
12/08/2025
Jika anda sering ditegur untuk perlahankan TV/ radio, ataupun kerap minta orang lain mengulangi percakapan, anda mungkin ada masalah pendengaran.
Masalah pendengaran bukan saja menjejaskan komunikasi, malah ia juga menjejaskan kualiti hidup. Kajian mendapati bahawa masalah pendengaran yang tidak dirawat akan menjejaskan fungsi kognitif dan sering ikaitkan dengan peningkatan risiko kemurungan. Individu dengan masalah pendengaran yang tidak dirawat lebih berisiko menghidap nyanyuk, sebab otak terpaksa bekerja keras untuk memproses bunyi dan menyebabkan keletihan otak.
Ujian pendengaran penting untuk mengesan masalah pendengaran sebelum ia menjadi serius, justeru menjadikan rawatan lebih berkesan dan mengurangkan risiko demensia dan penurunan fungsi kognitif.
Jika anda mengalami masalah pendengaran, anda digalakkan untuk berjumpa dengan audiologis untuk ujian pendengaran. Hubungi kami untuk temu janji ujian pendengaran hari ini!
20dB Hearing (Taiping)
Tel: 05-8078119
Whatsapp: 016-5262037