Jamu Aura Kembali Dara/Aura Kembali Teruna

Jamu Aura Kembali Dara/Aura Kembali Teruna Aset penjagaan Dalaman Wanita TERBAIK

APAKAH ITU PENYAKIT  ?Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pa...
10/04/2020

APAKAH ITU PENYAKIT ?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Masalah beguk ini selalunya menjangkiti kanak-kanak. Terdapat kepercayaan orang terdahulu dimana mereka menggunakan nila untuk merawat penyakit tersebut. Tetapi perlu diketahui bahawa virus beguk ini selalunya akan baik dengan sendiri tanpa menggunakan sebarang rawatan termasuk menggunakan antibiotik.
TANDA DAN GEJALA BEGUK
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
1. Demam
2. Sakit kepala
3. Mulut kering dan hilang selera
4. Keletihan
5. Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.
APAKAH KOMPLIKASI YANG BOLEH BERLAKU?
Komplikasi bagi penyakit beguk ini jarang dijumpai. Tetapi ia akan menyebabkan akibat yang buruk jika seseorang itu menghadapinya. Beberapa komplikasi tersebut adalah :
1. Encephalitis (Pembengkakan pada otak)
2. Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak)
3. Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas)
4. Orchitis (Lebam pada te**is) berlaku pada lelaki dewasa
5. Pekak
BAGAIMANAKAH UNTUK MERAWAT BEGUK?
Majoriti daripada pesakit yang menghadapi penyakit ini akan baik dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa ubat. Ini disebabkan jangkitan tersebut berasal daripada virus. Oleh itu, badan sendiri akan menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut.
Jika anda mempunyai beguk, anda boleh melakukan beberapa tips ini untuk mengurangkan penderitaan anda. Ia adalah :
1. Menggunakan ubat paracetamol untuk mengurangkan suhu, sakit kepala mahupun untuk mengurangkan sakit dikawasan beguk tersebut.

2. Mengambil lebih minuman. Ia bertujuan untuk mengelakkan dehidrasi

3. Beguk tersebut boleh dituam dengan bungkusan air sejuk ataupun air panas(terp**ang kepada anda) untuk mengurangkan rasa sakit.
Bagi orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

C&P

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL MUNGKIN TANDA KANSER RAHIMKanser rahim mudah dikesan kerana ia mempunyai gejala (tanda) yan...
19/02/2020

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL MUNGKIN TANDA KANSER RAHIM
Kanser rahim mudah dikesan kerana ia mempunyai gejala (tanda) yang sangat jelas. Antaranya ialah pendarahan yang berlaku selepas menopause. Ramai wanita yang sudah menopause yang mengambil sikap sambil lewa kerana menyangka mereka mengalami darah haid semula.
Sebab itu ramai yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkannya sehingga sel kanser dalam rahim merebak ke tahap yang lebih bahaya. Oleh itu jika seseorang wanita yang sudah mengalami menopause, kemudian mengalami pendarahan seperti darah haid, mereka sepatutnya segera membuat pemeriksaan dengan doktor.
Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim.

C&P

PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu...
04/02/2020

PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN
“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”
Waalaikumsalam. Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.

Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini. Antara puncanya ialah :
1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic O***y Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahim tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan yang banyak. Kitaran haid juga menjadi tidak teratur menyebabkan ketidaksuburan kerana tiada ovulasi.
2. Fibroids iaitu ketumbuhan yang tidak berbahaya yang berlaku dalam rahem.
3. Endometriosis
4. Jangkitan kuman di kawasan pelvis (Pelvic Inflammatory Disease) terutamanya kuman chlamydia yang harus dirawat dengan antibiotik.
4. Endometrial Polyps, iaitu ketumbuhan yang tidak bahaya dalam rahim .
5. Endometrial Cancer iaitu ketumbuhan yang bahaya dalam rahim tetapi ia jarang berlaku.
6. Hypothyroidism iaitu masalah kekurangan hormone thyroid.
7. Wanita yang menggunakan alat pencegah kehamilan ‘intrauterine contraceptive device’ (IUCD) juga mengalami masalah ini.
8. Pesakit yang menggunakan ubat pencair darah seperti warfarin.
9. Pesakit yang mempunyai penyakit ‘darah cair’.
10. Wanita yang baru menghentikan pengambilan pil atau suntikan pencegah kehamilan.
Jadi saya mencadangkan jika seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang banyak setiap bulan, haruslah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Carilah doktor yang berpengalaman dalam melakukan pemeriksaan dalaman yang sempurna dan baik.

Bestnya beli jamu   Badan sihat makan jamu Bertambah berseri lagi dengan rantai tangan homemade akk😍Nah 4 botol sekali o...
30/01/2020

Bestnya beli jamu



Badan sihat makan jamu

Bertambah berseri lagi dengan rantai tangan homemade akk😍

Nah 4 botol sekali order

Order banyak banyak baru tak kalut😆

Bukan calang calang tau

Bukan agen tau

Tapi regular customer AKD

Untuk makan sendiri ja

Badan dah serasi buat apa nak tukaq

Teruskan konsisten sampai akhir hayat

insyaAllah

Badan dengan izin Allah

Jom berjamu tanpa jemu

www.wasap.my/+60134070506

Makanan yang perlu dielakkan semasa dalam BERPANTANG:-Ikan yang perlu dielakkan:Ikan Keli & SembilangIkan PatinIkan Pari...
08/01/2020

Makanan yang perlu dielakkan semasa dalam BERPANTANG:-

Ikan yang perlu dielakkan:

Ikan Keli & Sembilang
Ikan Patin
Ikan Pari
Ikan Duri
Ikan Cencaru
Ikan Kembung
Ikan Tongkol
Ikan Bawal Hitam
Ikan Terubuk
Ikan Parang
Ikan yang mengandungi bisa dilarang ibu berpantang mengambilnya kerana ia boleh menyebabkan ibu mengalami turun darah dan bentan.

Sayur yang perlu dielakkan:

Timun
Brokoli
Kubis
Terung
Sayur keladi
Petola
Kangkung
Bayam
Pucuk Ubi
Pucuk Paku
Mengambil sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu dan baby kembung serta sakit-sakit badan.

Buah yang perlu dielakkan:

Nenas
Tembikai susu/merah.
Epal hijau
Pisang
Cempedak
Nangka
Manggis
Langsat
Betik
Ciku

Ada sesetengah buah-buah ini bersifat sejuk dan tidak sesuai diambil oleh ibu berpantang.


10 MAKANAN BERKESAN SELAMAT JANTUNG TERSUMBAT1. *Oat*Bahan utamanya adalah fiber yang menghalang pembentukan kolesterol....
19/11/2019

10 MAKANAN BERKESAN SELAMAT JANTUNG TERSUMBAT

1. *Oat*
Bahan utamanya adalah fiber yang menghalang pembentukan kolesterol. Saranan ahli pakar, makan 2 cup oat masak setiap hari untuk buang 20% kolesterol yang terkandung dalam badan.

2. *Jus Kranberi*
3 cawan jus kranberi setiap minggu boleh membuang lemak dan kolesterol yang menyempitkan saluran darah. Malah, jus kranberi bantu tingkatkan kebolehan sel menghasilkan tenaga daripada lemak. Maka, lemak tidak lagi bergumpal di saluran darah.

3. *Delima*
Anti-oxidant dalam delima membantu menghalang saluran darah tersumbat dan menghalang terjadinya jantung tersumbat.

4. *Bayam*
Bayam yang kaya dengan folic acid dan potassium menghalang terjadinya hipertension. Ia menghalang pembentukan kolesterol dalam badan.

5. *Anggur*
Anggur juga membantu menghalang pembentukan kolesterol dalam badan. Dah la sedap, bagus p**ak anggur.

6. *Ikan*
Ikan terutamanya Salmon dan tuna kaya dengan omega-3 yang menghalang lemak melekat pada dinding saluran darah.

7. *Kiwi*
Kiwi mengandungi anti-oxidant yang sangat tinggi. Oleh itu, ia berupaya menghalang pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan.

8. *Bawang Putih*
Kalau ikut petua orang-orang dulu, mereka selalu pesan makan bawang putih. Sebenarnya memang sangat baik bawang putih ni sebab dia berupaya merawat pelbagai penyakit terutamanya masalah tekanan darah tinggi, masalah jantung dan yang terbaru, bawang putih juga dapat menghalang saluran darah di jantung (coronary) daripada tersumbat.

9. *Minyak Zaitun*
Minyak Zaitun adalah antara makanan sunnah yang sangat digalakkan. Kenapa? Kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa minyak zaitun sangat boleh menghalang penggumpalan kolesterol di dalam badan. Minyak zaitun bertindak melekat pada dinding saluran darah dan menghalang sebarang lemak berbahaya dan kolesterol melekat pada dinding saluran darah.

10. *Tomato*
Antioxidant yang membuatkan tomato menjadi merah berupaya menghalang pembentukan kolesterol dalam badan. Makan tomato yang jumlah yang banyak sangat bagus untuk membebaskan diri daripada sebarang masalah berkaitan sistem saluran darah dan jantung.

C&P

BILA LAKUKAN PAP SMEAR  Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahim. Selain itu...
04/11/2019

BILA LAKUKAN PAP SMEAR
Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahim. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada f***j.
American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan pada wanita yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa negara barat, ia digalakkan pada wanita seawall umur 21 tahun.
Ini kerana pemeriksaan pap smear akan menyebabkan kecederaan selaput dara. Di Malaysia kebiasaannya wanita berusia 30 tahun telah pun berkahwin. Oleh itu pap smear dilakukan pada usia 30 tahun. Bagi mereka yang telah berkahwin, ia boleh dilakukan segera pada sebarang umur. Begitu juga dengan wanita yang aktif dalam hubungan seksual di usia yang lebih muda, pemeriksaan pap smear perlu dilakukan lebih awal.
Kebanyakan wanita di negara-negara barat telah mula melakukan hubungan seksual yang aktif pada usia 18 tahun. Jadi risiko jangkitan kuman dan kanser pada pangkal rahim lebih tinggi di kalangan mereka berbanding dengan wanita di Malaysia.
Secara umumnya, doktor mengesyorkan pemeriksaan pap smear setiap setiap tiga tahun, atau setiap lima tahun sekali. Bagi wanita yang lebih tinggi risikonya, pemeriksaan yang lebih kerap (setahun sekali) harus dilakukan.
Antara faktor itu adalah :
1. Pemeriksaan pap smear sebelum ini yang menunjukkan terdapat sel-sel prakanser atau sel-sel yang tidak normal.

2. Pernah terdedah pada bahan ‘dietilstilbestrol’ (DES) ketika ibu sedang hamil

3. Mengalami jangkitan HIV

4. Sistem imun yang lemah akibat pemindahan organ, rawatan kemoterapi atau penggunaan kortikosteroid (steroid) yang lama.

5. Mempunyai sejarah keluarga (ibu, saudara perempuan) menghidap penyakit kanser pangkal rahim
Berbincanglah dengan doktor yang biasa merawat mengenai manfaat dan risiko pap smear bagi menentukan masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan pap smear.

BUAH AVOCADO BAGUS UNTUK KESUBURANAvocado mengandungi vitamin E yang tinggi. Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan perg...
01/11/2019

BUAH AVOCADO BAGUS UNTUK KESUBURAN

Avocado mengandungi vitamin E yang tinggi. Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan pergerakan s***m. Ini penting untuk membolehkan persenyawaan telur berlaku.

Ia juga kaya dengan folik asid yang penting untuk meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki. Folik asid juga boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi anda.

Avocado juga mempunyai kandungan lemak baik yang dikenali sebagai ‘monosaturated fat’ yang penting untuk mengawal sistem hormon di dalam badan dan boleh membantu merendahkan kolesterol.

RAWATAN KANSER PAYUDARA PERINGKAT SATU Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel...
31/10/2019

RAWATAN KANSER PAYUDARA PERINGKAT SATU
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Ia juga boleh menyebabkan kematian.
Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu. Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor, terbentuk kerana pengump**an sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak.
Seorang wanita itu sendiri dapat mengesan kanser payudara apabila mula menyedari bahawa terdapat bengkakan dalam payudaranya bersama tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan. Ini mungkin tanda permulaan kanser payudara. Di samping itu terdapat juga bengkakan kelenjar di ketiak yang abnormal.
Untuk mendiagnosis kanser payudara, doctor akan melakukan pemeriksaan mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.
Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
Peringkat II merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke kelenjar di ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke kelenjar ketiak; atau telah merebak ke kelenjar di dalam tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Biasanya pada peringkat I, rawatan yang diberikan ialah pembedahan dan diikuti dengan radioterapi, atau salah satu rawatan ini. Ini bergantung kepada jenis sel kanser payudara itu. Kemoterapi tidak diperlukan.

  YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita y...
31/10/2019

YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR
Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu. Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak. Dari sudut syari'e pendarahan haid yang melebihi 15 hari dikira sebagai darah istihadah, di mana seorang wanita itu diwajibkan bersolat dan berpuasa.
Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah :
👉KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahim (endometrium) menjadi tebal, kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
👉KEGAGALAN FUNGSI OVARI

Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia tidak melepaskan telur dan ovulasi tidak berlaku. Ini mengakibatkan tubuh gagal menghasilkan hormon progesteron, dan akhirnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
👉FIBROID RAHIM

Fibroid rahim boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa.
👉POLIP

Ia adalah ketumbuhan yang kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahim dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Polip rahim sering berlaku pada usia wanita 30an akibat penghasilan kadar hormon yang tinggi.
👉ADENOMYOSIS

Keadaan ini berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahim (endometrium) menjadi tertanam di dalam otot rahim, biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan dan haid yang menyakitkan. Adenomyosis sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang telah mempunyai anak.
👉ALAT PERANCANG KEHAMILAN DALAM RAHIM (IUD)

Menorrhagia merupakan kesan sampingan apabila seorang wanita menggunakan alat perancang kehamilan IUD yang tidak mempunyai tambahan hormon. Jika IUD adalah penyebab pendarahan haid yang berlebihan, maka dinasihatkan agar alat ini dikeluarkan.
👉KANSER

Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan, tetapi jarang berlaku.
👉PENYAKIT KETURUNAN BERKAITAN DENGAN GANGGUAN PEMBEKUAN DARAH

Penyakit seperti penyakit Von Willebrand, suatu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku, ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal.

👉UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan tahan sakit dan pencair darah boleh menyumbang kepada masalah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
Jika anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan bagi mencari punca masalah ini.

Hanya Allah saja yang tahu nikmatnya berniagaSaling bantu membantu ringankan beban keluargaRezeki HALAL dikongsi bersama...
24/10/2019

Hanya Allah saja yang tahu nikmatnya berniaga
Saling bantu membantu ringankan beban keluarga
Rezeki HALAL dikongsi bersama sama
Badan sihat ringankan langkah ke istanaNYA

Stock bercambah bagai cendawan disimbah hujan
Beberapa jam hanya mampu bertahan
Tak kira panas terik mahupun hujan
masih mampu bertahan

2 kapsul malam dan pagi telan dengan mudahnya
Biznillah kita dikurniakan nikmat sihat hendaknya
Antibody tinggi dengan kuasaNYA
InsyaAllah sukar demam itulah bonusnya

Ayuh ringankan jari jemari Whassap akk disini 👇
www.wasap.my/+60134070506

JENIS-JENIS KEGUGURAN“Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ul...
23/10/2019

JENIS-JENIS KEGUGURAN
“Salam doctor. Saya hamil 10 minggu dan mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati masih ada denyutan nadi janin. Doktor memberitahu bahawa janin hampir gugur. Apakah yang doctor maksudkan itu? Mohon pencerahan”.
Waalaikummussalam. Saya mengucapkan tahniah pada kehamilan puan. Namun ALLAH menduga kita dengan sedikit kebimbangan dan ketakutan. Bersabarlah.

Dalam kehamilan puan, ia dinamakan sebagai “threatened miscarriage” kerana pendarahan dari f***j hanya menunjukkan bahawa proses keguguran baru bermula, dan pemeriksaan ultrasound menunjukkan janin masih berada dalam rahim dan masih ada degupan jantung. Proses ini biasanya dapat dihentikan dengan dengan memberikan ubat Duphaston bagi “menguatkan rahim”.

Terdapat juga keguguran yang dinamakan “inevitable miscarriage” di mana proses keguguran tidak dapat dihentikan. Maknanya bayi dalam rahim tidak dapat diselamatkan lagi. Biasanya wanita seperti ini akan mengalami masalah pendarahan yang banyak dari f***j dan merasa sakit perut. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan bayi tiada lagi degupan nadi, tetapi janin masih berada dalam rahim. Pemeriksaan juga mendapati pangkal rahim (cervical os) mula membuka.

Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahim telah kosong, bermakna keseluruhan janin telah keluar dengan sendiri, ia dinamakan “complete miscarriage”. Selalunya pesakit akan datang ke klinik, mengadu pendarahan dari f***j yang banyak dan rasa sakit perut. Pesakit juga mengadu melihat darah berketul-ketul bersama serpihan tisu yang keluar bersama. Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.

Jika pemeriksaan ultrasound mendapat masih terdapat baki janin yang masih tertinggal di dalam rahim, ia dinamakan ‘‘incomplete miscarriage’’. Pesakit selalunya datang dengan pendarahan dari f***j dan sakit perut. Selain itu, pesakit perasan ada ketulan darah atau tisu yang keluar. Pemeriksaan mendapati pangkal rahim belum membuka, dan pemeriksaan ultrasound mendapati terdapat saki baki janin.

Sesetengah wanita disahkan hamil dengan pemeriksaan UPT. Apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati ada janin dalam rahim tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan. Doktor selalu memberitahu ia adalah keguguran yang dinamakan “missed miscarriage”. Tiada pendarahan atau sakit perut yang dialami.

Ada kalanya pesakit tidak mengalami pendarahan atau sakit perut, tetapi dalam pemeriksaan ultrasound, doctor mengesahkan pesakit itu mengalami keadaan yang dinamakan “blighted ovum”, di mana hanya kantung janin sahaja yang dapat dilihat tanpa sebarang denyutan nadi atau jantung janin.

Jika terdapat jangkitan kuman pada rahim, ketika seorang wanita itu hamil, dan kemudian mengalami keguguran, ia dinamakan sebagai ‘‘septic miscarriage’’.

Wallahu a’lam.

Kacang parang kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil ubatan yang mengandu...
21/10/2019

Kacang parang kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil ubatan yang mengandungi "monoamine oxidase (MAO) inhibitor".
Kacang parang yang mentah mengandungi bahan vicine, isouramil dan convicine, yang mampu menyebabkan "hemolytic anemia" pada pesakit dengan keadaan diwarisi yang dikenali sebagai "glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency" (G6PD). Keadaan yang mampu membawa maut ini dikenali sebagai "favism" sempena kacang parang ("fava bean").
Kacang parang kaya dengan L-dopa, bahan yang digunakan secara perubatan bagi rawatan penyakit Parkinson. L-dopa juga merupakan agen natriuretik, yang mungkin membantu mengawal hipertension.
Kawasan asal kacang parang berkait dengan kawasan demam malaria. Terdapat kajian epidemiologikal dan vitro yang mencadangkan bahawa hemolysis terjadi akibat favism bertindak sebagai perlindungan dari malaria, kerana sesetengah spesies protozoa malarial seperti Plasmodium falcipacrum amat sensitif kepada kerosakan oksida akibat kekurangan enzim glucose 6-phosphate dehydrogenase, yang jika tidak melindungi dari kerosakan pengoksidaan melalui penghasilan glutathione reductase.
Semoga bermanfaat.

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?Sebagai ma**sia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak pera...
21/10/2019

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?
Sebagai ma**sia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat. Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Demam selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).

Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat. Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.

Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudaratan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.

Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudaratkan anak yang disusui. Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka.

Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyusuan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja. Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat. Doktor pakar perubatan juga berpendapat bahawa menyekat penyusuan ibu di waktu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi akan mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak mendapat perlindungan dari susu ibu.

Teruskanlah menyusukan anak kerana susu ibu akan memberikan perlindungan kepada bayi yang disusui daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan ibu mereka demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrient dan antibodi melawan kuman. Apabila seorang ibu mengalami demam, maka terdapat reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibodi ini disalurkan kepada susu ibu.

(rujuk: Schulman CI, Namias N, Doherty J, Manning RJ, Li P, Elhaddad A, Lasko D, Amortegui J et al (2005). "The effect of antipyretic therapy upon outcomes in critically ill patients: a randomized, prospective study". Surgical infections 6 (4): 369–75)
Antara reaksi immunologi yang berlaku ialah :
1. Meningkatkan pergerakan leukocytes

2. Menggalakan sel darah putih memusnahkan kuman

3. Mengurangkan kesan toksin

4. Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells)

(rujuk: Craven, R and Hirnle, C. (2006). “Fundamentals of nursing: Human health and function”. Fourth edition. p. 1044
Ibu yang demam juga digalakkan agar mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan bayi mereka dijangkiti seperti membasuh tangan sekerap yang mungkin, mengelakkan batuk atau bersin kepada muka bayi.

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang demam ialah mereka tidak mempunyai selera untuk makan, sedangkan untuk memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak, seorang ibu harus menjaga pemakanan dan minum dengan banyak. Jika tidak beliau tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang harus diberikan kepada anak-anak mereka. Jadi teruskan menyusukan menyusu bayi untuk kebaikan bayi itu sendiri.

18/10/2019

MINYAK ZAITUN MENGUBAT BUASIR

Bagi yang sembelit dan yang ada buasir, amalkan pengambilan minyak zaitun. Bagi yang tiada masalah sembelit dan buasir seperti saya, pengamalan minyak zaitun memudahkan untuk membuang air besar.

Tidak risau lagi apabila bersolat. Sebab sebelum ini memang ada masalah ketika solat, rasa nak terkentut atau buang air besar. Paling kurang pun terpaksa menahan, hingga hilang rasa khusyuk.

Buasir selalu berlaku apabila kita meneran dalam bilik air ketika membuang air besar. Selagi kita meneran, buasir tidak akan mengecut. Malah mungkin membesar dan berdarah.

Dalam hadis, Uqbah bin 'Amir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu menggunakan pohon yang berakah ini iaitu minyak zaitun. Berubatlah dengannya kerana sesungguhnya ia adalah penyembuh kepada buasir" (Al-Thabarani. Al-Mu'jam al-kabir. Juz 12, hlm 247, no hadis 14193. Menurut al-Haitsami hadis ini hasan)

Malah banyak lagi manfaat minyak zaitun. Alhamdulillah saya amalkan minyak zaitun OLIVIE satu sudu setiap pagi dan malam.

Antara beberapa khasiat lain santan kelapa untuk kesihatan adalah ia baik untuk tulang kita supaya menjadi sihat dan kua...
26/09/2019

Antara beberapa khasiat lain santan kelapa untuk kesihatan adalah ia baik untuk tulang kita supaya menjadi sihat dan kuat.

Seringkali kita mempercayai bahawa kalsium saja sudah cukup untuk membuat tulang kita sihat dan kuat.

Tetapi ianya tidak tepat. badan kita memerlukan Fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang sihat, kuat dan kukuh.

Santan merupakan sumber dari fosforus yang tinggi didalamnya. Santan juga kaya dengan zat besi. Penyebab anemia adalah kerana kekurangan zat besi.

APAKAH PUNCA-PUNCA SEMBELIT?  Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan se...
26/09/2019

APAKAH PUNCA-PUNCA SEMBELIT?
Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelit kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit p**a. Jadi bergantung pada individu.

Antara punca-punca yang menyebabkan sembelit ialah :

1) Mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil.

2) Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.

3) Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in a**s) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.

4) Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit.

5) Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.

6) Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar. Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.

7) Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.

8) Selain itu ialah perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur. Mereka yang tidak cukup minum air, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil. Ini menyebabkan sembelit.

Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson's atau Multiple Sclerosis. Ia boleh memberi kesan terhadap penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ. Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan.
Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (re**um cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.


C&P

Address

Kedah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jamu Aura Kembali Dara/Aura Kembali Teruna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share