Klinik Kesihatan Changkat Lada

Klinik Kesihatan Changkat Lada KLINIK DI PKD PERAK TENGAH
"KAMI SEDIA MEMBANTU'

πŸ’‘ KERJA SERONOK, MENTAL SIHAT πŸ’‘Ramai fikir kesihatan mental hanya penting bila kita rasa stress atau dah tertekan. Seben...
14/08/2025

πŸ’‘ KERJA SERONOK, MENTAL SIHAT πŸ’‘

Ramai fikir kesihatan mental hanya penting bila kita rasa stress atau dah tertekan. Sebenarnya, menjaga kesihatan mental adalah langkah pencegahan – sama macam kita jaga pemakanan atau bersenam untuk elak sakit fizikal.

Di tempat kerja, kita boleh mula dengan langkah kecil seperti dalam Tips Seronok Bekerja ini:
1️⃣ Ingat matlamat kita bekerja – beri makna pada setiap tugasan.
2️⃣ Lakukan yang terbaik dalam setiap kerja – bukan untuk sempurna, tapi untuk rasa puas hati.
3️⃣ Siapkan kerja tepat pada masa – elak beban menimbun.
4️⃣ Mulakan rasa seronok dari diri sendiri – bawa emosi positif.
5️⃣ Bina hubungan baik dengan rakan sekerja – saling sokong, saling faham.
6️⃣ Hargai diri atas usaha – raikan pencapaian kecil dan besar.

🌿 Ingat, kesihatan mental sama penting seperti kesihatan fizikal. Tiada siapa patut rasa malu untuk bercakap tentangnya atau dapatkan bantuan bila perlu.

πŸ“’ Jom kita jadikan tempat kerja sebagai ruang selamat untuk semua – bebas stigma, penuh sokongan.

πŸ—£οΈ *KEMPEN PEMBERIAN VAKSIN TAMBAHAN MEASLES RUBELLA (MR SIA) PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH* ⏱️ *TEMPOH KEMPEN* ...
13/08/2025

πŸ—£οΈ *KEMPEN PEMBERIAN VAKSIN TAMBAHAN MEASLES RUBELLA (MR SIA) PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH*

⏱️ *TEMPOH KEMPEN* : 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025

πŸ“ *OBJEKTIF KEMPEN* :
-Mengurangkan penularan jangkitan Measles/Rubella disebabkan peningkatan ketara kes
-Memberikan perlindungan tambahan kepada kanak kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun yang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk akibat penyakit Measles
- Meningkatkan imuniti kelompok ( Herd Immunity)

🐣 *SIAPA YANG LAYAK MENERIMA DOS TAMBAHAN VAKSIN MR* :
Kanak kanak yang lahir pada 1 Ogos 2020 sehingga 31 Januari 2025

πŸ₯ *CARA MENDAPATKAN VAKSIN MR* :
- Temujanji melalui Aplikasi Mysejahtera
- Temujanji/walk in ke Klinik Kesihatan terdekat di dalam daerah

πŸ’΅ *KADAR BAYARAN* :
Pemberian vaksin MR adalah secara *PERCUMA* kepada semua Warganegara dan Bukan Warganegara.


,LindungiKomuniti
,ProtectOurChildren

Gotong - royong Klinik Kesihatan Changkat Lada bersama Panel Penasihat.Ini adalah cetusan idea ahli panel penasihat Klin...
08/08/2025

Gotong - royong Klinik Kesihatan Changkat Lada bersama Panel Penasihat.

Ini adalah cetusan idea ahli panel penasihat Klinik Kesihatan Changkat Lada sendiri iaitu Encik Sallehuddin dan Encik Shaharudin. Aktiviti dibantu bersama beberapa ahli panel penasihat yng lain dan staff klinik. Malah beberapa panel penasihat telah sukarela menaja tanah,payung kerusi batu dan berhasrat menaja cat untuk mengecat kawasan taman di persekitaran klinik.

Objektif :
1. Membersih dan mencantikkan persekitaran klinik.
2. Menyokong pelaksanaan aktiviti berkaitan EKSA.
3. Mengeratkan silaturahim antara staf klinik dan ahli panel penasihat.

Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa : 8 - 11 pagi
Tempat : Persekitaran kawasan Klinik Kesihatan Changkat Lada termasuk persekitaran kuarters.
Yang terlibat : 15 staff klinik kesihatan termasuk staff BAKAS. Ahli Panel Penasihat yang terlibat :
1) Sallehuddin bin Abdullah
2) Zawiah bt Abdul Muain
3) Abdul Shukur bin Napian
4) Mohd Lazim bin It or
5) Maslia bt Muhammad

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya ahli panel penasihat. Jasa anda amat kami hargai.

30/07/2025
🌟 JOM SERTAI PROGRAM WOW ZOOMERS 2025! 🌟Bersama-sama kita menyertai aktiviti menarik dan mendapat pelbagai manfaat untuk...
10/07/2025

🌟 JOM SERTAI PROGRAM WOW ZOOMERS 2025! 🌟

Bersama-sama kita menyertai aktiviti menarik dan mendapat pelbagai manfaat untuk kesihatan anda! πŸ₯πŸ’ͺ

πŸ“… Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
⏰ Masa: 7:30 Pagi - 1:00 Petang
πŸ“ Tempat: Surau At-Tarbiah, Taman Desa Tanjung Fasa 4

✨ Aktiviti Menarik Menanti Anda! ✨
β€’ Saringan & Pemeriksaan Kesihatan
β€’ Gotong-royong Cari & Musbah Tempat Pembiakan Aedes
β€’ Forum Kesihatan: Pemakanan Sihat, Hidup Aktif, Cegah Penyakit Tidak Berjangkit
β€’ Ceramah Kesihatan: Makan Sihat, Hidup Hebat
β€’ Pameran Kesihatan

πŸŽ™οΈ Panel Forum & Penceramah:
β€’ Dr. Hasmaizal Bin Hassim – Pakar Perubatan Kesihatan Awam
β€’ Dr. Ain Sabrina Binti Mohamed Amirudin – Pakar Perubatan Keluarga
β€’ Anis Basyirah Bin Abdul Hamid – Pegawai Sains Pemakanan
β€’ Mohd Amirulamin Bin Zainal – Pegawai Psikologi

Jangan lepaskan peluang untuk mendalami topik kesihatan penting dan meningkatkan gaya hidup sihat bersama komuniti! πŸ’¬πŸ’š

πŸ‘‰ Follow & Share untuk info lebih lanjut!
πŸ”— Facebook: Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah

Perhatian semua‼️*Moh.. dapatkan vaksin HPV secara PERCUMA di semua klinik-kesihatan berhampiran mulai 10 Julai 2025.*Ji...
09/07/2025

Perhatian semua‼️

*Moh.. dapatkan vaksin HPV secara PERCUMA di semua klinik-kesihatan berhampiran mulai 10 Julai 2025.*

Jika anak anda
- Remaja Perempuan
- berumur 13-18 tahun
- belum pernah menerima vaksin HPV
- remaja yg tercicir daripada menerima imunisasi HPV semasa di sekolah.
- Bersekolah di sekolah swasta
- Remaja yg tidak bersekolah

Boleh dapatkan vaksin HPV secara Janji temu melalui Mysejahtera atau boleh walk in ke mana-mana klinik kesihatan berhampiran.

*Hanya sekali sahaja suntikan diperlukan sebagai usaha MENCEGAH KANSER SERVIKS bagi anak-anak anda!*

.

ADAKAH ANAK ANDA MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN SETIAP HARI?πŸ“Š Data NHMS 2024 menunjukkan:1 daripada 2 kanak-kanak berumur ...
22/06/2025

ADAKAH ANAK ANDA MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN SETIAP HARI?

πŸ“Š Data NHMS 2024 menunjukkan:
1 daripada 2 kanak-kanak berumur 5-9 tahun tidak makan sekurang-kurangnya 5 kumpulan makanan sehari! Ini boleh menjejaskan pertumbuhan, pembelajaran dan kesihatan mereka.
Kanak-kanak disarankan untuk makan minimum 5 daripada 10 kumpulan makanan harian untuk memastikan mereka mendapat nutrien yang mencukupi seperti protein, vitamin, zat besi dan kalsium. πŸ’ͺ🍎πŸ₯šπŸ₯¦

πŸ“Š Antara makanan yang PALING banyak dimakan:
βœ… Bijirin & ubi (97.8%)
βœ… Daging, ikan & ayam (87.8%)
❌ Tapi… hanya 8.4% makan kekacang & biji-bijian!
Kumpulan kekacang dan biji-bijian mengandungi lemak baik yg membantu perkembangan otak anak anda.

πŸ‘‰ Jom bantu anak kita jadi lebih sihat! Mulakan dengan menambah pelbagai jenis makanan dalam diet harian mereka.

Sumber : Bahagian Pemakanan, KKM

πŸ“’ Penting Untuk Pesakit Diabetes!Tahukah anda cara penyimpanan insulin yang betul boleh mempengaruhi keberkesanan rawata...
14/06/2025

πŸ“’ Penting Untuk Pesakit Diabetes!

Tahukah anda cara penyimpanan insulin yang betul boleh mempengaruhi keberkesanan rawatan anda? πŸ’‰

🟑 Insulin yang sedang digunakan:
βœ… Simpan pada suhu bilik.
βœ… Letak di tempat tinggi, dalam bekas sesuai.
❌ Jangan simpan di kawasan panas, berhampiran sumber haba, atau dalam peti sejuk.
❌ Elak dari kawasan mudah dicapai kanak-kanak.

πŸ”΅ Insulin yang belum digunakan:
βœ… Simpan dalam peti sejuk pada suhu 2Β°C – 8Β°C.
βœ… Letakkan secara mendatar di bahagian tengah peti sejuk.
❌ Jangan simpan di bahagian sejuk beku atau di pintu peti sejuk.

❀️ Ambil ubat diabetes dengan betul untuk kurangkan risiko komplikasi seperti:
β€’ Masalah jantung πŸ«€
β€’ Strok 🧠
β€’ Kerosakan mata πŸ‘οΈ
β€’ Kerosakan buah pinggang 🩻
β€’ Kerosakan saraf 🦡

πŸ“Œ Jom amalkan pengambilan ubat yang betul & simpan insulin dengan cara yang betul untuk kesihatan yang lebih baik! 🌟

Address

Kampung Gajah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Changkat Lada posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share