Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim Menyampaikan maklumat serta menjalinkan kolabrasi erat bersama agensi lain dalam memberikan perkhidmatan

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡πŸ”ŠJom rakyat Kedah kita pakat pulun sama-sama bersihkan rumah kita sempena cu...
29/01/2026

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

πŸ”ŠJom rakyat Kedah kita pakat pulun sama-sama bersihkan rumah kita sempena cuti hari Jumaat ini.

Pakat-pakat cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah kita.

Tak tau nak periksa kat mana?
Nah kami dah sediakan borang pemeriksaan digital bagi memudahkan hangpa buat gheja. Imbas kod QR yang disediakan atau klik pautan ini

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScF2Cutq1ojLVxfoHn1nc0747NBK2I1HGSttNqNbUWdI5L6Gg/viewform?fbclid=IwQ0xDSwMCu9FjbGNrAwK7w2V4dG4DYWVtAjExAAEepWPQkr5paz8TqDnCWZUKitjm18FTCYu8auEwqOu_zAd3nCSpG-oY66ZMSYM_aem_iWTbNoicWkIqTLO1szCHNQ

⚠️Demam Denggi boleh menyebabkan kematian.
Bertindak segera...tidak peduli, maut menanti!!!





πŸ”₯πŸ”₯ KEJADIAN KEBAKARAN PUSAT PELUPUSAN SAMPAH PADANG CINA, KULIMπŸš‘ PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL ...
29/01/2026

πŸ”₯πŸ”₯ KEJADIAN KEBAKARAN PUSAT PELUPUSAN SAMPAH PADANG CINA, KULIM

πŸš‘ PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS) PKD KULIM

βœ… Pasukan MHPSS Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim telah melaksanakan aktiviti Psychological First Aid (PFA) kepada petugas Bomba πŸ‘¨β€πŸš’ πŸš’ yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Padang Cina, Kulim.

Aktiviti yang dijalankan merangkumi
βœ… sesi taklimat bersama anggota Bomba yang bertugas,
βœ… pengenalpastian risiko kesihatan di lapangan,
βœ… pendidikan penjagaan kesihatan kendiri semasa operasi,
βœ… serta penerangan berkaitan aspek kesihatan mental termasuk keletihan melampau dan pengurusan tekanan.
πŸ’Š Ubatan asas turut dibekalkan kepada anggota yang memerlukan.

πŸ‘πŸ» Pihak PKD Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas Bomba atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat.

Unit NCD / MHPSS
Pejabat Kesihatan Daerah Kulim


KEKAL WASPADA, MALAYSIA MASIH BEBAS PENYAKIT NIPAHSusulan laporan media mengenai wabak Penyakit Nipah di West Bengal, In...
29/01/2026

KEKAL WASPADA, MALAYSIA MASIH BEBAS PENYAKIT NIPAH

Susulan laporan media mengenai wabak Penyakit Nipah di West Bengal, India, KKM ingin memaklumkan bahawa TIADA kes baharu dilaporkan di Malaysia sehingga kini. Kali terakhir wabak ini dikesan di negara kita adalah pada tahun 1999.

Walau bagaimanapun, KKM sentiasa dalam keadaan siap siaga:
βœ… Saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperketatkan.
βœ… Kerjasama 'One Health' bersama Jabatan Veterinar & PERHILITAN.
βœ… Pemantauan berterusan terhadap populasi haiwan liar.

Bagi rakyat Malaysia, terutamanya pengembara ke kawasan berisiko, anda dinasihatkan untuk:
1️⃣ Menjaga kebersihan diri sepenuhnya.
2️⃣ Mengelakkan sentuhan dengan haiwan sakit.
3️⃣ Tidak memakan buah-buahan yang disyaki tercemar (contoh: bekas gigitan keluang).

Bersama kita menjaga kesihatan awam negara.

Jangan lupa..Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda...
29/01/2026

Jangan lupa..

Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

πŸ“Έ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

🦟SITUASI SEMASA WABAK DENGGI DAERAH KULIM 18 JANUARI - 24 JANUARI 2026‼️Terdapat dua kes baru demam denggi dilaporkan πŸ“Œ ...
28/01/2026

🦟SITUASI SEMASA WABAK DENGGI DAERAH KULIM 18 JANUARI - 24 JANUARI 2026

‼️Terdapat dua kes baru demam denggi dilaporkan

πŸ“Œ 2 kes di Mukim Keladi

⏰ Luangkan masa 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes

πŸ›‘Tiada Aedes, Tiada Denggi





πŸŽ‰ TAHNIAH Waffle.my cawangan Serai Wangi Mall πŸŽ‰Atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada Kementerian Kesihat...
28/01/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH Waffle.my cawangan Serai Wangi Mall πŸŽ‰
Atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Komitmen anda dalam menyediakan makanan yang bersih dan selamat amat dihargai. Semoga menjadi contoh kepada premis makanan lain dalam mengekalkan premis yang bersih dan menyediakan makanan yang selamat untuk dimakan.

BKKM, JKN Kedah

πŸŽ‰ TAHNIAH D'LD Dusun 2 pengusaha Gerai No.9 Medan Selera Mini Stadium Kulim πŸŽ‰Atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS...
28/01/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH D'LD Dusun 2 pengusaha Gerai No.9 Medan Selera Mini Stadium Kulim πŸŽ‰
Atas pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Komitmen anda dalam menyediakan makanan yang bersih dan selamat amat dihargai. Semoga menjadi contoh kepada premis makanan lain dalam mengekalkan premis yang bersih dan menyediakan makanan yang selamat untuk dimakan.

BKKM, JKN Kedah

πŸƒπŸ»β€β™‚οΈπ€πŠπ“πˆπ… ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πƒπˆ 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 πŒπˆππ†π†π”Setelah seminggu sibuk bekerja, hujung minggu adalah masa terbaik untuk memu...
28/01/2026

πŸƒπŸ»β€β™‚οΈπ€πŠπ“πˆπ… ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πƒπˆ 𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆 πŒπˆππ†π†π”

Setelah seminggu sibuk bekerja, hujung minggu adalah masa terbaik untuk memulihkan tenaga. Berjalan kaki bukan sekadar senaman, tetapi satu terapi untuk mengurangkan tekanan.

Apabila anda berjalan selama 30 minit, tubuh akan merembeskan hormon endorfin yang memberikan rasa tenang dan gembira.

Ia adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung sambil menikmati udara segar bersama keluarga tercinta.

Mulakan langkah kecil hari ini untuk kesihatan jangka panjang.



πŸ”₯Merujuk kepada kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Padang Cina, Kulim seperti dimaklumkan oleh Pejaba...
27/01/2026

πŸ”₯Merujuk kepada kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal di Padang Cina, Kulim seperti dimaklumkan oleh Pejabat Daerah Kulim, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kulim ingin menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan perkara berikut:

πŸ“ŒPakai pelitup muka
πŸ“ŒTutup tingkap & pintu rumah
πŸ“ŒElakkan berada berhampiran lokasi kejadian
πŸ“ŒDapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas, batuk atau sakit mata

Kredit: Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim




🌫️⚠️NASIHAT KESIHATAN SEKIRANYA TERDEDAH DENGAN JEREBUπŸ“ŒPakai pelitup mukaπŸ“ŒKekalkan hidrasiπŸ“ŒElakkan aktiviti di luar ruma...
27/01/2026

🌫️⚠️NASIHAT KESIHATAN SEKIRANYA TERDEDAH DENGAN JEREBU

πŸ“ŒPakai pelitup muka
πŸ“ŒKekalkan hidrasi
πŸ“ŒElakkan aktiviti di luar rumah
πŸ“ŒDapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas




π“π„πŒππ€π“ πƒπˆπ‹π€π‘π€ππ† πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠTerdapat 28 Tempat Dilarang Merokok berdasarkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2...
27/01/2026

π“π„πŒππ€π“ πƒπˆπ‹π€π‘π€ππ† πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠ

Terdapat 28 Tempat Dilarang Merokok berdasarkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Denda maksimum RM5000.00 akan dikenakan jika merokok di kawasan larangan.

Dapatkan khidmat bantuan berhenti merokok yang disediakan secara percuma di Wellness Hub dan klinik kesihatan kerajaan berhampiran.



ππˆπ‰π€πŠ π“π€ππ†π†π€ππˆ 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒 πŸ’™Stres adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan fiz...
27/01/2026

ππˆπ‰π€πŠ π“π€ππ†π†π€ππˆ 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒 πŸ’™

Stres adalah sebahagian daripada kehidupan seharian. Ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seperti gangguan tidur, keletihan emosi, tekanan darah tinggi serta penurunan daya tumpuan jika tidak diurus dengan baik.

Oleh itu, setiap individu perlu bijak mengenal pasti dan mengurus stres secara sihat.

Mari kita amalkan langkah-langkah berikut:

🀝 Kekal berhubung – Berkongsi perasaan dengan keluarga, rakan atau individu dipercayai membantu mengurangkan beban emosi.

πŸƒ Aktifkan diri – Aktiviti fizikal secara berkala terbukti dapat mengurangkan hormon stres dan meningkatkan mood.

πŸ™ Amalkan rasa syukur – Fokus kepada perkara positif dapat membantu menenangkan minda.

🎨 Teroka minat – Lakukan hobi atau aktiviti yang digemari untuk mengurangkan tekanan.

🎁 Beri – Membantu orang lain memberi kepuasan emosi dan meningkatkan kesejahteraan diri.

πŸ’¬ Jika stres dirasakan semakin mengganggu kehidupan harian, dapatkan bantuan profesional kesihatan. Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal.



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, Kompleks Kesihatan Daerah Kulim, Jalan Hospital
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram