Blessin'Scents

Blessin'Scents Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Blessin'Scents, Kuala.

Pembekal garam bukit formulasi khas untuk keharmonian wanita masa kini dan minyak pati bunga (essential oil) secara borong untuk pengusaha spa, DIY minyak urut dan sebagainya

Sempena November ni ada yang nak grab set lampu minera untuk ruang tamu lebih selesa ambiennya.Kajian menyatakan lampu g...
25/11/2024

Sempena November ni ada yang nak grab set lampu minera untuk ruang tamu lebih selesa ambiennya.

Kajian menyatakan lampu garam himalaya yang terpasang mampu meneutralkan gelombang radiasi yang berleluasa di sekeliling kita.

Gelombang radiasi yang di hasilkan oleh semua peralatak elektronik seperti laptop, radio, telefon bimbit, perkakas elektronik dan sebagainya boleh memberi kesan kepada gelombang otak manusia.

Kesan yang kurang sihat jika pendedahannya setiap hari tak di rawat atau di detoks kembali.

Yalah mana nak elakan kita di zaman teknologi tinggi ni memang sering terdedah kepada gajet begitu.

Jadi sebagai pencegahan dan pemeliharaan medan energi tubuh badan kita elok di letak sebiji dua di ruang peribadi, pejabat, kedai dan sebagainya.

Selain itu amalkan mandian garam Himalaya setiap hari juga membantu memulihkan semula medan energi diri kita.

Hmmm ada yang nak grab?

WA k di sini

www.wasap.my/601113106502/lampugaram

Kita selalu je beli ramuan garam Himalaya dari produk siap kan. Sebab seronok mandi garam hari-hari ni. Siapa yang serin...
25/11/2024

Kita selalu je beli ramuan garam Himalaya dari produk siap kan.

Sebab seronok mandi garam hari-hari ni. Siapa yang sering amalkan mesti tahu efek pada energi dan kualiti aura kita camana.

Rasa lebih terinfuse dengan tenang, rileks dan lebih karisma tertakluk kepada rasa yang kita mahu capaikan.

Tapi tak ramai yang mahu tahu di sebalik ramuan mandian garam himalaya ni sebenarnya ada satu pengetahuan yang sebenarnya kita boleh belajar dan praktiskan sendiri.

Syokkkk tau bila dapat skil untuk mengaturkan energi dan salurkan kepada garam Himalaya untuk mandian diri, anak anak dan rakan taulan yang memerlukan.

Skil ini ada di dalam pengetahuan bidang energi reiki yang bakal di buat December ni.

Haai ada yang berminat? Kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan dengan sahabat yang mahu dan boleh praktiskan sendiri.

Asyik tengok orang jer buat ramuan garam sesekali kita pun teringinkan.

Jadi kami buka kelas reiki skil 1 untuk yang betul 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧.

Bukan setakat garam jer kita boleh programkan untuk penyembuhan tapi juga untuk alirkan energi diri dengan lebih baik untuk penyembuhan diri.

Sebab tubuh badan kita Allah dah siapkan sekali dengan keupayaan menyembuhkan diri secara alami.

Tapi bukan bermakna kita tak perlu rawatan moden, cuma kita boleh akses bagaimana untuk dapatkan energi tersebut dan pengolahan bersama perubatan moden sangat memberi manfaat.

Jom siapa nak rawat diri dan siapkan bekalan rawatan sendiri untuk garam Himalaya setelah praktiskan skil reiki insyaallah memberi efek yang sangat baik.

Boleh klik link sini ya untuk tahu modul dan mahar kelas reiki 1 yang super mampu.

www.wasap.my/601113106502/kelasreiki1

Pagi!Kadang rasa penat sangat dengan tugasan harian sampai terlupa untuk berhubung dengan diri sendiri.Jom sediakan masa...
18/09/2024

Pagi!

Kadang rasa penat sangat dengan tugasan harian sampai terlupa untuk berhubung dengan diri sendiri.

Jom sediakan masa 15 jer setiap hari untuk buat self refleksi di manakah posisi kita saat ini dengan point di gambarajah.

Adakah semuanya terpenuhi atau ada yang terskip.

Jom mulai sekecil aktiviti untuk ignite our self love.

14/09/2024

.
Hubungi kami untuk info kelas online ramuan garam, kelas reiki 1 permulaan dan apa jua soalan berkaitan, terus saja di mesej ini atau WA

www.wasap.my/601113106502/naktanya

Jom hari ini kita tingkatkan stok energi syukur yang lebih tinggi dari biasa.Mulakan saja dengan 7 perkara kecil yang ki...
05/09/2024

Jom hari ini kita tingkatkan stok energi syukur yang lebih tinggi dari biasa.

Mulakan saja dengan 7 perkara kecil yang kita sangat hargai yang ada dalam kehidupan kita.

Lakukan dalam nota kecil setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Tips Regulasi EmosiBadan kita pasti mengalami fasa-fasa penat dan lesu terutama untuk wanita yang memegang banyak topi. ...
04/09/2024

Tips Regulasi Emosi

Badan kita pasti mengalami fasa-fasa penat dan lesu terutama untuk wanita yang memegang banyak topi. Ada topi ibu, wanita berkerjaya, surirumah, pengusaha perniagaan, isteri, anak dan sebagainya.

Tanpa pengurusan dan disiplin untuk diri mendapatkan rehat ketika badan dan emosi sedang berleluasa, pastinya mencabar.

Ia menyebabkan kita jatuh ke fasa stress atau depresi jika tiada pencegahan di ambil.

Maka buatlah self regulasi pada skala yang tetap dan konsisten agar emosi, tubuh dan minda kita kekal terjaga dan stabil.

Bila bila rasa dah nak burnout tu, cuba teknik ni. Ia mudah dan sangat sesuai di buat oleh semua peringkat usia.

1. Pergerakan fizikal

Hurm nampak mudah dan remeh tapi sebenarnya efeknya sangat membahagiakan. Antara aktiviti pergerakan fizikalnya adalah briskwalk di waktu pagi atau petang atau, senaman ringan yang mampu mengeluarkan peluh badan.

Bila tubuh dah berpeluh toksin badan pun senang hati keluar dengan sendirinya.

Ini membantu perubahan pada mood dan emosi secara natural.

2. Cahaya matahari

Percaya atau tidak bahawa tubuh badan kita sangat s**akan cahaya matahari. Tubuh yang mendapat cahaya secukupnya dalam sekitar 5-15 minit sehari dapat merangsang produksi hormon serotonin yang membantu kegembiraan hati dan kurangkan stress.

Nikmati perubahan pada emosi kita dengan mudah. Muka pun senang nak senyum kan!

3. Buat meditasi ringkas selepas solat

Apa saja namanya meditasi atau terapi ianya hanyalah satu aktiviti yang boleh menurunkan gelombang otak supaya lebih rileks dan tenang.

Padukan dengan teknik pernafasan ringkas selama 5-10 minit.

Mudahkan. Siapa kata nak happy tu mahal kita cuma perlu konsisten dan praktis untuk dapatkan kesan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Selamat mencuba.

Nota: Nak set up ruang peribadi untuk lebih zen dan harmoni sesuai dengan aktiviti di atas supaya ia menyokong kestabilan emosi kita? Jom dapatkan set lamu garam minera bowl sempena MERDEKA ini dengan pasangan tapak secara percuma. Inbox kami ya

Salam MERDEKACantik jer nampak lampu garam di ruang tamu rumah orang kan. Cam geram jer cam menarik jer.Apa kata grab ke...
01/09/2024

Salam MERDEKA

Cantik jer nampak lampu garam di ruang tamu rumah orang kan. Cam geram jer cam menarik jer.

Apa kata grab kempen KEMERDEKAAN untuk set lampu garam kami demi kesejahteraan ruang peribadi yang lebih beraura dan bebas dari gelombang negatif.

Mungkin ramai yang dah maklum bahawa lampu garam yang di pasang dengan elektrik mampu meneutralkan segala gelombang elektronik yang terdapat di sekeliling kita.

Gelombang elektronik ini terhasil dari segala peralatan kegunaan harian kita seperti telefon bimbit, komputer, laptop, radio dan sebagainya.

Ia memberi impak negatif kepada tubuh badan kita serta minda sekiranya terdedah tanpa sebarang kaedah tapisan.

Maka solusi terbaik untuk kesejahteraan diri kita serta ruang yang di diami adalah dengan memasang seketul lampu garam di sekitarnya.

Jom grab desain pilihan anda sekarang sempena MERDEKA kami sediakan pemasangan tapak secara percuma untuk setiap set yang anda pilih.

Hubungi kami di inbox ya.

Promosi Ogos untuk hari ini sajaDapatkan set rawatan mandian Rossa min 2 unit dan anda layak untuk dapatkan pos percuma....
16/08/2024

Promosi Ogos untuk hari ini saja

Dapatkan set rawatan mandian Rossa min 2 unit dan anda layak untuk dapatkan pos percuma.

Kenapa perlunya mandian Rossa ni terutama untuk wanita

Mandian rossa ni membantu wanita untuk kembalikan semula perasaan damai dan rileks selepas penat seharian bekerja sama ada di rumah mahu pun pejabat.

Yalah walau pun di rumah , kerja yang tak putus putus itu di ulang saban hari kadang meninggalkan kesan pada emosi kita juga kan.

Untuk wanita yang bekerjaya pun sama jer beban tugasan kadang mengganggu emosi dan penatnya di rasakan pada badan itu sebenarnya puncanya.

Kita jadi letih, lesu, rasa malas nak melayan pasangan dan anak anak, nampak kecil tapi impaknya besar.

Jadi buat jer mandian garam Rossa ni sebab aroma ros sangat efektif untuk mentransformasikan emosi anda kepada lebih rilek dan gembira.

Kami s**a tengok wanita yang gembira seadanya. jadikan ia mandian setiap petang selama 21 hari untuk kesan semula jadi pada tubuh badan anda.

Jom dm kami untuk set mandian Rossa kami.

Setia adalah antara perkara paling di dambakan ramai wanita dalam hubungan. Kecewa benar rasanya kalau diri ini tidak di...
08/08/2024

Setia adalah antara perkara paling di dambakan ramai wanita dalam hubungan. Kecewa benar rasanya kalau diri ini tidak di setiakan si dia.

Hakikat kesetiaan bukanlah berdasarkan kepada adakah kita di setiakan orang atau pasangan. Namun ada perkara yang jauh lebih dalam menjurus kepada kesetiaan diri.

Untuk anda yang sedang mencari-cari di manakan kesetiaan ini perlu di paksikan atau bagaimana untuk memaksikan setia, boleh cuba tips ini.

Jom kita buat self refleksi

Sejauh manakah kita setia pada sosok sendiri dari segi
~ our self authenticity
~ nilai-nilai murni diri kita sendiri
~ kepercayaan dan keyakinan diri
~ impian-impian yang ingin di gapai
~ aktiviti-aktiviti yang mendokong diri dari segi kerohanian etc
~ cara pemakanan dan corak fikiran yang positif

Setiakah kita dalam menjalaninya setiap saat hidup kita atau ada di kesempatan waktu kita berdolak dalih dengan pelbagai alasan untuk membenarkan ia di sabotaj diri.

Dan seketika kemudian kita tanyakan semula pada diri kita apakah dengan ini aku mengharapkan orang lain juga mampu setia pada diri ini sepenuhnya.

Jawapan ada di situ.

Kesetiaan dari orang sekeliling bukanlah perkara utama yang menentukan kebahagiaan diri kita namun jika kita dapat, ia satu nikmat dan bonus yang besar.

Pasak dalam diri tiada satu manusia yang boleh setia sepenuhnya selagi dia belum mampu setia pada dirinya sendiri.

Bila kita pasrahkan perkara ini kita dapat merasa lebih tenang dengan aturanNya dan tahu dalam fasa kehidupan kita, manusia tetap singgah dan sampai waktunya pergi tanpa perlu menyatakan alasannya.

Bersyukurlah bila mana kita masih punya peluang untuk membuktikan kesetiaan diri tanpa berbelah bagi.

Yang pasti, kesetiaan itu milik orang-orang yang punya nilai cinta diri yang dalam dan terpaksi, bukan untuk sebarangan orang.

Maka untuk sahabat wanita yang ada sedikit cabaran kesetiaan sama ada dalam hubungan perkahwinan mahu pun apa jua bidang, berbahagialah.

Ini masa untuk meneroka sisi diri yang belum di selongkar lebih dalam sebelum ini. Ini adalah waktu transformasi anda.

Bukalah ruang itu dengan lebih berhemah dan lembut, insyaallah cahayaNya pasti menyinari perjalananmu semula.

Nota: Kelas meramu garam Himalaya masih di buka slot sila dm kami untuk info lanjut ya


Kami dalam proses membuka kelas online khas untuk MERAMU GARAM SELF-SPA ANDA.Nanti bolehlah buat sendiri jer ramuan gara...
27/07/2024

Kami dalam proses membuka kelas online khas untuk MERAMU GARAM SELF-SPA ANDA.

Nanti bolehlah buat sendiri jer ramuan garam mandian sesuai untuk keperluan dan desain diri anda, juga untuk buat bisnes kecil-kecilan untuk rakan taulan pun boleh.

Ada yang berminat nak join? KIta tanya dulu tau jika ramai kita ons.

Seketul lampu garam minera putih ni sebenarnya sangat best jika di letakkan di ruang peribadi, pejabat mahupun kedai.Kaj...
27/07/2024

Seketul lampu garam minera putih ni sebenarnya sangat best jika di letakkan di ruang peribadi, pejabat mahupun kedai.

Kajian menunjukkan lampu garam yang di pasang dengan elektrik mampu meneutralkan gelombang-gelombang elektronik yang bersumberkan dari komputer, telefon mahu pun television.

Jika otak manusia berlebihan terdedah kepada gelombang-gelombang tadi ia boleh mengganggu sistem tenaga diri mahu pun medan aura yang ada di badan kita.

Jadi bagaimana untuk kita meneutralkan semula medan tenaga diri kita supaya lebih harmoni dan stabil adalah dengan meletakkan sebiji lampu minera yang di pasang.

Nak dapatkan sebiji untuk ruang peribadi anda? Jom dm kami hari ini.

"Anak saya sering tantrum tak kira masa. Kadang ia mencabar kesabaran saya juga sebagai ibu. Tapi selepas saya mandikan ...
25/07/2024

"Anak saya sering tantrum tak kira masa. Kadang ia mencabar kesabaran saya juga sebagai ibu. Tapi selepas saya mandikan ia dengan mandian Jasmina seperti disyorkan oleh kawan, anak saya lebih tenang dan kurang meragam. Alhamdulillah sangat,"

Ini adalah antara maklumbalas yang kami dapat dari seorang sahabat pengguna Jasmina. Beliau yang sudah mengamalkan mandian Jasmina ni turut rekemen kebaikannya kepada sahabatnya yang lain.

Alhamdulillah.

Apakah yang sebenarnya kebaikan yang ada dalam garam mandian Himalaya spesifiknya Jasmina.

• Bantu untuk tingkatkan semangat yang sering kerisauan, tiada daya fokus atau hilang arah tuju setiap hari.
• Nyahkan energi rendah seperti sihir dan mensucikan semula energi badan
• Dapat membesarkan medan magnet diri yang lebih harmoni, yakin dan semangat
• Tingkatkan frekuensi diri lebih tinggi dengan keyakinan yang lebih berganda
• Memulihkan kulit bagian kaki jika sering di buat rendaman dan keseluruhan badan dengan bilasan.
• Meningkatkan imunisasi tubuh badan kerana kandungan 82 sumber minera dalam garam
• Membantu gelombang fikiran untuk lebih jernih dan dapat kejelasan dalam berfikir
• Meningkatkan kesihatan kulit untuk lebih bersih, cantik dan segar kerana garam mampu menyahkan sel-sel mati pada tubuh badan kita
• Membina daya kawalan emosi yang lebih baik dengan aroma pati minyak Jasmina
Amalkan setiap hari setiap pagi selama 21 hari untuk ibu mahupun anak sebelum pergi kerja atau sekolah dan nikmati efeknya yang lebih baik.
Untuk setiap pengguna mandian Himalaya kami sediakan tatacara pakaian dan video panduan lengkap langkah-langkah yang perlu di lakukan sebelum mandi. Ini adalah kaedah terbaik yang kami sarankan untuk anda lebih menikmati kesan dan kebaikannya secara keseluruhan tubuh, minda dan emosi.

Untuk bantuan lanjut, jemput inbox kami atau klik di sini www.wasap.my/601156556548/garamJasmina

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blessin'Scents posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Blessin'Scents:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram