02/09/2023
Assalamu'alaikum wrwb, slam subuh, salam cinta rasulullah ﷺ sahabat² Qu..
| SELAWAT THIBBIL QULUB ( Shifa' ) |
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ اْلأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Allohumma sholli ‘ala sayyidinaa muhammadin thibbil qulubi wa dawa ihaa wa ‘afiyatil abdaani wa syifa ihaa wa nuuril abshoori wa dhiyaa ihaa wa ‘alaa aalihi wa shohbihi wa sallim.
ARTINYA.....
“Ya Allah limpahkan rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, sebagai obat hati, penyembuh, penyehat badan dan kesembuhannya, sebagai penyinar penglihatan mata serta cahayanya dan semoga rahmat tercurah limpahkan kepada para sahabat beserta keluarganya.”
KEUTAMAAN SELAWAT TIBBIL QULUB
Selawat tibbil qulub memiliki keutamaan, sebagai penawar atau ubat Syifa' dalam selawat tersebut bermakna ubat atau penawar, baik ubat hati maupun ubat sakit Zahir badan, dengan cara tawasul kepada Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW yakni dengan berselawat
Kata "wa'afiyatin" dalah selawat tibbil qulub yakni bermakna permohonan agar sihat jasmani dan rohani bagi segala tubuh dan segala penawarnya, cahaya bagi segala mata dan sinarnya.
Sedangkan kalimat "Wa Nuuril Abshori Wa dhiyaiha" merupakah bentuk tawassul kepada Nabi SAW agar mata kita diberikan cahaya, baik mata hati ataupun mata nyata kita, ditunjukkan jalan yang lurus yang menyinari, dan dijauhkan segala maksiat terkait pandangan mata.
KHASIAT SELAWAT SYIFA'
1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21 kali dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.
2. Meransang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis dan beri anak makan sehari 3 biji.
3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3 kali dan tarik nafas dalam dalam. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan lahan pada orang yang sedang marah.
4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang memasak makanan untuk keluarga anda.
SUMBER DARI : -
"Persatuan Halaqah Al Quran"
Allah