Hospital Rehabilitasi Cheras

  • Home
  • Hospital Rehabilitasi Cheras

Hospital Rehabilitasi Cheras Visi
Menjadi hospital rehabilitasi bertaraf dunia dengan memberikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh

Misi
1.

Ditubuhkan sejak Tahun 2012, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) adalah merupakan satu-satunya institusi perubatan khas kerajaan yang memfokuskan rawatan perubatan rehabilitasi secara holistik.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami” Mencapai potensi yang optimum bagi pesakit melalui penyampaian perkhidmatan rehabilitasi yang menyeluruh.

2. Memperoleh kecemerlangan di dalam perkhidmatan rehabilitsi melalui latihan berkualaiti dan amalan “Evidence-based Practice”.

3. Untuk meningkatkan perkembanagn ilmu terkini melalui integrasi penemuan saintifik dan bidang penyelidikan klinikal.

HRC MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PKN JKNPSeusai lawatan ke IHT Rehabilitation Centre pagi tadi, YBhg. Dato’ Dr. Fa...
08/09/2025

HRC MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PKN JKNP

Seusai lawatan ke IHT Rehabilitation Centre pagi tadi, YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Kehadiran beliau disambut baik oleh Pengarah HRC, YBrs. Dr. Faizul Nizam Abu Salim bersama barisan pengurusan tertinggi hospital.

Kunjungan ini juga membuka ruang perbincangan berkaitan hala tuju, cabaran dan potensi kerjasama dalam memperkukuhkan bidang rehabilitasi serta penjagaan kesihatan bersifat holistik di Malaysia.

HRC amat berbesar hati menerima lawatan ini dan berharap jalinan hubungan strategik antara negeri dan fasiliti persekutuan dapat terus diperkukuh.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”

HRC MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IHT REHABPagi tadi, HRC telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke IHT Rehab ...
08/09/2025

HRC MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE IHT REHAB

Pagi tadi, HRC telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke IHT Rehab di Glenmarie yang turut disertai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang YBhg. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin.

Lawatan ini bertujuan meninjau operasi pusat rehabilitasi swasta dan berkongsi amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan rehabilitasi holistik yang terdapat di IHT Rehab.

Delegasi HRC yang diketuai oleh Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Faizul Nizam Abu Salim turut disertai oleh YBrs. Dr. Tony Henderson Jeyarajah N. Sivarajah, Timbalan Pengarah Perubatan, YBrs. Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan, YBrs. Dr. Norhayati Hussein, Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Encik Mohd Hazwan bin Anor Basri, Ketua Unit Terapi Carakerja, Encik Muhammad Mihrab bin Zain Azman, Ketua Unit Perhubungan Awam, Encik Syed Ismail Idlan Aidid Syed Mohd Suhaimi, Penolong Pegawai Perhubungan Awam serta Matron Farizan binti Mustaffa, Ketua Penyelia Jururawat.

Delegasi telah disambut mesra oleh pasukan IHT Rehab yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ong Kua Ghee, Pengurus Besar IHT Selangor dan Dr. Azirah, Pengarah Perubatan & Pakar Perunding. Beliau kemudiannya membawa meninjau fasiliti serta memberi taklimat menyeluruh mengenai operasi di IHT.

Semoga jalinan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta demi manfaat pesakit dan pembangunan rehabilitasi negara hendaknya.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - JURUTEKNIK MEKANIKALDi sebalik kelancaran operasi hospital, ada tenaga muda seperti Ilham yang s...
08/09/2025

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - JURUTEKNIK MEKANIKAL

Di sebalik kelancaran operasi hospital, ada tenaga muda seperti Ilham yang sentiasa memastikan sistem mekanikal berfungsi dengan baik demi keselesaan dan keselamatan pesakit serta warga kerja.

Komitmen dan kepakaran anda amat kami hargai. Tanpa anda, kesejahteraan persekitaran rawatan dan keselamatan warga HRC tidak akan dapat dicapai dengan sempurna.

Terima kasih kerana terus bersama kami di HRC demi menjayakan misi pemulihan dan kesihatan untuk semua.

Setiap gambar adalah cerita. Setiap foto menggambarkan kisah perjuangan rakyat. Ia adalah cerminan bahawa setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang atau cabaran hidup, tetap mempunyai peranan dalam membina negara.

Kongsikan cerita anda di https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my/

“Harapan Anda,Inspirasi Kami”




08/09/2025
TERIMA KASIH YAYASAN BUDI PENYAYANGHospital Rehabilitasi Cheras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ...
08/09/2025

TERIMA KASIH YAYASAN BUDI PENYAYANG

Hospital Rehabilitasi Cheras merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) atas sumbangan lukisan bertemakan kapal layar yang kini menghiasi Wad 2A Rehabilitasi Pediatrik.

Lukisan Batik tersebut dihasilkan semasa sambutan Hari Batik Malaysia 2024 lepas di mana 200 orang kanak-kanak dan orang awam dijemput mewarnakan Lukisan Batik.

Lukisan ini bukan sahaja menceriakan suasana wad, malah menjadi simbol harapan dan semangat untuk anak-anak yang sedang menjalani rawatan. Semoga lukisan ini terus memberi inspirasi, ketenangan dan keceriaan kepada pesakit cilik kita setiap hari.

Terima kasih atas sokongan berterusan Yayasan Penyayang dalam menyantuni komuniti kesihatan dan pesakit kami.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”





SELAMAT MENYAMBUT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA | 8 September 2025Selamat menyambut Hari Fisioterapi Sedunia kepada semua ahl...
08/09/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA | 8 September 2025

Selamat menyambut Hari Fisioterapi Sedunia kepada semua ahli fisioterapi yang menjadi tulang belakang dalam pemulihan pesakit, mengembalikan fungsi, harapan dan semangat untuk kembali berdikari khususnya buat semua yang bertugas di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Terima kasih atas dedikasi anda yang tiada henti dalam membantu pesakit mencapai kualiti hidup yang lebih baik, satu langkah demi satu langkah. 👣💪

Pergerakan adalah ubat, dan fisioterapi adalah kuncinya!

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”

Ikhlas daripada,

Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Rehabilitasi Cheras





PROGRAM SARINGAN SERVIKS PCR HPV PERCUMA BERSAMA ROSE FOUNDATION DAN ETIQA CHERAS BERJAYA MENARIK LEBIH 58 WANITA MEMBUA...
07/09/2025

PROGRAM SARINGAN SERVIKS PCR HPV PERCUMA BERSAMA ROSE FOUNDATION DAN ETIQA CHERAS BERJAYA MENARIK LEBIH 58 WANITA MEMBUAT SARINGAN

Pagi tadi, Hospital Rehabilitasi Cheras dengan kerjasama The ROSE Foundation, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras dengan tajaan Etiqa Cares telah menganjurkan Program Saringan Serviks PCR HPV Percuma di Dewan Persatuan Penduduk Blok 96, PA Seri Kota, Bandar Tun Razak.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Erzny Ashura binti Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Rehabilitasi Cheras bagi mewakili Pengarah Hospital yang terlibat dengan urusan lain pada waktu yang sama.

Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan seramai 58 wanita berjaya menjalani saringan menggunakan kaedah pensampelan kendiri yang selesa, mudah dan berkesan dalam mengesan risiko kanser serviks.

Antara matlamat penganjuran program ini ialah bagi meningkatman kesedaran dan akses saringan awal kanser serviks dan menyokong golongan B40 dalam penjagaan kesihatan diri.

Peserta juga diberi maklumat mengenai Klinik Nur Kaseh HRC, yang menawarkan perkhidmatan saringan kanser serviks dan pemeriksaan klinikal payudara secara berterusan di hospital.

Turur hadir memberikan sokongan ialah Tuan Azari Abu Adam - Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras, Puan Yogeswary S. Veloo - Wakil Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Puan Tan Siew Ping - Pengarah Servis Korporat ROSE Foundation, Encik Mohd Zaizie bin Abdul Rahim - Penyelia Daerah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan, Puan Norimah - Pengerusi Penduduk Seri Kota, Tuan Hj Razlan - KRT Makmur, Encik Kamarul Nizam - Komuniti Bandar Tun Razak dan Tuan Hj. Mohammad Zin Surif - Pengerusi KRT.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Komitmen anda membawa harapan besar kepada kesihatan wanita Malaysia.

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - PEGAWAI PERUBATAN UNIT KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN HRCDi sebalik sistem kesihatan awam yang ceka...
07/09/2025

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - PEGAWAI PERUBATAN UNIT KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN HRC

Di sebalik sistem kesihatan awam yang cekap, berdirilah individu-individu berdedikasi seperti Dr. Kavitha, seorang Pegawai Perubatan yang bekerja tanpa mengira masa demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pegawai Perubatan Unit Kualiti Penjagaan Perubatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, memainkan peranan penting dalam pengurusan hospital terutamanya dari aspek kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Dari memastikan pematuhan piawaian, audit dalaman, hingga meningkatkan mutu penjagaan pesakit setiap hari, kerja mereka mungkin tak selalu kelihatan, tapi impaknya sangat besar.

Terima kasih kerana memastikan setiap rawatan bukan saja selamat, tapi penuh nilai kemanusiaan. 💪

Kualiti bukan sekadar prosedur — ia adalah jiwa dalam setiap rawatan.

Setiap gambar adalah cerita. Setiap foto menggambarkan kisah perjuangan rakyat. Ia adalah cerminan bahawa setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang atau cabaran hidup, tetap mempunyai peranan dalam membina negara.

Kongsikan cerita anda di https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my/

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”





BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - PEGAWAI PERGIGIANDi sebalik setiap senyuman pesakit, ada usaha gigih petugas kesihatan pergigian...
06/09/2025

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - PEGAWAI PERGIGIAN

Di sebalik setiap senyuman pesakit, ada usaha gigih petugas kesihatan pergigian dari Unit Pergigian Penjagaan Khas yang sentiasa komited dalam memastikan pesakit mendapat penjagaan mulut yang menyeluruh, selamat dan berkesan, terutamanya dalam kalangan pesakit istimewa dan rehabilitasi.

Mereka melambangkan dedikasi petugas awam yang bukan sahaja merawat, malah menyantuni dengan penuh empati.

Setiap hari, mereka menjalankan tugas dengan penuh ketelitian dan empati dalam memastikan pesakit HRC, terutamanya golongan berkeperluan khas, menerima rawatan pergigian terbaik.

Mereka adalah antara barisan profesional yang gigih memberikan perkhidmatan berkualiti, bukan hanya untuk merawat, tetapi juga untuk memulihkan keyakinan diri melalui senyuman yang sihat.

Terima kasih atas dedikasi dan khidmat bakti anda!

Setiap gambar adalah cerita. Setiap foto menggambarkan kisah perjuangan rakyat. Ia adalah cerminan bahawa setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang atau cabaran hidup, tetap mempunyai peranan dalam membina negara.

Kongsikan cerita anda di https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my/

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”






JOM LUANGKAN MASA HUJUNG MINGGU ANDA DENGAN MELAKUKAN SARINGAN SERVIKS PCR HPV PERCUMA!Orang ramai dijemput hadir untuk ...
05/09/2025

JOM LUANGKAN MASA HUJUNG MINGGU ANDA DENGAN MELAKUKAN SARINGAN SERVIKS PCR HPV PERCUMA!

Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai Program ROSE dengan melakukan saringan serviks PCR HPV percuma tajaan Etiqa untuk wanita-wanita di Bandar Tun Razak ! 🌹

Saringan akan dilakukan di tarikh & lokasi berikut:

Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi: Dewan Persatuan Penduduk Blok 96, PA Seri Kota, Bandar Tun Razak
Link Lokasi: https://maps.app.goo.gl/WmtawdGq96H2e8pz8

Kelebihan saringan serviks PCR HPV ROSE adalah:
✅Pensampelan kendiri (tanpa menggunakan mulut itik/spekulum)
✅Lebih tepat untuk mengesan risiko kanser serviks
✅Hanya perlu dilakukan setiap 5 - 10 tahun
✅Keputusan dihantar melalui SMS/WhatsApp

Sila semak syarat kelayakan anda yang terdapat di poster dan jangan lepaskan peluang dengan membuat pra-pendaftaran di link ini:

https://forms.gle/oahWzddrkDKZ8iNV7

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”

05/09/2025

Vaksinasi tambahan campak rubela (MR) untuk anak-anak anda kini dibuka! 👶

Pejabat Kesihatan Cheras mengadakan Aktiviti Imunisasi Tambahan Vaksin Measles Rubella (MR) untuk anak-anak berusia 6 bulan hingga 59 bulan.

Sila rujuk gambar untuk lokasi dan tarikh yang terdekat dengan anda. Jom lindungi anak-anak kita daripada penyakit campak dan rubela.

AEON Maluri: 5-6 Sep (2 PM - 8 PM)

Pangsapuri Sri Penara: 6 Sep (9 AM - 2 PM)

NADI/PPR Desa Tun Razak: 6 Sep (9 AM - 3 PM)

PPR Salak Jaya & Taman Salak Jaya: 7 Sep (9 AM - 3 PM)

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - JURUTEKNIK KOMPUTERDi sebalik kelancaran sistem teknologi hospital, ada tangan-tangan cekap yang...
05/09/2025

BERSAMA MALAYSIAKU 🇲🇾 - JURUTEKNIK KOMPUTER

Di sebalik kelancaran sistem teknologi hospital, ada tangan-tangan cekap yang sentiasa bersedia dalam memastikan setiap peranti berfungsi, setiap sambungan berjalan lancar, dan setiap sistem terus menyokong keperluan warga kerja dan pesakit.

Juruteknik Komputer adalah merupakan antara tulang belakang penting dalam memastikan sistem teknologi hospital berfungsi lancar – dari komputer hingga rangkaian ICT yang menyokong operasi harian hospital.

Dedikasi dan kepakaran mereka membuktikan bahawa mereka mampu menjadi penggerak sistem kesihatan negara dari balik tabir teknologi.

Sumbangan mereka amat besar dalam menyokong kelancaran operasi hospital, demi kesejahteraan warga kerja dan pesakit.

Terima kasih atas komitmen dan kepakaran anda!

Setiap gambar adalah cerita. Setiap foto menggambarkan kisah perjuangan rakyat. Ia adalah cerminan bahawa setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang atau cabaran hidup, tetap mempunyai peranan dalam membina negara.

Kongsikan cerita anda di https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my/

“Harapan Anda, Inspirasi Kami”





Address

Jalan Yaakob Latif

56000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60391453400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Rehabilitasi Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram