RADIX HPA Shah Alam

RADIX HPA Shah Alam HPA Shah Alam. Lokasi, Wisma GMH Worldwide@7,
Jalan Lazuardi 7/29, 40000, Shah Alam.
(2)

6 makanan untuk awet muda (wajib cuba!) Terdiri daripada:1. Avokado2. Buah Tomato3. Oat4. Sayur Bayam5. Salmon6. Coklat ...
18/12/2019

6 makanan untuk awet muda (wajib cuba!) Terdiri daripada:

1. Avokado
2. Buah Tomato
3. Oat
4. Sayur Bayam
5. Salmon
6. Coklat pahit

TESTIMONI PRODUK HPAAntara Testimoni Pengguna Produk HPA 👍 :
14/12/2019

TESTIMONI PRODUK HPA

Antara Testimoni Pengguna Produk HPA 👍 :

HPA KOPI RADIX PAPANKini dalam bentuk papan, mudah untuk diambil begitu saja! Sesuai untuk pamerkan diruang niaga dan di...
14/12/2019

HPA KOPI RADIX PAPAN

Kini dalam bentuk papan, mudah untuk diambil begitu saja! Sesuai untuk pamerkan diruang niaga dan diruangan dapur. Apa lagi?? JUM dapatkan di HPA Shah Alam sekarang! 😉👍.
🌿Khasiat Kopi RADIX diperkaya dengan sinergi 7 herba iaitu tongkat ali, kayu manis, larak, halban, mata pelanduk, mengkudu hutan dan tebu gajah.

☕️Kopi ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan seperti meningkatkan tenaga, mengurangkan panas badan, melegakan sakit sendi serta otot, menguatkan tulang, dan sebagainya.

🌿Kandungan :
tongkat ali, kayu manis, larak, halban, mata pelanduk, mengkudu hutan dan tebu gajah, GULA PERANG

☕️Cara bancuhan:
Bancuh dengan air suam didalam cawan. Boleh diambil semasa dan selepas makan.

☕️Cara penyimpanan:
Letakkan ditempat suhu bilik dan kering

Harga Biasa: 20.00
Harga Ahli : 15.90

10/12/2019
10 TANDA KEMATANGANSemakin usia meningkat, kita sebenarnya tidak menyedari bahawa otak kira berubah daripada keremajaan ...
21/11/2019

10 TANDA KEMATANGAN
Semakin usia meningkat, kita sebenarnya tidak menyedari bahawa otak kira berubah daripada keremajaan kepada kematangan.
Setiap orang berbeza didalam meninggalkan tabiat buruk dan kekal didalam dunia dewasa, namun ada beberapa cara dan tanda mudah menunjukkan anda sudah mencapai tahap kematangan yang penuh.

1. Anda kurang bercakap dan lebih mendengar
2. Borak kosong tidak lagi menyeronokkan anda
3. Anda belajar daripada kesilapan dan pengalaman
4. Anda lebih mudah memaafkan
5. Anda tidak lari daripada tanggungjawab
6. Anda hormati perbezaan
7. Anda tidak memaksa cinta
8. Anda terima takdir dengan hati terbuka
9. Anda TIDAK mudah menghakimi orang lain
10. Anda lebih s**a berdiam daripada bertengkar yang tidak membawa kebaikan

Ketahuilah, sesuai kebahagian itu tidak bergantung kepada orang lain. Ditahap kematangan juga boleh dilihat apabila kita lebih gemar tinggal dirumah untuk menghabiskan masa dengan diri sendiri dan bersama dengan keluarga. Ianya lebih menyeronokkan dan membuat kita menghargai masa dan lebih menikmati kehidupan sebenar.

KAPSUL SPIRULINA 🌿Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dija...
14/11/2019

KAPSUL SPIRULINA

🌿Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan.

Manfaat Spirulina adalah :
✅Meningkatkan aktiviti anti-virus
✅Menurunkan kadar kolesterol
✅Menurunkan risiko serangan penyakit kronik
✅Meningkatkan daya tubuh badan
✅Mengurangkan keracunan pada organ tubuh
✅Mempercepatkan penyembuhan luka
✅Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral

Bahan Utama : Spirulina (Arthospira) sejenis ganggang biru hijau DAN campuran herba terpilih

CARA PENGGUNAAN : 2 KAPSUL PAGI, 2 KAPSUL MALAM (SELEPAS MAKAN)
HARGA BIASA: 40.00
HARGA AHLI HPA: 31.80

WHATSAAP www.wasap.my/60124739171/Kapsul_Spirulina 📲

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN DIRIDalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan 💪. Kesihatan diri perlu dijaga supaya ...
14/11/2019

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN DIRI

Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan 💪. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan dengan sebaik mungkin. Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita s**a.Ketahui cara menjaga kesihatan diri dari 4 aspek iaitu fizikal, rohani, sosial dan emosi.
Pepatah ada mengatakan bahawa “kesihatan itu lebih baik daripada harta benda”. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Oleh itu ayuh bersama-sama kita mempraktikkan 4 aspek tersebut dalam gaya hidup kita.

RAHSIA AL-FATIHAHSurah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Su...
11/11/2019

RAHSIA AL-FATIHAH
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir.Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.Ketahui rahsia Surah ini:
Al Fatihah – Seringkali dibaca untuk arwah
Al-Fatihah – Tanpa membacanya solat kita TIDAK SAH
Al-Fatihah – Menjadi petunjuk bagi yang buntu dan resah
Al-Fatihah – Jika merindui sseorang, maka bacalah
Al-Fatihah – Dibaca dan ditiup pada beras, bagi anak yang bermasalah
Al-Fatihah – Salah satu surah penawar sihir
Al-Fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah
Al-Fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah
Al-Fatihah – Sunat dibaca ketika marah
Al-Fatihah – Hadiah terbaik apabila mendoakan untuk orang lain

Semoga bermanfaat.

🌿HPA EMBUN PAGI👉Embun pagi adalah produk terbaik yang di buat oleh HPA Internasional untuk membunuh virus penyebab penya...
11/11/2019

🌿HPA EMBUN PAGI

👉Embun pagi adalah produk terbaik yang di buat oleh HPA Internasional untuk membunuh virus penyebab penyakit. Jumlah sel darah putih yang rendah boleh menyebabkan penurunan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan virus, kuman dan bakteria. Dalam keadaan seperti itu, Herba embun pagi menjadi pilihan utama untuk mengatasi hal tersebut kerana kandungannya membantu meningkatkan jumlah sel darah putih secara cepat. kandungan herba embun pagi mengaktifkan Sel T yang bekerja sebagai pembunuh virus dalam waktu hanya 48 Jam.

🌿CARA PENGGUNAAN: 2 BIJI PAGI, 2 BIJI MALAM (SELEPAS MAKAN)

HARGA BIASA: 70.00
HARGA AHLI HPA: 65.00

WHATSAAP www.wasap.my/60124739171/Embun_pagi 📲

Doa Qunut, semoga bermanfaat untuk semua. Amin
05/11/2019

Doa Qunut, semoga bermanfaat untuk semua. Amin

5 ZIKIR PEMBUKA REZEKI Diringkaskan dari kitab 'hidayatus salikin', selepas solat bacalah Zikir & Wirid ini: Semoga Ziki...
01/11/2019

5 ZIKIR PEMBUKA REZEKI
Diringkaskan dari kitab 'hidayatus salikin', selepas solat bacalah Zikir & Wirid ini: Semoga Zikir & Wirid ini jadi panduan dan amalkan setiap kali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat. Selamat beramal!

✅ La hawla wala quwwata ila billah
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali pertolongan Allah semata-mata

✅ La ilaha illahul malikul haqqul mubin
Tiada Tuhan Selain Allah, yang benar dan Nyata

✅ Subhanallah wabihamdini subhanallahil adzim
Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya maha suci Allah yang maha agung

✅ Sallalahu ala Muhammad sallalahu alayhi wasallam
Semoga Allah memberikan rahmat kepada Muhammad, semoga Allah memberikan selawat dan Salam kepadanya

✅ Astagfirullahalazim
Aku mohon keampunan kepada Allah yang maha agung

Assalammualaikum, makluman lanjutan waktu operasi sempena majlis perasmian Sollah Ribat Al-Quran.
31/10/2019

Assalammualaikum, makluman lanjutan waktu operasi sempena majlis perasmian Sollah Ribat Al-Quran.

[ NOTIS : PENTING ]
.

Lanjutan Waktu Operasi GMH Health & Beauty Seksyen 7 Shah Alam Sempena Perasmian Sollah Ribat Al Quran .

Kami akan Beroperasi dari Jam 9pagi - 9malam pada 31 Oct 2019 (Khamis)

HPA KAPSUL ARDISIAKapsul Ardisia keluaran HPA mengandungi ekstrak mengkudu hutan.Mengkudu hutan dapat melegakan peradang...
29/10/2019

HPA KAPSUL ARDISIA

Kapsul Ardisia keluaran HPA mengandungi ekstrak mengkudu hutan.

Mengkudu hutan dapat melegakan peradangan, oleh itu ianya sesuai untuk mereka yang menghidap radang mahupun alergi. Kandungan didalam kapsul ini juga adalah Buah mengkudu hutan. Ianya mengandungi ekstrak yang dapat meningkatkan keaktifan sel darah putih, oleh itu ia dapat memantapkan sistem daya tubuh badan.
Antara fungsi utama kapsul ini adalah merawat peradangan dan alergi yang sering melanda tubuh badan,serta meningkat sistem imunisasi pada tubuh badan. insya-Allah.

DAPATKAN SEGERA dengan di RADIX HPA Shah Alam 🏬
klik link di sini ⬇️
WHATSAAP www.wasap.my/60124739171/Kapsul_Ardisia 📲

TANDA-TANDA HATI YANG MATIHati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh fakto...
25/10/2019

TANDA-TANDA HATI YANG MATI
Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.

Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan.

Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.

Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah.

Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.

9 Tanda-tanda hati yang mati:

1. Berani meninggalkan solat.
2. Tenang tanpa rasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar.
3. Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi ayat-ayat al-Quran.
4. Terus menerus membuat maksiat.
5. Sibuknya mengumpat, fitnah & buruk sangka.
6. Sangat benci dengan nasihat baik dan para ulama.
7. Tiada ras takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat.
8. Gilanya pada dunia tanpa peduli dosa.
9. Senang melihat orang susah dan menderita.
Semoga bermanfaat.

Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita.🌿 Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati sihat."

HPA KRIM BUT-BUT🌿🐦Keluaran daripada HPA kini terdapat minyak but-but dalam versi krim. Kandungan didalam krim ini mengan...
24/10/2019

HPA KRIM BUT-BUT

🌿🐦Keluaran daripada HPA kini terdapat minyak but-but dalam versi krim. Kandungan didalam krim ini mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.Bau khas krim ini, (menthol cream) sangat baik buat aroma terapi.
Kelebihan Krim But-but:

✅Untuk Patah Tulang
Sapukan pada bahagian yang patah dan terus balut dengan kain. Amalkan bersama Kapsul Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

✅Untuk Buasir
Sapukan Krim But-But di bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Kapsul Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

✅Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh/Stroke
Panaskan sedikit Krim But-But dan sapukan ke bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

✅Untuk Urutan
Krim But-But bersifat sejuk diluar dan panas didalam ini akan meresap ke lapisan epidermis mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

✅Sengatan Serangga
Sapukan Krim But-But pada bahagian yang terkena sengatan.

✅Luka-luka Kecil
Ambil kapas dan sapukan pada bahagian yang luka.

✅Terkena Air Panas, Luka Terbakar
Sapukan Krim But-But ke bahagian yang menggelembung.
Kembung Perut

✅Urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapu Krim But-But di bahagian perut.

✅Athma/Lelah (Kanak-kanak Kecil)
Sapukan pada bahagian dada dan selimut kanak-kanak tersebut.

✅Bayi Yang Sering Menangis Pada Waktu Malam
Sapukan pada bahagian kening atas pada waktu malam.
Kanak-kanak Yang Sering Kencing Pada Waktu Malam
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Di samping itu dicadangkan amalkan Madu Asli.

✅Lemah Tenaga Batin
Lakukan urutan pada bahagian z***r pada setiap hari.

✅Wanita Menopause
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika bersama suami.

DAPATKAN SEGERA dengan di HPA Shah Alam 🏬
klik link di sini ⬇️
WHATSAPP www.wasap.my/60124739171/Krimbutbut 📲

🔥🔥7 TIPS AGAR PERUT TIDAK BUNCIT DI USIA SENJA🔥🔥Masalah perut buncit ini seringkali melanda kaum lelaki dan juga wanita,...
23/10/2019

🔥🔥7 TIPS AGAR PERUT TIDAK BUNCIT DI USIA SENJA🔥🔥

Masalah perut buncit ini seringkali melanda kaum lelaki dan juga wanita, ianya melibatkan cara seseorang menjaga pemakanan dan juga faktor usia apabila badan kurang aktif seperti dahulu. Akibatnya, masalah pencernaan tidak lancar hasil daripada pola hidup tidak sihat. Masalah ini membuatkan lemak bertimbun dan mengeraskan perut.

Ketahui cara-cara untuk mengelakkan perut tidak buncit diusia senja :

👉Minum teh hijau diawal pagi

Teh Hijau mengandungi katekin yang dapat melawan peradangan serta menurunkan risiko terkena pelbagai jenis kanser dan masalah pencernaan

👉Banyak Berjalan

Berjalan adalah cara mudah untuk membakar kalori dan menggerakkan tubuh badan tanpa menimbulkan masalah pada sendi

👉Bangun Pagi

Sinaran cahaya matahari pada waktu pagi membantu menurunkan indeks massa tubuh (IBM)

👉Terhidrasi

Minum banyak air putih agar kelembaban tubuh tetap terjaga, disamping memastikan proses pencernaan pada dalaman berjalan dengan lancer

👉Makan Dark Chocolate

Kandungan flavanol dan antioksidannya dapat mengurangkan kandungan gula darah dan lemak tubuh badan

👉Makan Buah berwarna merah

Kandungan pigmen antioksidan seperti resveratrol seperti pada buah anggur, ceri, dan apel merah mampu mengurangkan berat badan dan mengurangi lemak perut.

👉Makan dengan teratur

Metabolisme akan semakin lambat seiring dengan usia badan. Biasakan makan dengan kuantiti yang sederhana dengan teratur.

🔥JAUHILAH DAN JANGAN SESEKALI DIBUKA:“Manusia Masuk NERAKA dari TIGA PINTU :1. PINTU SYUBHAT (KEROSAKAN AKIDAH) YANG MEM...
21/10/2019

🔥JAUHILAH DAN JANGAN SESEKALI DIBUKA:

“Manusia Masuk NERAKA dari TIGA PINTU :

1. PINTU SYUBHAT (KEROSAKAN AKIDAH) YANG MEMUNCULKAN KERAGUAN TERHADAP AGAMA ALLAH,
Di dalam kehidupan ini, tidak hanya ada halal dan haram yang sudah jelas diketahui. Syubhat atau sesuatu yang samar-samar pun ada. Dan inilah yang membuat banyak orang terjerumus ke dalamnya. Tak lama kemudian mengantarkan mereka kepada perkara yang haram yang sudah jelas diketahui dan dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Keadaan ini menuntut kita untuk lebih berhati-hati terhadap perkara yang masih samar dan belum jelas antara halal dan haram.

2. PINTU SYAHWAT YANG MENYEBABKAN IA LEBIH MENDAHULUKAN HAWA NAFSU DARIPADA KETAATAN KEPADA ALLAH DAN KEREHDAANYA
Salah satu pintu maksiat yang selalu digunakan syaitan ialah pintu syahwat. Ramai manusia yang tewas di pintu ini. Tidak kira usia, dan darjat. Jelasnya, manusia yang hidup di dalam kemaksiatan adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan menjadi pengikut jalan para perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk dari Allah SWT walau sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat-sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati, malah mendorong ke arah kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah SWT. Sayidina Ali RA berkata: “yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Rasulullah bersabda dengan maksudnya: Tidaklah beriman seseorang penzina itu ketika berzina, tidak beriman seorang pencuri itu ketika mencuri, tidak beriman seorang penenguk arak itu ketika ia menenguknya dan tidak beriman orang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika merampasnya. (Riwayat al-Bukhari)
3. PINTU KEMARAHAN YANG MELAHIRKAN PERMUSUHAN TERHADAP MAKHLUK.”
Sifat marah beri laluan iblis kuasai manusia.MANUSIA dikurniakan pelbagai nafsu termasuk marah tetapi tidak boleh dilayan atau dibiarkan berleluasa, sebaliknya ditundukkan dengan sifat sabar kerana kemarahan antara senjata yang boleh menggugat keimanan.

Nabi Muhammad SAW banyak kali mengingatkan umat Baginda mengenai kejinya nafsu marah yang tidak terkawal kerana ia antara pintu digunakan syaitan dan iblis dalam menguasai manusia.Rasululah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. (HR Bukhari)

Saat manusia marah, syaitan memasuki salur darah individu menyebabkan berlaku hilang pertimbangan akal fikiran, manakala wajah mulai merah dengan degupan jantung berlari kencang.Tindakan itu mendorong manusia bertindak di luar kotak fikiran yang waras hingga boleh mengancam nyawa orang sekelilingnya termasuk diri sendiri.

[Al-Fawaaid: 58]

CARA SOLAT PENUH KHUSYUKSESUNGGUHNYA solat merupakan suatu ibadah yang besar di sisi Allah SWT. Dan ia merupakan suatu k...
18/10/2019

CARA SOLAT PENUH KHUSYUK
SESUNGGUHNYA solat merupakan suatu ibadah yang besar di sisi Allah SWT. Dan ia merupakan suatu kewajipan ke atas manusia sebagai makhluk kepada sang pencipta.
Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Sebagaimana kita ketahui, bahawa solat adalah benteng kepada diri daripada melakukan dosa dan maksiat. Allah berfirman dalam surah al-'Ankabuut :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” [Surah Al-'Ankabuut ayat 45]

Solat akan menjadi lebih sempurna apabila wujudnya khusyuk dalam diri hamba. Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan merendahkan diri dengan menumpukan fikiran semata-mata kerana Allah, disertai pergerakan badan yang tenang dalam melakukan ibadah solat. Cara untuk kita merasakan Allah itu dekat, syaratnya ialah mestilah orang itu beriman dengan sebenar-benarnya, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT.

Cara-cara khusyuk dalam solat, bayangkan :

1. KAABAH DIHADAPAN
2. KAKI DI TITIAN SHIRAT
3. ADA SYURGA DIKANAN
4. ADA NERAKA DIKIRI
5. MALAIKAT IZRAIL DIBELAKANG
6. SEDANG MELAKUKAN SOLAT YANG TERAKHIR

Semoga bermanfaat.

HPA KAPSUL RADIXAntara salah satu herba terpilih didalam KOPI RADIX, iaitu Mata Pelanduk (Ardisia Crispa). Fungsi mata p...
17/10/2019

HPA KAPSUL RADIX

Antara salah satu herba terpilih didalam KOPI RADIX, iaitu Mata Pelanduk (Ardisia Crispa). Fungsi mata pelanduk ini adalah untuk melancarkan peredaran darah.
Herba mata pelanduk ini, yang juga dikenali sebagai mata ayam, mengandungi pelbagai khasiat dalam perawatan kesihatan. Antara khasiat herba ini adalah dapat melancarkan kitaran darah dalam tubuh, lalu melegakan penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, darah tinggi, dan sebagainya.

===================================================

Ardisia Crispa Aids in Improving Bllood Circulation.

Ardisia crispa is an herb that contains plenty health benefits. One of those benefits is improving blood flows, hence reducing the risks of cardiovascular diseases such as heart problems, hypertension, and many more.

Thus, without further ado, lets come and get this Radix capsule which consists of the ardisia crispa herbal extracts NOW!⚡️



DAPATKAN SEGERA dengan di HPA Shah Alam 🏬
klik link di sini ⬇️
WHATSAPP www.wasap.my/60124739171/Kapsul_Radix 📲

Anda Penggemar Kopi? Jika ya, anda pasti akan s**a dengan senarai di bawah.Ketahui 10 Sebab kenapa kita digalakkan minum...
14/10/2019

Anda Penggemar Kopi?
Jika ya, anda pasti akan s**a dengan senarai di bawah.Ketahui 10 Sebab kenapa kita digalakkan minum kopi 🧐👍
☕️Kopi Boleh Melindungi Hati (Bukan Cinta ya).
Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan.Banyak penyakit akan memberikan kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain. Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.

☕️Memberi tenaga untuk menjadi lebih produktif.
Kafein meransang sistem saraf, menyebabkannya menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan. Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan. Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulakan kerja yang berat.

☕️Mencium aroma kopi dapat mengurangkan stress.
Kemurungan dan tekanan merupakan masalah mental yang boleh menjejaskan kehidupan dan kesihatan anda. Dan perkara ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia yang dibebani dengan kerja, masalah dan sebagainya. Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Jadi, apabila tengah stress kerja, anda kenalah minum kopi.

Didalam biji kopi mengandungi tinggi antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:
✅Riboflavin (Vitamin B2)
✅Pantothenic Acid (Vitamin B5)
✅Manganese dan Potassium
✅Magnesium dan Niacin (B3)
Walaupun kandungannya tidaklah banyak dan tidak mencukupi keperluan harian, tetapi jika ditambah dengan diet sihat ia boleh membantu.

☕️Mengurangkan risiko menghidap demensia ataupun alzheimer (penurunan daya berfikir).
Penyakit ini biasanya berlaku kepada orang yang berusia 65 dan ke atas. Beberapa kajian menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah dalam mendapat penyakit ini.

⚠️AMARAN !!
⛔️Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan.

⛔️Jangan terlebih dos. Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain p**a, kopi boleh menghilangkan rasa pening.

⛔️Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.

TELINGA KOTOR DAN BERTUMPUK DITELINGA 😣😫Kotoran yang bertumpuk di telinga memang terkadang membuatkan rasa tidak selesa,...
11/10/2019

TELINGA KOTOR DAN BERTUMPUK DITELINGA 😣😫

Kotoran yang bertumpuk di telinga memang terkadang membuatkan rasa tidak selesa, gatal dan berbau. Oleh sebab itu, ramai yang mengunakan kapas telinga untuk membersihkan ruangan tersebut. Tetapi, tahukah anda cara tersebut boleh mendatangkan kerosakan pada gegendang telinga anda.

Ketahui cara bersihkan telinga tanpa menggunakan cotton bud

✅Minyak Zaitun dan Kelapa

Tuangkan minyak zaitun diatas sudu dan panaskan dibawah lilin. Setelah suhu minyak tersebut panas, celupkan kapas bersih. Perah lebihan minyak dan tampalkan di telinga selama 15 minit. Kemudian, bersihkan telinga dengan bersih.

✅Cuka dan Alkohol

Campurkan cuka dan alkohol kemudian semburkan didalam telinga. Ambil kapas yang bersih dan usapkan dengan lembut sehingga kotoran hilang.

✅Air Garam

Larutkan air garam dengan air suam. Titiskan larutan air tersebut ke dalam telinga sambil mengiringkan kepala. Kembalikan kepala ke posisi menegak setelah cairan tersebut masuk ke telinga dan sumbatkan dengan kapas. Selepas itu, usap telinga dengan kapas sehingga bersih. (ulangi proses tersebut sehingga telinga anda berasa ringan dan bersih)

✅Baby Oil

Titiskan minyak bayi ke telinga untuk mengeluarkan kotoran didalam yang keras. Kemudian ambil kapas bersih untuk membersihkan sisa-sisa kotor.

Semoga bermanfaat. 😁👍

HPA MINYAK HABBATUSSAUDAMinyak Habbatussauda’ Mengurangkan Kesakitan pada Tulang dan Sendi. Tahukah anda semua akan khas...
05/10/2019

HPA MINYAK HABBATUSSAUDA

Minyak Habbatussauda’ Mengurangkan Kesakitan pada Tulang dan Sendi.

Tahukah anda semua akan khasiat Habbatussauda’?
Habbatussauda’ merupakan sejenis herba yang mengandungi banyak sekali khasiat kesihatan. Antaranya ialah dapat mengurangkan kesakitan pada tulang dan sendi. Ini kerana habbatussauda’ mengandungi sebatian yang bersifat analgesik, membantu dalam melegakan kesakitan yang dirasai pada tubuh, termasuk pada tulang dan juga di kawasan sendi.
Jadi, tunggu apa lagi! Dapatkan SEGERA di RADIX HPA Shah Alam!
……………………………………
Nigella Sativa Reduces Pains ao Bones and Joints.
Did you know?
Nigella Sativa is an herb with various health benefits. One of those benefits is decreasing the effects of pains at your bone and joints. .
This is due to the presence of analgesic substances in the black seed herb, hence relieving those pains felt at the affected areas such as joints and many more!
Untuk info lanjut, klik link di sini ⬇️
WHATSAPP www.wasap.my/60124739171/Hpa_MinyakHabbatussauda 📲

🔥🔥 SEKSAAN NERAKA AMATLA DAHSYAT 🔥🔥SETIAP Muslim percaya mati itu pasti. Setiap perkara baik atau buruk yang dilakukan d...
01/10/2019

🔥🔥 SEKSAAN NERAKA AMATLA DAHSYAT 🔥🔥

SETIAP Muslim percaya mati itu pasti. Setiap perkara baik atau buruk yang dilakukan di dunia juga akan dihitung.

👍 Ketahui 4 Golongan Orang yang tidak akan sentuh api neraka :)

1. 🌿Hayyin
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir dan batin. Tidak mudah marah, bertimbang rasa dan penuh kesabaran. Tidak mudah memaki, melaknat serta lapang jiwa.

2.🌿 Layyin
Orang yang lembut dan bersopan santun, baik dalam pertuturan atau sikapnya. Tidak kasar, tidak pentingkan diri, tidak s**a memarahi orang lain dan tidak s**a memaksa. Lemah lembut dan menginginkan kebaikan diantara sesame manusia.

3.🌿 Qarib
Akrab, ramah dan mudah ajak berbicara. Menyenangkan dan wajahnya kelihatan cerah berseri-seri. Murah dengan senyuman jika ajak bertemu serta selalu menanyakan khabar.

4.🌿 Sahl
Orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara. Selalu memberikan jalan penyelesaian bagi satu permasalahan. Tidak berbelit-belit, tidak menyusahkan dan membuat orang lain jauh daripadanya.

PERNAH DENGAR TENTANG MINYAK BUT BUT🤔❓Minyak But-But mengandungi ramuan herba terpilih, termasuklah jenis tumbuhan yang ...
23/09/2019

PERNAH DENGAR TENTANG MINYAK BUT BUT🤔❓
Minyak But-But mengandungi ramuan herba terpilih, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Antara Kelebihan Minyak ini boleh merawat :

✅Patah Tulang
✅Rawatan Buasir
✅Darah Tinggi dan Lumpuh (Strok)
✅Luka-luka Kecil
✅Terkena Air Panas, Luka Bakar
✅Keracunan Makanan - Minum setengah sudu bersama dengan air suam.
✅Perut Buncit
✅Kembung Perut (Anak Kecil)
✅Asma atau Kelelahan Pada Anak Kecil

Kandungan didalam minyak but but (90 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa




WITH HPA - WE All HAVE THE ABILITY TO HEAL OURSELVES 🌿🍵

DAPATKAN SEGERA dengan di RADIX HPA Shah Alam 🏬
klik link di sini ⬇️
WHATSAAP www.wasap.my/60124739171_Minyak_but2 📲

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?Semua produk ubat-ubatan di Malaysi...
15/09/2019

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat itu adalah ubat yang berdaftar dengan KKM?
Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.

Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya.

Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. No. pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan di akhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di laman : https://www.npra.gov.my

HPA KAPSUL COSCINIUM PLUSAtasi masalah ‘allergy’  🤧terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blu...
13/09/2019

HPA KAPSUL COSCINIUM PLUS

Atasi masalah ‘allergy’ 🤧terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C.

Tanda-tanda masalah "allergy":

👉Selsema
👉Bersin
👉Jerawat
👉Mata berair & Gatal-gatal
👉Pening
👉Lelah
👉Nafas Berbau
👉Bintik pada Muka
👉Bintik merah pada badan

Kandungan – 75 biji per botol 💊

Dos

Umur bawah 8 - Amalkan 1 Kapsul Sehari
Umur 9 hingga 18 ke atas - Amalkan 2 Kapsul Malam & 1 Kapsul Pagi

Harga : RM 40.00

WHATSAPP www.wasap.my/60124739171/Kapsul_Coscinium_Plus 📲

TAHUKAH KAMU????5 BAHAN MAKANAN DI HARAMKAN AL-QURAN &AL-HADIST DARAH💉🌡Darah biasanya digunakan untuk :Untuk membuat Vac...
05/09/2019

TAHUKAH KAMU????
5 BAHAN MAKANAN DI HARAMKAN AL-QURAN &AL-HADIST

DARAH💉🌡
Darah biasanya digunakan untuk :
Untuk membuat Vaccin
Campuran didalam daging sosej

BABI DAN KETURUNANNYA 🐷
1. Daging = Ham, Bacon 🥩
2. Lemak = Kosmetik, Produk penambah rasa 💄
3. Kulit = Pakaian, Seluar, Perabot dll💼🧥🥾
4. Bulu = Berus gigi, Sikat Rambut dll
5. Darah = Serum, Collagen💊🧪

ORGAN MANUSIA🧠
E.W.E (Essence of Whole Embryo) – digunakan dalam produk awet muda, tenaga dalaman diperbuat daripada ekstrak bayi yang digugurkan
Maloko – ubatan untuk subur, diperbuat daripada placenta
Cystein – diperbuat daripada rambut manusia untuk mengembangkan roti , malah ada juga digunakan didalam ubat batuk

KHAMR🍾🥂
Adalah minuman yang telah melalui proses fermentasi, mengandungi alcohol dan ethanol.

BANGKAI & BINATANG BUAS 🦙
Mati sendiri tanpa disembelih
Mati kerana tercekik/dilanggar/dipukul
Disembelih dengan nama selain Allah SWT

WASPADA Makanan Haram !! 😖
💥 Mengeraskan hati
💥 Doa tidak dikabulkan
💥 Amalan tidak diterima

“Rasullullah saw bersabda, Ketahuilah bahawa jika suapan haram masuk ke dalam perut salah satu dari kalian, maka amalannya tidak diterima selama – 40 hari” –(HR At-Thabrani)

Semoga bermanfaat untuk semua. 👍

Address

Lazuardi 7/29
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60124739171

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RADIX HPA Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to RADIX HPA Shah Alam:

Videos

Share

Nearby clinics