Kanser serviks boleh dicegah, dan perlindungan terbaik bermula dari sekarang. Mulai tahun 2026, suntikan vaksin HPV akan diawalkan kepada murid perempuan Tahun 6 di sekolah seluruh Malaysia!

Ibu bapa, pastikan anda:

โœ… Memberi kebenaran bertulis.
โœ… Memastikan anak hadir semasa lawatan pasukan kesihatan ke sekolah.

Bagi murid sekolah swasta atau yang terlepas janji temu di sekolah, jangan risau! Anda boleh membuat janji temu di Klinik Kesihatan berhampiran melalui aplikasi MySejahtera.

Langkah kecil hari ini, perlindungan besar untuk masa depan.

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.
06/05/2026

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi apabila cuaca panas.

Segera dapatkan rawatan sekiranya rasa tidak sihat.

Tahukah ibu-ibu bahawa bayi yang baru lahir sangat terdedah kepada jangkitan Pertusis (batuk kokol)? Penyakit ini sangat...
06/05/2026

Tahukah ibu-ibu bahawa bayi yang baru lahir sangat terdedah kepada jangkitan Pertusis (batuk kokol)? Penyakit ini sangat berbahaya bagi si manja yang belum cukup umur untuk menerima vaksin sendiri.

Apabila ibu mengambil vaksin Tdap ๐Ÿ’‰, antibodi yang dihasilkan akan disalurkan kepada bayi melalui plasenta. Satu dos diberikan semasa usia kandungan 28 hingga 32 minggu.

Vaksin boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan, klinik ibu dan anak, klinik desa serta Klinik Komuniti. Janji temu akan diberi oleh anggota kesihatan semasa pemeriksaan rutin kehamilan.

06/05/2026

Dengarkan bual bicara di Radio Sriaman.FM, RTM mengenai "Penyakit Tabin Malaria P. knowlesi" bersama Encik Daniel Beda, Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman pada Mei (Rabu), pukul 1:00 petang.

Sriaman.FM boleh didengari di:

โ—พFM: 89.50MHz / 91.10MHz / 95.50MHz
โ—พhttps://www.facebook.com/sriamanfm895Mhz/
โ—พhttps://sriamanfm.rtm.gov.my/



05/05/2026

Selamat Menyambut Hari Bidan Antarabangsa! โค๏ธ

Hari ini, kita raikan insan-insan luar biasa yang menjadi tulang belakang dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak.

๐Ÿค๐Ÿป Terima kasih kepada semua bidan atas pengorbanan, ketabahan dan kasih sayang yang tidak ternilai. Anda adalah wira yang membawa sinar kepada setiap permulaan hidup.

๐Ÿ“Œ Hari Kebersihan Tangan Sedunia disambut pada 5 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota kes...
05/05/2026

๐Ÿ“Œ Hari Kebersihan Tangan Sedunia disambut pada 5 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota kesihatan dan masyarakat tentang kepentingan amalan kebersihan tangan.

โœ… Amalan kebersihan tangan yang dilakukan dengan betul dan pada masa yang sesuai berupaya melindungi pesakit, anggota kesihatan serta persekitaran daripada pencemaran kuman berbahaya.

Jadikan amalan mencuci tangan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Ingat, tangan yang bersih menjamin kesihatan yang berpanjangan.

๐Ÿ“Œ Hari Kebersihan Tangan Sedunia disambut pada 5 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota kesihatan dan masyarakat tentang kepentingan amalan kebersihan tangan.

โœ… Amalan kebersihan tangan yang dilakukan dengan betul dan pada masa yang sesuai berupaya melindungi pesakit, anggota kesihatan serta persekitaran daripada pencemaran kuman berbahaya.

Jadikan amalan mencuci tangan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Ingat, tangan yang bersih menjamin kesihatan yang berpanjangan.

Malaria zoonotik disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamu...
05/05/2026

Malaria zoonotik disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Nyamuk yang terinfeksi boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.

๐’๐“๐‘๐„๐’? ๐ˆ๐ค๐ฎ๐ญ๐ข ๐ค๐š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang anca...
04/05/2026

๐’๐“๐‘๐„๐’? ๐ˆ๐ค๐ฎ๐ญ๐ข ๐ค๐š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.

Stres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan, mengganggu perasaan, produktiviti, perhubungan dan kualiti hidup.

๐Ÿซถ๐ŸผAyuh ikuti kaedah 10B untuk tangani stres. Anda juga boleh hubungi Talian HEAL di 15555 untuk dapatkan perkhidmatan tele-kaunseling dan sokongan psikososial.

๐™…๐™ค๐™ข ๐™ ๐™š๐™ ๐™–๐™ก ๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฅ ๐™๐™–๐™ง๐™žโ€ผ๏ธSeharian bekerja di pejabat dan duduk dalam kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit seba...
04/05/2026

๐™…๐™ค๐™ข ๐™ ๐™š๐™ ๐™–๐™ก ๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฅ ๐™๐™–๐™ง๐™žโ€ผ๏ธ

Seharian bekerja di pejabat dan duduk dalam kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat.

Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman.
Lakukan aktiviti fizikal berikut di tempat kerja anda.

Salam Takziah buat keluarga mendiang Rita Anak Dewing, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U6, Pejabat Kesihatan Bah...
04/05/2026

Salam Takziah buat keluarga mendiang Rita Anak Dewing, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U6, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, yang telah meninggal dunia pada 3 Mei 2026 (Ahad).

Semoga mendiang bersemadi dengan aman.

Jom kita fahami fakta sebenar mengenai kandungan vaksin.โœ”๏ธ Antigen sebagai Komponen Utama ๐Ÿฆ โœ”๏ธ Vaksin diberi bagi mencega...
04/05/2026

Jom kita fahami fakta sebenar mengenai kandungan vaksin.

โœ”๏ธ Antigen sebagai Komponen Utama ๐Ÿฆ 
โœ”๏ธ Vaksin diberi bagi mencegah penyakit cegahan vaksin serta mengelakkan komplikasi serius
โœ”๏ธ Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan vaksin menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan keberkesana produk
โœ”๏ธ Kandungan bahan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan tidak memudaratkan tubuh badan.

Kesihatan adalah pelaburan masa depan. Jangan ragu dengan sains yang menyelamatkan nyawa.

03/05/2026

Address

Kabong

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share